SPA anda ada pelanggan. Tapi adakah pemasaran anda benar-benar tersusun?
INSKEN membawakan Program Baharu: Masterclass Pemasaran SPA pada 14 Februari 2026 di Penang khusus untuk pemilik dan pengurus spa yang mahu:
โข Menetapkan USP yang jelas โข Meningkatkan tempahan secara konsisten โข Membina sistem tempahan yang lebih teratur โข Menyediakan pelan tindakan pemasaran 30 hari
Ini bukan sekadar teori, ini sesi yang membantu anda susun strategi dan terus laksanakan.
AGROPRENEUR MAMPAN: MEMPERKASA RANGKAIAN NILAI & PERTUMBUHAN PERNIAGAAN
Satu ruang perkongsian untuk melihat aliran perniagaan agro dengan lebih jelas dan memahami bagaimana setiap peringkat boleh menyumbang kepada pertumbuhan.
Program ini percuma dan terbuka kepada usahawan yang ingin menambah perspektif baharu dalam merancang langkah seterusnya.
Jika topik ini dekat dengan perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk turut serta.
INSKEN melalui Jabatan Komunikasi Strategik telah menganjurkan sesi Media Hi-Tea sebagai tanda penghargaan dan ruang meraikan rakan-rakan media daripada pelbagai platform termasuk media cetak, penyiaran dan digital.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN dan Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, bersama barisan pengurusan INSKEN.
Dalam sesi tersebut, Puan Viviantie telah menyampaikan pembentangan mengenai hala tuju INSKEN, perancangan program serta usaha berterusan dalam membantu usahawan berkembang.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Rahmat Bahaudin, Pemilik Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895 yang menjadi lokasi penganjuran.
Sesi ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh kerjasama bersama pengamal media yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua rakan media atas kehadiran dan sokongan yang diberikan.
Tanpa SOP yang jelas, kos boleh bocor tanpa disedari.
Operasi anda berjalan setiap hari. Tapi adakah sistem dan proses anda benar-benar tersusun?
Program baharu oleh INSKEN ini direka khusus untuk usahawan yang mahu:
โข Mengenal pasti kebocoran kos dalam operasi โข Membina SOP peruncitan yang praktikal dan mudah dilaksanakan โข Mengukuhkan dokumentasi sebagai strategi loss prevention โข Mengintegrasikan automasi dan teknologi dalam operasi harian
Kini berbaki 4 hari sahaja sebelum program berlangsung.
Bagi usahawan percetakan yang sudah beroperasi dan ingin menyusun langkah dengan lebih terarah, Bangkit Servis Pencetakan menyediakan ruang untuk melihat semula strategi, operasi dan potensi pertumbuhan secara lebih menyeluruh.
Melalui bengkel dan sesi bimbingan bersama industry coach, peserta diberi peluang berbincang, menilai dan merangka tindakan yang sesuai dengan kapasiti perniagaan masing-masing.
Segera daftar di: www.insken.gov.my/bangkit_pencetakan_01
SPA anda ada pelanggan. Tapi adakah pemasaran anda benar-benar tersusun?
INSKEN membawakan Program Baharu: Masterclass Pemasaran SPA pada 14 Februari 2026 di Penang khusus untuk pemilik dan pengurus spa yang mahu:
โข Menetapkan USP yang jelas โข Meningkatkan tempahan secara konsisten โข Membina sistem tempahan yang lebih teratur โข Menyediakan pelan tindakan pemasaran 30 hari
Ini bukan sekadar teori, ini sesi yang membantu anda susun strategi dan terus laksanakan.
AGROPRENEUR MAMPAN: MEMPERKASA RANGKAIAN NILAI & PERTUMBUHAN PERNIAGAAN
Satu ruang perkongsian untuk melihat aliran perniagaan agro dengan lebih jelas dan memahami bagaimana setiap peringkat boleh menyumbang kepada pertumbuhan.
