a

INSKEN BANGKIT : Spa – Perak

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
24 Feb 2026 08:00:AM - 26 Feb 2026 06:00:PM
DAFTAR


LONJAKAN HASIL JUALAN DENGAN PROGRAM INSKEN BANGKIT : SPA

Program bimbingan one-on-one selama 3 bulan bersama Industry Coach berpengalaman dalam industri yang sama, direka untuk membimbing usahawan meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi serta lebih berdaya saing.

 

INDUSTRI
Kecantikan & Rawatan Diri

TEMPAT
Perak

YURAN
RM500 (termasuk penginapan, makan & minum)

 

APA YANG ANDA DAPAT?

  • Bengkel intensif bersama Industry Coach selama 3 hari 2 malam secara fizikal
    • Penerangan terkini mengenai industri anda secara terperinci
  • Coaching One-On-One bersama Industry Coach (2 kali Fizikal + 1 kali Online)
    • Bimbingan eksklusif bersama pakar industri INSKEN yang juga merupakan usahawan yang berjaya!
  • Lawatan berasaskan pengalaman (Experiential learning)
    • Sesi lawatan ke premis terpilih bagi memberi pendedahan sebenar kepada operasi, amalan terbaik dan persekitaran industri semasa.

 

JANGKAAN HASIL

  • Peningkataan skala perusahaan mikro kepada kecil
  • Pertambahan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji minimum
  • Peningkatan hasil jualan

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Usahawan spa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun

 

SYARAT PROGRAM

  • Aktif menjalankan perniagaan (min 2 tahun)
  • Mempunyai rekod jualan
  • Dapat berikan komitmen sepanjang program

ย 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


Semasa menyertai program di INSKEN, ia banyak memberikan input bagi meningkatkan prestasi perusahaan mikro kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih tinggi. Coach juga memberikan ilmu menguruskan tunai dengan betul untuk membantu meningkatkan hasil jualan.

 

Noormawati binti Kamarudin

Peserta Program Bimbingan INSKEN

Watie Bakery House | Selangor

 

Saya belajar dari coach mengenai pengurusan bisnes dengan lebih teratur dan dapat mengenal brand dengan lebih mendalam. Selain itu, saya dapat mengetahui hala tuju syarikat, visi dan misi dengan lebih jelas. Pencapaian saya adalah berjaya memperkenalkan brand Boss Cadar kepada orang ramai dengan cara yang di ajar.ย ย 

 

Abu Bakar bin Mahamad Dom

Peserta Program Bimbingan INSKEN

AJ Livehome Empire | Negeri Sembilan


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri serta melengkapkan penyertaan program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
24 Feb 2026 08:00:AM - 26 Feb 2026 06:00:PM
RM500
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,185
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Seorang usahawan pernah berkongsi, โ€œProduk saya dah masuk banyak kedaiโ€ฆ tapi jualan masih tak konsisten.โ€

Rupanya bukan isu produk.
Isunya strategi market access.

Nak masuk pasaran yang betul, kena faham pelanggan, margin, saluran jualan dan positioning.
Bukan sekadar letak barang dan tunggu terjual.

Sebab itu Bangkit Market Access diwujudkan.
Program 3 bulan dengan bimbingan pakar industri untuk bantu anda:

โœ”๏ธ Kenal pasti peluang pasaran sebenar
โœ”๏ธ Susun strategi harga & margin lebih mampan
โœ”๏ธ Laksanakan pelan tindakan 90 hari dengan KPI jelas

๐Ÿ“ Lembah Klang
๐Ÿ“… 24โ€“26 Februari
๐Ÿ’ฐ RM500 sahaja

Kalau dah berniaga sekurang-kurangnya 2 tahun dan nak pergi lebih jauh, ini platformnya.

Daftar sekarang ๐Ÿ‘‰ www.insken.gov.my/bangkit_market_01

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ง๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ฎ๐˜ช ๐˜๐˜•๐˜š๐˜’๐˜Œ๐˜•. ๐˜›๐˜ช๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐!

