Image Alt

Radical Creation

  /  Radical Creation
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,186
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Satu lagi langkah strategik buat INSKEN di Sabah.

INSKEN yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Puan Viviantie Sarjuni bersama YBhg. Datuk Dr. Nayan Bin Yambu @ Laurentius, Naib Pengerusi Ahli Lembaga Amanah INSKEN dan YBrs. Puan Mary Binti Jim, Ahli Lembaga Amanah INSKEN serta pegawai INSKEN telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Perbincangan Strategik bersama Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah yang dipimpin oleh YB Datuk Ewon Benedick.

Pertemuan ini menjadi platform memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan keusahawanan di Sabah.

Antara fokus utama perbincangan:
• Perkongsian pencapaian program INSKEN 2025
• Pengenalan inisiatif strategik termasuk MOFA dan BANGKIT
• Perbincangan potensi pelaksanaan program di Sabah selaras industri tumpuan negeri

Perbincangan berlangsung secara positif dan konstruktif dengan kedua-dua pihak menyatakan keterbukaan untuk meneroka kerjasama lanjut melalui penyelarasan susulan.

Semoga usaha ini terus memperkukuh jaringan kolaborasi demi manfaat komuniti usahawan Sabah.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Satu lagi langkah stImage attachmentImage attachment+6Image attachment

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜: 𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) ingin memaklumkan bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama INSKEN bagi tujuan mengutip bayaran program yang didakwa akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah pada 24 Mac 2026.

INSKEN menegaskan bahawa pihak kami tidak menganjurkan atau melantik mana-mana individu untuk mengendalikan kutipan bayaran secara peribadi bagi program tersebut.

Untuk makluman semua, INSKEN tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip bayaran ke akaun peribadi.

Semua urusan pendaftaran dan pembayaran program rasmi INSKEN hanya dibuat melalui platform rasmi berikut:
👉 www.insken.gov.my
👉 www.myinsken.gov.my

Sehubungan itu, orang ramai dan usahawan dinasihatkan supaya:

✔️ Tidak membuat sebarang bayaran ke akaun individu
✔️ Menyemak kesahihan program melalui saluran rasmi INSKEN
✔️ Menghubungi pihak INSKEN sekiranya menerima tawaran yang mencurigakan

Segala pengumuman program hanya akan disiarkan melalui laman web dan media sosial rasmi INSKEN.

INSKEN memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan usahawan serta memastikan integriti institusi terus terpelihara.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi INSKEN seperti berikut:

𝗦𝗔𝗟𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗜𝗡𝗦𝗞𝗘𝗡

𝟏. 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐖𝐞𝐛 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢
👉 www.insken.gov.my

𝟐. 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢
👉 www.myinsken.gov.my

𝟑. 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍
• Facebook rasmi INSKEN
• Instagram rasmi INSKEN
• LinkedIn rasmi INSKEN
• TikTok rasmi INSKEN
• ⁠WhatsApp Channel rasmi INSKEN

Semua akaun di atas adalah akaun yang telah disahkan (𝙫𝙚𝙧𝙞𝙛𝙞𝙚𝙙 𝙖𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩).

𝟒. 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 & 𝐄𝐦𝐞𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢
• Ibu Pejabat INSKEN 03-8314 8800
• Cawangan Sabah 088-738445
• Cawangan Sarawak 082-549816
• Emel rasmi: insken@insken.gov.my

⚠️ Sentiasa berwaspada dan hanya rujuk kepada saluran rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

#inskenofficial
... See MoreSee Less

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔
Load more

...

17 1

...

7 0

...

43 4

...

16 0

...

20 0

...

53 16

...

47 0