Program ini percuma dan terbuka kepada usahawan yang ingin menambah perspektif baharu dalam merancang langkah seterusnya.
Jika topik ini dekat dengan perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk turut serta.
Program Bangkit Grocery Store khas untuk pengusaha kedai runcit yang telah beroperasi dan mahu memperkukuh struktur perniagaan.
Mengurus kedai runcit memerlukan kawalan stok yang tepat, margin yang sihat dan aliran tunai yang stabil. Program ini membantu usahawan menambah baik operasi, strategi jualan serta pengurusan perniagaan secara lebih sistematik.
Jika anda serius untuk mengembangkan bisnes ke tahap seterusnya, ini masanya.
๐ Daftar di sini www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01
Agenda pengukuhan ekosistem keusahawanan 2026 terus bergerak melalui siri pertemuan dan sesi libat urus bersama pelbagai kementerian, agensi, institusi kewangan, universiti, pihak berkuasa tempatan serta organisasi serantau di peringkat nasional dan serantau Asia.
Sepanjang tempoh ini, INSKEN telah mengadakan pertemuan bersama Cyberview, MyDIGITAL Corporation, Malaysian Communications and Multimedia Commission, Credit Guarantee Corporation Malaysia, MyCreative Ventures, Fillip Sdn Bhd, Sarawak Economic Development Corporation, Sabah Institute for Development Studies, Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Federal Land Development Authority, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Sarawak Energy Berhad, SME Bank Malaysia, Persatuan Bantuan Masyarakat Sabah, Universiti Teknologi MARA Rembau, Institut Koperasi Malaysia, SukaSeni Malaysia serta Asian Venture Philanthropy Network.
Siri libat urus ini mencerminkan komitmen berterusan INSKEN dalam memperkukuh penyelarasan strategik dan membina jaringan kerjasama merentasi sektor digital, kewangan, industri kreatif, pembangunan komuniti dan perusahaan sosial.
Daripada sesi perbincangan strategik hingga penyelarasan pelaksanaan, langkah ini mencerminkan usaha berterusan dalam membina rangkaian yang saling melengkapi. Setiap kolaborasi dirangka dengan pendekatan yang teliti, selari dengan keperluan usahawan dan keutamaan pembangunan negara.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐๐ฅ๐๐ฌ๐ฌ (๐๐๐ ๐) | ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐ข๐ค๐๐จ๐ค ๐ Bangi Avenue Convention Centre ๐๏ธ 7 Februari 2026
Program ini telah menghimpunkan usahawan yang ingin memperkukuh strategi pemasaran digital khususnya melalui platform TikTok.
Sesi kendalian Coach Mohsin Bin Mokhtar memberi pendedahan praktikal tentang teknik pemasaran yang lebih tersusun dan berimpak termasuk penggunaan Yellow Bag sebagai tarikan jualan serta strategi kandungan yang mampu meningkatkan capaian dan jualan.
Antara pengisian utama:
โ๏ธ Memahami strategi pemasaran TikTok secara menyeluruh โ๏ธ Mengaplikasi teknik Storytelling, Educate dan Excite untuk tingkatkan engagement โ๏ธ Menguasai pendekatan Live Selling yang lebih meyakinkan dan berstruktur โ๏ธ Menghasilkan kalendar kandungan dan strategi TikTok yang boleh terus dilaksanakan
Sesi berlangsung secara interaktif dengan perbincangan dua hala, Q&A serta perkongsian cabaran sebenar perniagaan peserta. Ramai peserta mula merangka idea kandungan dan skrip jualan secara langsung semasa sesi berlangsung.
Maklum balas awal menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terutama dari segi kejelasan penyampaian, kepraktikalan modul dan kesesuaian kandungan dengan keperluan usahawan digital masa kini.
Dengan pendekatan yang lebih strategik dan tersusun, peserta menamatkan program ini dengan pelan tindakan yang jelas untuk mengembangkan jenama dan meningkatkan prestasi jualan di TikTok.