a

KELAS PENUH: Seminar e-Invois : Sabah

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
10 Dec 2024 08:00:AM
DAFTAR

TEROKAI MASA DEPAN PERNIAGAAN ANDA!

Jom sertai seminar e-invois INSKEN dan ketahui cara untuk meningkatkan kecekapan, pematuhan undang-undang & peraturan, serta mempersiapkan operasi perniagaan anda untuk masa hadapan.

LOKASI
The Palace Hotel, Kota Kinabalu

YURAN PENDAFTARAN
PERCUMA termasuk makan & minum

 

MENGENAI PROGRAMย 

  • Pengenalan Kepada e-Invois dan Kepentingannya

    • Memberi pemahaman asas tentang konsep e-Invois, kepentingan digitalisasi invois, dan faedah yang diperoleh oleh perniagaan dan kerajaan.
  • Keperluan dan Panduan Pelaksanaan e-Invois

    • Menyediakan panduan terperinci bagi persiapan dan langkah pelaksanaan e-Invois.
  • Penyatuan e-Invois dan e-Invois Kendiri

    • Memberi pemahaman tentang konsep penyatuan e-Invois dan e-Invois kendiri serta kaedah penggunaannya dalam pelbagai jenis transaksi.
  • Amalan Terbaik dan Penilaian Kesediaan Masa Depan

    • Meningkatkan pemahaman peserta tentang amalan terbaik dan strategi untuk kelestarian e-Invois dalam jangka panjang.

 

SASARAN PROGRAM

  • 90% peserta membuat permohonan mendapatkan nombor pengenalan cukai (TIN)
  • Peserta memahami konsep dan kepentingan perlaksanaan e-invois
  • Peserta mengetahui cara mendaftar syarikat ke Portal MyInvois

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan kecil dan sederhana.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.myย ย 

 


 

TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 200 orang sahaja
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
10 Dec 2024 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,082
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Ž๐๐„๐ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

INSKEN menjemput para usahawan dan bakal usahawan untuk menghadiri INSKEN Open Day 2026.

Apa yang menanti anda?
โœจ Pengenalan kepada inisiatif & peluang kerjasama bersama INSKEN
โœจ Sesi networking santai bersama komuniti usahawan
โœจ Sesi soal jawab (Q&A) secara langsung bersama pasukan INSKEN

Butiran program:
๐Ÿ—“ 13 Februari 2026, Jumaat
โฐ 2.30 petang hingga 5.30 petang
๐Ÿ“ Main Lobby Boardroom, INSKEN

Pastikan anda bersama kami. Daftar di:
www.insken.gov.my/open_day/

Setiap edisi membawa fokus dan pengalaman yang tersendiri. Nantikan tarikh yang seterusnya.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Š๐„ ๐“๐˜๐“ ๐“๐”๐ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐„๐Š๐Ž๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

04 Februari 2026, Rabu | Seri Negeri, Melaka

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka sebagai langkah memperkukuh sinergi strategik dalam pembangunan ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya saing.

Pertemuan ini menjadi platform memperkenalkan peranan dan inisiatif INSKEN dalam memperkasa usahawan melalui program pembangunan kapasiti, pemerkasaan ilmu serta peningkatan daya tahan perniagaan. Ia juga membuka ruang kolaborasi program berimpak tinggi termasuk Festival Saudagar Alam Melayu Nusantara.

Turut hadir Datoโ€™ Hjh Joyah binti Abd Rashid, Ketua Saudagar Dunia Melayu Dunia Islam DMDI merangkap Pengerusi DMDI Putrajaya bersama delegasi, sebagai tanda komitmen bersama dalam memperluas jaringan strategik usahawan di peringkat nasional, serantau dan global.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐Š๐”๐๐‰๐”Image attachmentImage attachment+3Image attachment
Load more

...

20 0

...

5 0

...

22 0