a

KELAS PENUH: Seminar e-Invois : Sabah

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
10 Dec 2024 08:00:AM
DAFTAR

TEROKAI MASA DEPAN PERNIAGAAN ANDA!

Jom sertai seminar e-invois INSKEN dan ketahui cara untuk meningkatkan kecekapan, pematuhan undang-undang & peraturan, serta mempersiapkan operasi perniagaan anda untuk masa hadapan.

LOKASI
The Palace Hotel, Kota Kinabalu

YURAN PENDAFTARAN
PERCUMA termasuk makan & minum

 

MENGENAI PROGRAM 

  • Pengenalan Kepada e-Invois dan Kepentingannya

    • Memberi pemahaman asas tentang konsep e-Invois, kepentingan digitalisasi invois, dan faedah yang diperoleh oleh perniagaan dan kerajaan.
  • Keperluan dan Panduan Pelaksanaan e-Invois

    • Menyediakan panduan terperinci bagi persiapan dan langkah pelaksanaan e-Invois.
  • Penyatuan e-Invois dan e-Invois Kendiri

    • Memberi pemahaman tentang konsep penyatuan e-Invois dan e-Invois kendiri serta kaedah penggunaannya dalam pelbagai jenis transaksi.
  • Amalan Terbaik dan Penilaian Kesediaan Masa Depan

    • Meningkatkan pemahaman peserta tentang amalan terbaik dan strategi untuk kelestarian e-Invois dalam jangka panjang.

 

SASARAN PROGRAM

  • 90% peserta membuat permohonan mendapatkan nombor pengenalan cukai (TIN)
  • Peserta memahami konsep dan kepentingan perlaksanaan e-invois
  • Peserta mengetahui cara mendaftar syarikat ke Portal MyInvois

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada semua usahawan kecil dan sederhana.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  

 


 

TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 200 orang sahaja
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
10 Dec 2024 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?