ADUCKTIVE was established in 2019 is a fast moving homegrown consumer snacks brand expanding quickly on national stages, with more than 5,000 resellers and gourmet coated snacks product lineup that redefines the snacks food industry
Tahniah kepada usahawan spa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Bertahan dan berkembang dalam industri ini bukan sesuatu yang mudah 👏🏻
Kini tiba masa untuk level up.
INSKEN Bangkit Spa merupakan program bimbingan 3 bulan bersama industry coach untuk membantu meningkatkan jualan, memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih berdaya saing.
📍 Pulau Pinang 🗓 9 hingga 11 Mac 2026 💰 RM500 👥 Terhad kepada 30 orang sahaja
INSKEN menjemput para usahawan dan bakal usahawan untuk menghadiri INSKEN Open Day 2026.
Apa yang menanti anda? ✨ Pengenalan kepada inisiatif & peluang kerjasama bersama INSKEN ✨ Sesi networking santai bersama komuniti usahawan ✨ Sesi soal jawab (Q&A) secara langsung bersama pasukan INSKEN
Butiran program: 🗓 13 Februari 2026, Jumaat ⏰ 2.30 petang hingga 5.30 petang 📍 Main Lobby Boardroom, INSKEN
Dalam industri 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗵𝗼𝗼𝗱 𝗖𝗮𝗿𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲, kepercayaan adalah segalanya.
Ibu bapa menyerahkan amanah yang sangat besar setiap hari. Bukan sekadar menjaga, tetapi membentuk asas perkembangan dan masa depan anak anak mereka.
INSKEN memahami bahawa mengurus 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗵𝗼𝗼𝗱 𝗖𝗮𝗿𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 bukan hanya tentang operasi harian. Ia tentang sistem yang tersusun, standard yang jelas, kepimpinan yang kukuh dan penambahbaikan berterusan.
Industri ini penting. Amanahnya besar.
Jika anda mahu 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗵𝗼𝗼𝗱 𝗖𝗮𝗿𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 anda benar benar tersusun, patuh kepada standard yang sepatutnya dan diyakini ibu bapa, perubahan itu perlu bermula daripada anda sebagai pengusaha.
Bukan sekadar berjalan seperti biasa, tetapi memastikan sistem, pasukan dan operasi berada pada tahap yang betul dan bertanggungjawab.
🗓️ 12 & 13 February 2025 📍 Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu
INSKEN telah dijemput untuk membuka reruai pameran dan berinteraksi secara langsung dengan para usahawan yang hadir, selain berkongsi maklumat mengenai program dan inisiatif terkini yang ditawarkan.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Pembantu Menteri Pengangkutan Sabah, dan menghimpunkan hampir 200 usahawan sekitar Sabah.
Penyertaan ini membuka ruang jaringan, perkongsian maklumat serta peluang kerjasama berterusan bersama komuniti usahawan di Sabah.
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐑𝐄 📍 Royal Park Hotel @ Uniten Bangi 📅 11 hingga 13 Februari 2026
Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan pengusaha penjagaan ibu selepas bersalin dan pusat berpantang bagi memperkukuh struktur perniagaan serta meningkatkan tahap profesionalisme perkhidmatan.
Peserta dibimbing oleh Hana Halim daripada Spaveda Solutions dengan penekanan kepada pemikiran strategik, penjenamaan yang lebih jelas, pengurusan operasi yang tersusun serta pelan tindakan 90 hari bagi memperkemas hala tuju perniagaan.
Sepanjang program, peserta diberi panduan berkaitan pengurusan kewangan, penetapan harga, penyusunan SOP, pengurusan kakitangan serta usaha meningkatkan pengalaman pelanggan dalam industri penjagaan selepas bersalin.
Program ini turut merangkumi lawatan penanda aras ke Bondahaven Wellness & Spa dan Roseville Confinement Centre bagi memberi pendedahan kepada amalan operasi sebenar dalam industri. Peserta berpeluang meneliti susun atur fasiliti, aliran kerja, pengurusan pasukan, piawaian kebersihan serta penyelarasan perkhidmatan bagi memastikan kualiti dan keselamatan pelanggan sentiasa terjaga.
