𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
📍 Function Room, Pohonmas, Kota Samarahan
📅 11 Januari 2026
Program Dialog Bersama Usahawan Madani yang berlangsung di Function Room, Pohonmas, Kota Samarahan telah membuka tirai program pertama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Sarawak bagi tahun 2026.
Dianjurkan oleh Dewan Ikatan Perniagaan Samarahan (DiPS), program ini menghimpunkan hampir 100 orang usahawan dari Kota Samarahan dan kawasan sekitar bagi membincangkan peluang pembangunan perniagaan, sokongan kerajaan yang tersedia, serta strategi memperkukuh ekosistem keusahawanan Madani.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Bin Ayub, Pengerusi Ahli Lembaga INSKEN, sekali gus memperkukuh komitmen INSKEN dalam mendekati komuniti usahawan di peringkat akar umbi.
INSKEN turut terlibat sebagai panel bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta rakan perunding perniagaan. Sesi dialog yang berlangsung secara interaktif memberi peluang kepada usahawan mendapatkan gambaran jelas mengenai fungsi INSKEN dan program baharu yang dibangunkan khusus untuk menyokong pertumbuhan perniagaan.
Antara tumpuan utama ialah program bimbingan INSKEN, khususnya sesi one to one coaching yang mendapat sambutan tinggi kerana pendekatannya yang praktikal, bersasar dan disesuaikan mengikut keperluan sebenar usahawan.
Program ini berjaya meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif INSKEN, mengukuhkan hubungan dengan usahawan tempatan serta membuka ruang kerjasama berterusan bersama DiPS dan agensi berkaitan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍
#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less