Tahniah IKIMfm atas Ulang Tahun ke-25 & Pelancaran Kempen Mahabbah MADANI Ramadan 1447H/2026
INSKEN berbesar hati dijemput untuk membuka reruai sempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 IKIMfm dan pelancaran Kempen Mahabbah MADANI Ramadan di Masjid Al-Sultan Abdullah, Merdeka 118.
Ini juga merupakan reruai pertama INSKEN bagi tahun 2026. Satu peluang yang baik untuk bersama-sama menyokong rakan strategik kami, IKIM, serta berkongsi maklumat dan meningkatkan pendedahan dalam suasana yang penuh nilai dan kebersamaan.
25 tahun IKIMfm sebagai peneraju radio Islamik di Malaysia sememangnya satu pencapaian yang membanggakan. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada masyarakat.
INSKEN mendoakan kejayaan berterusan buat IKIMfm.
#GengINSKEN #JomJoinINSKEN #INSKENofficial
... See MoreSee Less