Sesi perkongsian bersama Puan Radziah di Roseville Confinement Centre serta bimbingan langsung oleh Coach Hana di Bondahaven Wellness & Spa memberi gambaran jelas tentang kepentingan sistem yang teratur, pengurusan kakitangan yang berkesan serta strategi membina perniagaan yang lebih tersusun dan berdaya saing.
Industry Insight Workshop ini merupakan langkah awal dalam tempoh bimbingan selama tiga bulan. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan. Semoga terus berkembang dan memperkukuh perkhidmatan dalam industri penjagaan ibu dan bayi.
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 & 𝐅𝐎𝐓𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 📍 Vivatel Hotel @ Cheras Kuala Lumpur 📅 10 hingga 12 Februari 2025
Sesi ini merupakan pembuka tirai industri kreatif bagi program BANGKIT 2026, menghimpunkan usahawan dalam bidang reka bentuk, fotografi dan produksi kreatif.
Peserta dibimbing oleh @iqstudio.my bersama Encik Iqbal dengan penekanan kepada bagaimana idea kreatif boleh diterjemahkan kepada model perniagaan yang lebih tersusun dan menguntungkan.
Sepanjang tiga hari bengkel, fokus diberikan kepada pengurusan kewangan yang lebih teratur, penyusunan aliran kerja produksi, penetapan harga perkhidmatan serta perancangan pertumbuhan perniagaan secara lebih strategik.
Program ini turut merangkumi lawatan penanda aras ke Dak Teropong Studio di Shah Alam, Selangor.
Lawatan ini memberi gambaran jelas bahawa kejayaan dalam industri kreatif bukan sahaja bergantung kepada bakat seni, tetapi juga disiplin kerja, pengurusan teknikal yang kemas serta keupayaan membina hubungan baik dengan pelanggan dan rakan industri.
Industry Insight Workshop ini merupakan langkah awal dalam tempoh bimbingan selama tiga bulan. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan. Semoga terus maju dan berkembang dalam industri kreatif.
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐅𝐄 & 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 📍 The Jerai Hotel Sungai Petani 📅 4 hingga 6 Februari 2026
Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan usahawan kafe dan restoran bagi memperkukuh asas perniagaan serta meningkatkan kecekapan pengurusan operasi.
Peserta dibimbing oleh Yusaini Bin Yusop daripada DSH Capital Solutions dengan penekanan kepada strategi meningkatkan jualan, penyusunan menu yang lebih efektif, reka bentuk kempen promosi serta kawalan jualan berasaskan data.
Program ini turut merangkumi lawatan penanda aras ke Sofwah Arabic Grill Restaurant bagi memberi pendedahan kepada pelaksanaan sistem dan SOP yang teratur dalam operasi restoran. Sesi perkongsian bersama pemilik, Abu Qohafah, turut memberi inspirasi kepada peserta melalui pengalaman sebenar dalam membangunkan perniagaan.
Industry Insight Workshop ini merupakan langkah awal dalam tempoh bimbingan selama tiga bulan. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan. Semoga fasa seterusnya memberi lebih banyak kemajuan dan pencapaian dalam perniagaan masing-masing.
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐈𝐎𝐒𝐊 𝐕𝐄𝐍𝐃𝐎𝐑 📍 Fives Hotel Johor Bahru City Centre 📅 10 hingga 12 Februari 2025
Sesi bengkel selama tiga hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan asas perniagaan dalam kalangan usahawan kiosk makanan.
Peserta dibimbing oleh Azree Azhar Bin Awi daripada Creamore Food Industry untuk memperkemas struktur perniagaan, mengurus kos dengan lebih tepat serta membina sistem operasi yang lebih tersusun.
Antara fokus utama termasuk pemahaman aspek perundangan perniagaan, kaedah pengiraan kos dan penetapan harga, penyediaan SOP dan resipi standard, amalan kualiti operasi, serta perancangan perkembangan perniagaan ke tahap perusahaan kecil.