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Seorang usahawan perImage attachmentImage attachment+3Image attachment

Satu lagi langkah strategik buat INSKEN di Sabah.

INSKEN yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Puan Viviantie Sarjuni bersama YBhg. Datuk Dr. Nayan Bin Yambu @ Laurentius, Naib Pengerusi Ahli Lembaga Amanah INSKEN dan YBrs. Puan Mary Binti Jim, Ahli Lembaga Amanah INSKEN serta pegawai INSKEN telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Perbincangan Strategik bersama Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah yang dipimpin oleh YB Datuk Ewon Benedick.

Pertemuan ini menjadi platform memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan keusahawanan di Sabah.

Antara fokus utama perbincangan:
โ€ข Perkongsian pencapaian program INSKEN 2025
โ€ข Pengenalan inisiatif strategik termasuk MOFA dan BANGKIT
โ€ข Perbincangan potensi pelaksanaan program di Sabah selaras industri tumpuan negeri

Perbincangan berlangsung secara positif dan konstruktif dengan kedua-dua pihak menyatakan keterbukaan untuk meneroka kerjasama lanjut melalui penyelarasan susulan.

Semoga usaha ini terus memperkukuh jaringan kolaborasi demi manfaat komuniti usahawan Sabah.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐!

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Satu lagi langkah stImage attachmentImage attachment+6Image attachment

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ: ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) ingin memaklumkan bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama INSKEN bagi tujuan mengutip bayaran program yang didakwa akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah pada 24 Mac 2026.

INSKEN menegaskan bahawa pihak kami tidak menganjurkan atau melantik mana-mana individu untuk mengendalikan kutipan bayaran secara peribadi bagi program tersebut.

Untuk makluman semua, INSKEN tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip bayaran ke akaun peribadi.

Semua urusan pendaftaran dan pembayaran program rasmi INSKEN hanya dibuat melalui platform rasmi berikut:
๐Ÿ‘‰ www.insken.gov.my
๐Ÿ‘‰ www.myinsken.gov.my

Sehubungan itu, orang ramai dan usahawan dinasihatkan supaya:

โœ”๏ธ Tidak membuat sebarang bayaran ke akaun individu
โœ”๏ธ Menyemak kesahihan program melalui saluran rasmi INSKEN
โœ”๏ธ Menghubungi pihak INSKEN sekiranya menerima tawaran yang mencurigakan

Segala pengumuman program hanya akan disiarkan melalui laman web dan media sosial rasmi INSKEN.

INSKEN memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan usahawan serta memastikan integriti institusi terus terpelihara.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi INSKEN seperti berikut:

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ž๐—˜๐—ก

๐Ÿ. ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐ž๐› ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข
๐Ÿ‘‰ www.insken.gov.my

๐Ÿ. ๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข
๐Ÿ‘‰ www.myinsken.gov.my

๐Ÿ‘. ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐
โ€ข Facebook rasmi INSKEN
โ€ข Instagram rasmi INSKEN
โ€ข LinkedIn rasmi INSKEN
โ€ข TikTok rasmi INSKEN
โ€ข โ WhatsApp Channel rasmi INSKEN

Semua akaun di atas adalah akaun yang telah disahkan (๐™ซ๐™š๐™ง๐™ž๐™›๐™ž๐™š๐™™ ๐™–๐™˜๐™˜๐™ค๐™ช๐™ฃ๐™ฉ).

๐Ÿ’. ๐“๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง & ๐„๐ฆ๐ž๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข
โ€ข Ibu Pejabat INSKEN 03-8314 8800
โ€ข Cawangan Sabah 088-738445
โ€ข Cawangan Sarawak 082-549816
โ€ข Emel rasmi: insken@insken.gov.my

โš ๏ธ Sentiasa berwaspada dan hanya rujuk kepada saluran rasmi bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

#inskenofficial
... See MoreSee Less

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”
Load more

...

32 2

...

10 0

...

43 5

...

17 0

...

20 0