servicing,maintenance,yupgrading,high pressure jetting,flushing sewage treatment plant and manhole system.
repairing pumps,blowers and aerators.
fabrication control panel board,capacitor bank installation,grass cutting
Entrepreneurship ecosystems are strongest when they are inclusive.
Institut Keusahawanan Negara, Malaysia’s national entrepreneurship institute, equips MSMEs with training, advisory support and capacity-building to help businesses grow sustainably. With a strong focus on women, youth and underserved entrepreneurs, INSKEN advances inclusive, innovation-driven economic development.
Learn more about INSKEN, Viviantie Sarjuni and the 2026 awardees at schwabfound.org ... See MoreSee Less
Hari ini, Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara, bersama barisan pegawai INSKEN, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri turut berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman beliau sebagai penerima anugerah Young Global Leaders oleh World Economic Forum pada tahun 2012. Perkongsian ini menyentuh bagaimana pendedahan dan jaringan di peringkat antarabangsa boleh dimanfaatkan secara berfokus, termasuk potensi penerokaan kolaborasi strategik yang memberi nilai tambah dan manfaat berpanjangan kepada usahawan di Malaysia.
INSKEN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas sokongan dan komitmen berterusan dalam memperkasa agenda pembangunan usahawan negara.
Program pertama INSKEN bagi tahun 2026 telah dilaksanakan melalui kolaborasi bersama PETRONAS Innovation Garage dengan penekanan kepada penyampaian latihan keusahawanan yang terancang, bersifat praktis dan berasaskan keperluan industri.
Program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kefahaman peserta terhadap asas pengurusan perniagaan merangkumi pemasaran, operasi, kewangan dan pentadbiran, di samping pembangunan model perniagaan, perancangan asas serta pengukuhan keterlihatan digital yang boleh diaplikasikan secara langsung.
Sebagai pembuka tirai pelaksanaan program 2026, inisiatif ini memberi impak langsung kepada peserta melalui pendekatan pembelajaran yang relevan, berstruktur dan selari dengan keperluan semasa perniagaan.
For Ms. Viviantie Sarjuni, this recognition goes beyond personal achievement. It represents a responsibility to serve as a bridge between communities, the private sector, academia, and government to create more inclusive impact.
In January 2026, Ms. Viviantie will attend the World Economic Forum Annual Meeting 2026 in Davos, Switzerland, where she will receive the award and engage with global leaders on social entrepreneurship and sustainable economic development.
Through the Schwab Foundation global network, this journey opens opportunities to bring home international insights that can strengthen support for micro, rural, and social entrepreneurs in Malaysia.
Bagi Puan Viviantie Sarjuni, pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi satu amanah untuk menjadi penghubung antara komuniti, sektor swasta, akademia dan kerajaan demi membina impak yang lebih inklusif.
Pada Januari 2026, Puan Viviantie akan menghadiri World Economic Forum Annual Meeting 2026 di Davos, Switzerland. Di sana, beliau akan menerima anugerah serta menyertai sesi perbincangan bersama pemimpin global mengenai keusahawanan sosial dan pembangunan ekonomi mampan.
Melalui jaringan global Schwab Foundation, peluang ini membuka ruang untuk membawa pulang idea dan amalan terbaik antarabangsa bagi memperkukuh sokongan kepada usahawan mikro, luar bandar dan sosial di Malaysia.
Bila pengurusan staf dan kedai dibuat dengan betul, bisnes jadi lebih teratur. Bila ada bimbingan yang berterusan, keputusan pun lebih jelas.
Ilmu yang dipelajari di INSKEN bukan sekadar untuk difahami. Bila diamalkan, jualan meningkat, aliran kerja lebih lancar dan pengurusan masa semakin baik. Peningkatan ini bukan sementara, tetapi berterusan.
Pelanggan semakin konsisten, pesanan masuk tanpa henti dan operasi bisnes berjalan dengan lebih tersusun. Inilah hasil apabila ilmu dan bimbingan digabungkan dengan tindakan.
Setiap usahawan melalui perjalanan dan cabaran yang tersendiri. Perkongsian anda melalui borang ini membantu INSKEN memahami realiti sebenar usahawan dan merangka inisiatif yang lebih dekat dengan keperluan semasa serta memberi impak yang bermakna.
Jika ingin berkongsi pandangan dan pengalaman bisnes anda, sila isi borang di sini: 👉 https://www.insken.gov.my/JJI26
Setiap usahawan ada cerita sendiri. Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.
Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.
Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.
Sertai inisiatif ini di sini: 👉 https://www.insken.gov.my/JJI26
Congratulations to Ms. Viviantie Sarjuni, Chief Executive Officer of the National Entrepreneurship Institute (INSKEN), on being recognised as a recipient of the Schwab Foundation Award in the category of Public Social Innovator of the Year 2026. She is the first Malaysian to receive this prestigious honour, which will be presented in Davos, Switzerland, in conjunction with the World Economic Forum Annual Meeting 2026.
This recognition by the Schwab Foundation for Social Entrepreneurship honours her leadership in advancing innovative and effective approaches to addressing complex social and economic challenges. It reflects INSKEN’s sustained commitment to strengthening the entrepreneurial ecosystem while advancing sustainable and resilient economic development with transformative national impact.
INSKEN looks forward to contributing to global dialogue and collaboration at #WEF26 alongside leaders from government, business, civil society, and academia.
Thank you to the @schwabfoundation and @worldeconomicforum
Tahniah kepada Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Schwab Foundation bagi kategori 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗦𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗼𝗳 𝘁𝗵𝗲 𝗬𝗲𝗮𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲. Beliau merupakan penerima pertama dari Malaysia bagi anugerah berprestij ini, yang akan disampaikan di Davos, Switzerland sempena 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗘𝗰𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶𝗰 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟮𝟲.
Anugerah oleh Schwab Foundation for Social Entrepreneurship ini mengiktiraf kepimpinan beliau dalam menerajui pendekatan inovatif yang memacu penyelesaian berimpak tinggi terhadap cabaran sosial dan ekonomi. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan INSKEN dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan serta menyokong pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan, dengan impak transformatif di peringkat nasional.
INSKEN akan menyertai perbincangan global di #𝗪𝗘𝗙𝟮𝟲 bersama pemimpin daripada sektor kerajaan, perniagaan, masyarakat sivil, dan akademia.
Terima kasih kepada @schwabfoundation dan @worldeconomicforum