Program ini turut merangkumi lawatan penanda aras ke Nimmies Pastry & Cake bagi memberi pendedahan kepada pengurusan dapur berskala kecil yang cekap dan tersusun, selaras dengan kapasiti kiosk serta permintaan pelanggan.
Industry Insight Workshop ini merupakan sebahagian daripada program bimbingan selama tiga bulan yang dirangka bagi membantu usahawan memperkukuh asas perniagaan dan meningkatkan daya saing secara berperingkat.
𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐇𝐈𝐓𝐀𝐍 & 𝐅𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 📍 Royal Park Hotel @ Uniten Bangi 📅 10 hingga 12 Februari 2025
Sesi bengkel selama tiga hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan asas perniagaan dalam kalangan usahawan jahitan dan fesyen.
Peserta dibimbing untuk memperkemas pengurusan kewangan, menyusun operasi dengan lebih sistematik serta memperkukuh strategi pemasaran bagi menyokong pertumbuhan perniagaan yang lebih stabil dan berdaya saing.
Program ini turut merangkumi lawatan ke Asian Designer Guild yang diasaskan oleh Bill Keith dan beroperasi di Hextar World. Lawatan ini memberi pendedahan langsung kepada ekosistem industri fesyen serta amalan penjenamaan dan pemasaran yang berkesan.
Industry Insight Workshop ini merupakan sebahagian daripada program bimbingan selama tiga bulan yang dirangka bagi membantu usahawan memperkukuh daya saing dan bersedia untuk berkembang ke tahap seterusnya.
Tahniah kepada usahawan spa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Bertahan dan berkembang dalam industri ini bukan sesuatu yang mudah 👏🏻
Kini tiba masa untuk level up.
INSKEN Bangkit Spa merupakan program bimbingan 3 bulan bersama industry coach untuk membantu meningkatkan jualan, memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih berdaya saing.
📍 Pulau Pinang 🗓 9 hingga 11 Mac 2026 💰 RM500 👥 Terhad kepada 30 orang sahaja
INSKEN menjemput para usahawan dan bakal usahawan untuk menghadiri INSKEN Open Day 2026.
Apa yang menanti anda? ✨ Pengenalan kepada inisiatif & peluang kerjasama bersama INSKEN ✨ Sesi networking santai bersama komuniti usahawan ✨ Sesi soal jawab (Q&A) secara langsung bersama pasukan INSKEN
Butiran program: 🗓 13 Februari 2026, Jumaat ⏰ 2.30 petang hingga 5.30 petang 📍 Main Lobby Boardroom, INSKEN
Pastikan anda bersama kami. Daftar di: https://www.insken.gov.my/open_day/
Setiap edisi membawa fokus dan pengalaman yang tersendiri. Nantikan tarikh yang seterusnya.
Dalam industri 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗵𝗼𝗼𝗱 𝗖𝗮𝗿𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲, kepercayaan adalah segalanya.
Ibu bapa menyerahkan amanah yang sangat besar setiap hari. Bukan sekadar menjaga, tetapi membentuk asas perkembangan dan masa depan anak anak mereka.
INSKEN memahami bahawa mengurus 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗵𝗼𝗼𝗱 𝗖𝗮𝗿𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 bukan hanya tentang operasi harian. Ia tentang sistem yang tersusun, standard yang jelas, kepimpinan yang kukuh dan penambahbaikan berterusan.
Industri ini penting. Amanahnya besar.
Jika anda mahu 𝗖𝗵𝗶𝗹𝗱𝗵𝗼𝗼𝗱 𝗖𝗮𝗿𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 anda benar benar tersusun, patuh kepada standard yang sepatutnya dan diyakini ibu bapa, perubahan itu perlu bermula daripada anda sebagai pengusaha.
Bukan sekadar berjalan seperti biasa, tetapi memastikan sistem, pasukan dan operasi berada pada tahap yang betul dan bertanggungjawab.
Daftar sekarang: www.insken.gov.my/bangkit_childhood_01