KUASAI PENGGUNAAN AI UNTUK TINGKATKAN KECEKAPAN, KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN PERNIAGAAN!
Program ini memberikan panduan praktikal kepada peserta untuk mengintegrasikan AI dalam pelbagai aspek perniagaan seperti pemasaran, operasi, pengurusan pelanggan, kewangan dan perancangan. Peserta akan mempelajari asas AI, teknik prompt yang berkesan dan cara menggunakan alat AI bagi meningkatkan kreativiti, kecekapan serta pertumbuhan bisnes melalui data dan automasi.
LEVEL | TEMPAT Lembah Klang | YURAN |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
- Memberi asas dan pengalaman praktikal penggunaan AI dalam tugasan harian.
- Memupuk inovasi dengan gabungan kreativiti manusia dan keupayaan AI.
- Menjana idea dan strategi perniagaan yang berimpak dan boleh diskalakan.
- Meneroka automasi tugasan seperti penjadualan, dokumentasi dan khidmat pelanggan.
- Mengintegrasi AI dalam strategi pemasaran, penjenamaan dan kehadiran digital.
SIAPA PERLU HADIR?
- Terbuka kepada semua usahawan yang ingin memanfaatkan penggunaan AI untuk bisnes.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
- Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)