Syarikat Liash Trading (M) Sdn Bhd 202401004118 (1549968-T) merupakan syarikat milik Bumiputera yang ditubuhkan pada 01 April 2015 sebagai Enterprise. Ia dimiliki oleh En Mohd Alias Bin Md Yunus, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 03 April 2015, beralamat di No.4 Jalan SS1/4, Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor.
Bermula dengan usaha dan semangat membantu pelanggan, Liash Trading membina reputasi kukuh dalam penjualan baja serta komited menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti. Selepas 8 tahun beroperasi, syarikat ini berjaya ditukar kepada Sdn Bhd.