TAAT ZUFI, ada menjual minyak AromaTerapi pelbagai guna iaitu (MATMO)Morinda Aroma Therapy Massage oil. MATMO ada pendaftaran notifikasi pihak KKM dan sijil ujikaji dari Lab Mardi serdang.
Harga mampu milik, sesuai untuk semua lapisan masyarakat, terima kasih.
Dari ruang bengkel ke peluang yang lebih luas, semuanya bermula dengan ilmu, pendedahan industri dan hala tuju yang jelas.
Melalui sesi perkongsian bersama Coach Zuraiman, peserta didedahkan kepada landskap TVET automotif, cabaran persaingan global serta perkembangan teknologi yang sedang mengubah industri. Perkongsian ini membuka perspektif baharu tentang keperluan kemahiran, inovasi dan kesiapsiagaan untuk kekal relevan.
Program ini turut membuka ruang kepada peserta berpotensi untuk meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya melalui inisiatif BANGKIT, sebagai langkah memperkukuh dan mengembangkan perniagaan secara lebih strategik.
Langkah hari ini mungkin kecil, tetapi impaknya boleh membentuk masa depan industri.
6 Februari 2026KOTA KINABALU: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai langkah memperkukuh hubungan strategi...
Dari ruang bengkel ke peluang yang lebih luas, semuanya bermula dengan ilmu, pendedahan industri dan hala tuju yang jelas.
Melalui sesi perkongsian bersama Coach Zuraiman, peserta didedahkan kepada landskap TVET automotif, cabaran persaingan global serta perkembangan teknologi yang sedang mengubah industri. Perkongsian ini membuka perspektif baharu tentang keperluan kemahiran, inovasi dan kesiapsiagaan untuk kekal relevan.
Program ini turut membuka ruang kepada peserta berpotensi untuk meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya melalui inisiatif BANGKIT, sebagai langkah memperkukuh dan mengembangkan perniagaan secara lebih strategik.
Langkah hari ini mungkin kecil, tetapi impaknya boleh membentuk masa depan industri.
Bila perniagaan sudah melepasi 2 tahun, langkah seterusnya ialah memperkukuh asas dan merancang perkembangan dengan lebih strategik.
Anda dah berusaha membina perniagaan ini dari bawah. Kini masanya untuk susun semula, kemaskan pengurusan dan bawa bisnes ke tahap yang lebih kukuh.
INSKEN Bangkit membuka penyertaan kepada 11 industri termasuk kreatif, fesyen, F&B, SPA, pelancongan, retail, percetakan, pendidikan dan akses pasaran.
Dilaksanakan di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Perak, Pahang dan Pulau Pinang mengikut industri masing-masing.
👥 30 peserta sahaja setiap sesi 💰 Yuran RM500
Jika perniagaan anda sudah stabil, ini masanya untuk melangkah lebih jauh.
Produk dah ada, cuma belajar cara persembahkan dengan lebih baik.
Dalam program ini, usahawan berkongsi dan meneroka asas pembungkusan dan pelabelan secara ringkas dan praktikal, termasuk perkara asas reka bentuk, keperluan pelabelan serta kesilapan biasa yang sering berlaku. Semua perkongsian boleh terus diaplikasikan untuk bantu produk tampil lebih kemas dan meyakinkan.
Perubahan kecil, tapi cukup untuk beri keyakinan pada pelanggan.
Forum ini secara rasmi membuka tirai hari ini di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, menghimpunkan pemain industri Business Events dari dalam dan luar negara.
INSKEN turut menyertai pameran dengan membawa bersama usahawan alumni INSKEN yang ditaja khas bagi mempamerkan produk tempatan Sabah kepada delegasi industri.
Antara usahawan alumni INSKEN yang terlibat: • Puan Sariyaman – Koperasi Komuniti Cenderawasih • Puan Viviane – Vivi Collection • Puan Esther – Eden Collection • Puan Alissa – Shadhan Trading
Selaras dengan tema Global Collaboration Through Business Events, penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan INSKEN dalam memperluas pendedahan, memperkukuh jaringan strategik serta membuka peluang kerjasama kepada usahawan tempatan.
Esok menandakan hari terakhir penganjuran forum ini.
📍 Sabah International Convention Centre 📅 4 – 5 Februari 2026
INSKEN mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, yang diketuai oleh Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN.
Kunjungan ini susulan kejayaan di Davos dan juga sebagai tanda penghargaan INSKEN kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sokongan berterusan dalam memperkasa keusahawanan sosial & pembangunan inklusif.
Kerajaan Negeri Sabah turut menyatakan penghargaan kepada INSKEN atas pendekatan inklusif yang memberi tumpuan kepada usahawan Sabah khususnya komuniti luar bandar.
INSKEN turut menghargai sokongan Kerajaan Negeri Sabah serta kerjasama agensi rakan strategik seperti Institute for Development Studies (IDS) dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) dalam menjayakan inisiatif berimpak di negeri ini.
INSKEN kekal komited menerajui agenda keusahawanan sosial dan pembangunan inklusif serta berhasrat memperluaskan model kejayaan Sabah ke seluruh negara demi manfaat semua usahawan di Malaysia.
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berintegriti untuk mengisi beberapa jawatan kosong bagi menyokong peranan INSKEN dalam memperkasa ekosistem keusahawanan dan keusahawanan sosial negara.
Kekosongan jawatan merangkumi: • Eksekutif Perkhidmatan Korporat (Procurement) • Eksekutif Keusahawanan Sosial (Stakeholder Management, Engagement & Partnerships) • Trainee Executive Pembangunan Kapasiti
📍 Lokasi: Kampus INSKEN (HQ), Cyberjaya 📅 Tarikh tutup permohonan: 17 Februari 2026 (Selasa)
Hantarkan resume anda ke: 📧 hr@insken.gov.my
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Tempahan makin banyak, tapi operasi masih serabut?
INSKEN Bangkit Jahitan & Fesyen diwujudkan khas untuk usahawan dalam industri fesyen yang mahu menyusun operasi dengan lebih teratur, meningkatkan nilai produk serta membina perniagaan yang lebih berstruktur dan berdaya saing.
Program bimbingan selama 3 bulan ini memberi pendedahan menyeluruh kepada usahawan untuk menilai semula hala tuju perniagaan, memperkemas pengurusan, meningkatkan prestasi jualan serta membuat keputusan perniagaan dengan lebih yakin melalui bimbingan pakar industri dan sesi bimbingan yang berfokus. Antara jangkaan hasil program ialah peningkatan skala perniagaan daripada mikro kepada kecil serta pembukaan peluang pekerjaan.
📣 Daftar sekarang 👉 https://www.insken.gov.my/bangkit_jahitan_01
Kalau bisnes kreatif anda dah ada asas, ini langkah seterusnya untuk berkembang.
INSKEN Bangkit Kreatif & Fotografi kini dibuka khas untuk usahawan industri kreatif yang mahu mengembangkan potensi karya menjadi perniagaan yang lebih berstruktur dan berdaya saing.
Program bimbingan selama 3 bulan ini membantu penggiat kreatif dan jurufoto memperkukuh asas perniagaan, menyusun strategi, meningkatkan nilai perkhidmatan serta membina keyakinan dalam membuat keputusan perniagaan. Antara jangkaan hasil program ialah peningkatan skala perniagaan daripada mikro kepada kecil, peningkatan hasil jualan serta pembukaan peluang pekerjaan.
📣 Daftar sekarang 👉 https://www.insken.gov.my/bangkit_kreatif_01