Mini Karnival Kesejahteraan dan Keusahawanan Eko Pelancongan Pesisir Sungai Perak 2026 berjaya menghimpunkan lebih 1,000 pengunjung di Manong, Perak.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mustaffa Kamil bin Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara INSKEN yang menegaskan potensi besar eko pelancongan sebagai pemangkin ekonomi luar bandar, dipacu komuniti dan disokong penguasaan teknologi termasuk AI.
Program turut menampilkan Slot Dialog Usahawan MADANI sebagai platform jaringan dan perkongsian idea bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan setempat.
INSKEN merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan MIKEP 2026 dan komited menyokong kesinambungan inisiatif ini pada masa hadapan.
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!
#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less