Bisnes percetakan anda masih di tahap yang sama? 👀
Industri dah berubah. Strategi pun kena berubah.
Program Bangkit Servis Percetakan di Lembah Klang ini membantu usahawan menyusun semula hala tuju perniagaan, kenal pasti ruang penambahbaikan dan bersedia untuk scale up dengan lebih tersusun.
Belajar terus daripada pakar industri. Dapatkan perspektif sebenar pasaran. Bina rangkaian yang boleh membuka peluang baharu.
Bisnes percetakan anda masih di tahap yang sama? 👀
Industri dah berubah. Strategi pun kena berubah.
Program Bangkit Servis Percetakan di Lembah Klang ini membantu usahawan menyusun semula hala tuju perniagaan, kenal pasti ruang penambahbaikan dan bersedia untuk scale up dengan lebih tersusun.
Belajar terus daripada pakar industri. Dapatkan perspektif sebenar pasaran. Bina rangkaian yang boleh membuka peluang baharu.
Daftar sekarang 👇🏻 https://www.insken.gov.my/bangkit_pencetakan_01
Pelanggan datang untuk pengalaman. Pasukan bekerja untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Pemilik perniagaan pula memikirkan kelangsungan dan pertumbuhan.
Dalam industri pelancongan, ketiga tiga ini perlu bergerak seiring.
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 diwujudkan untuk membantu usahawan menyusun semula strategi, operasi dan hala tuju perniagaan secara lebih terarah sepanjang 3 bulan bimbingan.
Terbuka kepada perniagaan yang telah beroperasi sekurang kurangnya 2 tahun.
📍 Perak 🗓 31 Mac hingga 2 April 2026 🎟 30 peserta sahaja
Maklumat Lanjut: www.insken.gov.my/bangkit_tourism_01
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐂𝐀𝐅𝐄 & 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐔𝐑𝐀𝐍𝐓 📍 RAIA Hotel Kuala Terengganu 📅 13 hingga 15 Februari 2025
Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan pengusaha kafe dan restoran daripada pelbagai latar belakang bagi memperkukuh asas perniagaan serta memperkemas sistem pengurusan operasi.
Peserta dibimbing oleh Puan Sharifah Mariam (Qarith Services Sdn Bhd) dengan penekanan kepada pemikiran sebagai pemilik perniagaan, pengurusan kewangan yang lebih tersusun, pemasaran yang lebih berfokus serta kepentingan membina sistem yang mampan.
Sepanjang program, peserta berkongsi cabaran sebenar industri termasuk kos bahan mentah yang meningkat, pengurusan pekerja, aliran tunai yang tidak stabil serta usaha mengekalkan keuntungan dalam perniagaan makanan.
Modul-modul utama memberi fokus kepada pembangunan minda usahawan, penggunaan alat pengurusan perniagaan, audit operasi, strategi pemasaran kreatif serta kefahaman bahawa keuntungan adalah asas kepada kelangsungan perniagaan.
Program ini turut merangkumi lawatan pembelajaran ke Kunyek Restaurant, di mana peserta didedahkan kepada pengurusan dapur yang teratur, sistem kerja kakitangan, kawalan kos, penyeragaman menu serta kepentingan SOP dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten.
Sesi ini menjadi permulaan kepada perjalanan peserta dalam program BANGKIT selama tiga bulan, sebagai asas untuk membina perniagaan yang lebih tersusun, stabil dan berdaya tahan.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga terus melangkah maju dan memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang program ini.
Kedai runcit dah lama beroperasi. Tapi rasa bisnes tak benar benar berkembang?
Program BANGKIT Grocery Store bantu anda kukuhkan struktur perniagaan dan tingkatkan prestasi operasi.
Antara fokus utama: ✔ Analisis masalah & solusi praktikal ✔ Strategi merchandising dan susun atur produk ✔ Pengiraan margin & rundingan pembelian ✔ Sistem operasi lebih tersusun
📍 Lembah Klang 📅 24 hingga 26 Februari 💰 RM500 sahaja
Terbuka kepada usahawan grocery store yang telah beroperasi sekurang kurangnya 2 tahun.
Kalau anda mahu naikkan skala perniagaan, bukan sekadar bertahan
Klik untuk daftar; www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01
Masterclass ini memberi pendedahan kepada usahawan F&B tentang perkara penting yang perlu difahami sebelum memulakan atau mengembangkan perniagaan.
Melalui perkongsian oleh Dr. Rizal Isa, peserta melihat dengan lebih jelas peluang dan risiko dalam industri F&B, serta kepentingan memahami kos sebenar seperti bahan mentah, pekerja, sewaan dan kos operasi lain.
Sesi ini turut menyentuh cara mendapatkan pelanggan melalui lokasi yang sesuai, kehadiran di media sosial dan penggunaan platform penghantaran.
Secara keseluruhan, sesi ini membantu peserta menilai perniagaan F&B dengan lebih teliti agar dapat membuat keputusan yang lebih baik untuk jangka panjang.
INSKEN akan melaksanakan lebih banyak program keusahawanan di seluruh Malaysia merangkumi pelbagai industri dan peringkat perniagaan.
Bagi memastikan makluman program yang diterima adalah bersesuaian dengan industri, lokasi dan tahap perniagaan anda, sila lengkapkan maklumat melalui pautan berikut: 👉 https://www.insken.gov.my/JJI26
Maklumat yang dikongsikan amat penting bagi membantu pihak INSKEN merancang dan melaksanakan inisiatif yang lebih tepat, relevan serta berimpak tinggi kepada komuniti usahawan.