a

INSKEN BANGKIT : Keusahawanan Sosial

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
20 Mar 2026 12:00:AM
DAFTAR



Program pecutan bagi perusahaan sosial dan organisasi berasaskan impak bagi membimbing usahawan untuk meningkatkan perniagaan ke tahap

yang lebih tinggi & berdaya saing

INDUSTRI
Keusahawanan Sosial

SESI TAKLIMAT
Fizikal / Atas Talian

YURAN
Percuma untuk Fasa Pertama

 

APA YANG ANDA DAPAT?

  • Dibimbing oleh penggerak ekosistem termasuk penggiat industri, korporat dan individu berperanan penting
  • Peluang untuk mengembangkan rangkaian perniagaan dan mendapatkan penarafan KUSKOP

 

JANGKAAN HASIL

  • Peningkatan skala perusahaan mikro kepada kecil
  • Pertambahan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji minimumPeningkatan purata hasil jualan kepada RM20k – RM30k sebulan
  • Pertambahan peluang pekerjaan melebihi 5 orang

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada usahawan sosial dan organisasi berasaskan impak

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


Semasa menyertai program di INSKEN, ia banyak memberikan input bagi meningkatkan prestasi perusahaan mikro kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih tinggi. Coach juga memberikan ilmu menguruskan tunai dengan betul untuk membantu meningkatkan hasil jualan.

 

Noormawati binti Kamarudin

Peserta Program Bimbingan INSKEN

Watie Bakery House | Selangor

 

Saya belajar dari coach mengenai pengurusan bisnes dengan lebih teratur dan dapat mengenal brand dengan lebih mendalam. Selain itu, saya dapat mengetahui hala tuju syarikat, visi dan misi dengan lebih jelas. Pencapaian saya adalah berjaya memperkenalkan brand Boss Cadar kepada orang ramai dengan cara yang di ajar.  

 

Abu Bakar bin Mahamad Dom

Peserta Program Bimbingan INSKEN

AJ Livehome Empire | Negeri Sembilan


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri serta melengkapkan penyertaan program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
20 Mar 2026 12:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?