Image Alt

Nature Profusion Sdn Bhd

  /  Nature Profusion Sdn Bhd

CIERA, PEMENANG PELBAGAI ANUGERAH PRODUK MESRA ALAM YANG DIIKTIRAF UNTUK KEPERLUAN PEMBERSIHAN ANDA

Nature Profusion Sdn Bhd (NPSB) merupakan syarikat yang menggunakan teknologi di bawah hasil kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mengkomersialkan teknologi anti-MRSA dan merupakan pemenang pelbagai anugerah produk berasaskan tumbuhan dan herba sejak tahun 2009. NPSB ditubuhkan dibawah program Program Pembangunan Siswazah FRIM-MTDC (FMBioSis) sejak tahun 2009 dengan FRIM menyediakan teknologi dan kepakaran manakala Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) memainkan peranan untuk membantu pembiayaan dan memberi latihan kepada usahawan untuk berjaya dalam industri.

Produk NPSB di bawah jenama Ciera, menggunakan bahan aktif semulajadi berasaskan tumbuhan yang unik untuk membersih, membasmi kuman dan menyahbau walaupun dengan kepekatan yang rendah. Teknologi ini diekstrak daripada campuran tumbuhan unik seperti Aloe Vera dan Teh Hijau sebagai bahan aktif sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan seperti Triclosan, Triclocarban, Hypochlorite (peluntur), Chlorhexidine dan Alkohol melebihi 70%. Produk ini juga selamat kepada pengguna dan mesra alam kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS and Phthalates. Produk Ciera juga mudah terbiodegradasi dan tidak kekal di alam sekitar. Ia juga terbukti membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Candida albicans-Yeast, Aspergillus niger-mould dan Pseudomonas aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotic (MRSA & VISA).
Jenama Ciera mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) dan dihasilkan oleh kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP).

Matlamat utama syarikat ini adalah menjadi peneraju dalam industri antiseptik dan disinfektan berasaskan bahan semulajadi dan organik setanding dengan produk antarabangsa dan menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia. Selain itu, NPSB dianugerahkan pelbagai sijil atas kecemerlangan dan pencapaiannya dalam mencipta produk berkualiti seperti Pingat Emas ITEX 2022, Best Invention HOMEDEC-ITEX 2022, Naib Jihan SDSI 2021, Pingat Perak Hari Inovasi FRIM 2021, Pingat Emas Hari Inovasi R&D Selangor 2019, Anugerah Penciptaan Hijau Terbaik (Si2TE 2019), Anugerah Pingat Emas (Si2TE 2019), Penciptaan Terbaik HOMEDEC-ITEX 2018), Anugerah Pingat Emas (ITEX 2018), Anugerah Pingat Emas (Hari Inovasi FRIM 2015), Anugerah Pingat Emas (Hari Inovasi FRIM 2013), Anugerah Pingat Gangsa (Bioinno 2010), Best Invention in Sanitation (Hong Kong Toilet Association 2009) dan lain-lain.

Produk Mesra Alam yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant (B2B & B2C) Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray dan Ciera Eco-Friendly Hand Wash (B2B & B2C) dan produk terbaru bakal dilancarkan adalah Ciera Eco-Friendly Multi Action Insect Repellant Spray dan Ciera Eco-Friendly Non-Premium Disininfectant for Industrial Used .

Produk Ciera boleh didapati di pelbagai pasaraya seluruh Semenanjung Malaysia seperti TESCO, MALAKAT MALL, MALAKAT GROCER, GIANT dan platform dalam talian seperti di SHOPEE, DUKKAN KITA dan eROMMAN. Syarikat ini juga membekalkan produk untuk industri pencucian di Malaysia seperti Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan (PETRONAS, GLOBAL GLOBE (M) SDN BHD, RHEA dan CUCIMUCI), Majlis Bandaraya & Institut Penyelidikan (FRIM, MBMB, MPSJ dan SIRIM), Pusat Dialisis (UEMS EDGENTA, ADVANCE PACT) , Pejabat, kilang, sekolah-sekolah dan makmal (MTDC, NEO PRAGMATIK SDN BHD, SECRET BARN SDN BHD & POLY XTRACT SDN BHD) dan Pusat Dialisis. Ciera juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penggunaan hospital sebagai pembekal pencuci disinfektan tahap rendah sejak tahun 2018.

FacebookTwitterWhatsApp
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,048
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


SPA anda ada pelanggan.
Tapi adakah pemasaran anda benar-benar tersusun?

INSKEN membawakan Program Baharu: Masterclass Pemasaran SPA pada 14 Februari 2026 di Penang khusus untuk pemilik dan pengurus spa yang mahu:

โ€ข Menetapkan USP yang jelas
โ€ข Meningkatkan tempahan secara konsisten
โ€ข Membina sistem tempahan yang lebih teratur
โ€ข Menyediakan pelan tindakan pemasaran 30 hari

Ini bukan sekadar teori, ini sesi yang membantu anda susun strategi dan terus laksanakan.

Daftar sekarang
www.insken.gov.my/mc_marketing_05

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

SPA anda ada pelangg

Setiap bisnes ada fasanya untuk berkembang ke tahap seterusnya.

Apabila asas sudah kukuh, yang membezakan ialah strategi, perspektif dan akses pasaran yang tepat.

Ada masanya satu ruang perbincangan yang betul
membuka peluang yang lebih besar daripada yang disangka.

INSKEN Bangkit Market Access diwujudkan untuk fasa itu. Untuk usahawan yang bersedia melangkah dengan lebih strategik dan signifikan.

Daftar Segera:
๐Ÿ”— www.insken.gov.my/bangkit_market_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Setiap bisnes ada fa

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ

AGROPRENEUR MAMPAN: MEMPERKASA RANGKAIAN NILAI & PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

Satu ruang perkongsian untuk melihat aliran perniagaan agro dengan lebih jelas dan memahami bagaimana setiap peringkat boleh menyumbang kepada pertumbuhan.

Program ini percuma dan terbuka kepada usahawan yang ingin menambah perspektif baharu dalam merancang langkah seterusnya.

Jika topik ini dekat dengan perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk turut serta.

Daftar di:
www.insken.gov.my/mc_marketing_06

๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐
๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐‘ผ๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง
Load more

...

4 0

...

4 0

...

5 0

...

6 0

...

8 0

...

6 0