a

INSKEN BANGKIT : Grocery Store – Lembah Klang

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
24 Feb 2026 08:00:AM - 26 Feb 2026 06:00:PM
DAFTAR


LONJAKAN HASIL JUALAN DENGAN PROGRAM INSKEN BANGKIT : GROCERY STORE

Program bimbingan one-on-one selama 3 bulan bersama Industry Coach berpengalaman dalam industri yang sama, direka untuk membimbing usahawan meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi serta lebih berdaya saing.

 

INDUSTRI
Grocery Store

TEMPAT
Lembah Klang

YURAN
RM500 (termasuk penginapan, makan & minum)

 

APA YANG ANDA DAPAT?

  • Bengkel intensif bersama Industry Coach selama 3 hari 2 malam secara fizikal
    • Penerangan terkini mengenai industri anda secara terperinci
  • Coaching One-On-One bersama Industry Coach (2 kali Fizikal + 1 kali Online)
    • Bimbingan eksklusif bersama pakar industri INSKEN yang juga merupakan usahawan yang berjaya!
  • Lawatan berasaskan pengalaman (Experiential learning)
    • Sesi lawatan ke premis terpilih bagi memberi pendedahan sebenar kepada operasi, amalan terbaik dan persekitaran industri semasa.

 

JANGKAAN HASIL

  • Peningkataan skala perusahaan mikro kepada kecil
  • Pertambahan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji minimum
  • Peningkatan hasil jualan

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Usahawan grocery store yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun

 

SYARAT PROGRAM

  • Aktif menjalankan perniagaan (min 2 tahun)
  • Mempunyai rekod jualan
  • Dapat berikan komitmen sepanjang program

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


Semasa menyertai program di INSKEN, ia banyak memberikan input bagi meningkatkan prestasi perusahaan mikro kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih tinggi. Coach juga memberikan ilmu menguruskan tunai dengan betul untuk membantu meningkatkan hasil jualan.

 

Noormawati binti Kamarudin

Peserta Program Bimbingan INSKEN

Watie Bakery House | Selangor

 

Saya belajar dari coach mengenai pengurusan bisnes dengan lebih teratur dan dapat mengenal brand dengan lebih mendalam. Selain itu, saya dapat mengetahui hala tuju syarikat, visi dan misi dengan lebih jelas. Pencapaian saya adalah berjaya memperkenalkan brand Boss Cadar kepada orang ramai dengan cara yang di ajar.  

 

Abu Bakar bin Mahamad Dom

Peserta Program Bimbingan INSKEN

AJ Livehome Empire | Negeri Sembilan


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri serta melengkapkan penyertaan program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
24 Feb 2026 08:00:AM - 26 Feb 2026 06:00:PM
RM500
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,127
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

🗓️ 9 Februari 2026
📍 Kolej Komuniti Kuching, Sarawak

INSKEN turut serta sebagai agensi pempamer bersama pelbagai agensi dan rakan strategik.

Seminar yang menghimpunkan kira kira 100 usahawan dari Kuching dan kawasan sekitar dengan fokus kepada pembudayaan keusahawanan, pengurusan perniagaan yang mampan, pendigitalan transaksi serta kesedaran terhadap perlindungan sosial dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil.

Lebih bermakna, #GengINSKEN berpeluang bertemu semula beberapa alumni program terdahulu yang kini menunjukkan perkembangan positif dalam perniagaan masing masing.

INSKEN akan terus komited dalam memperkasa dan membangunkan usahawan termasuk di Sarawak melalui bimbingan dan sokongan yang berterusan.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡Image attachmentImage attachment+5Image attachment

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗘-𝗖𝗢𝗠𝗠𝗘𝗥𝗖𝗘 𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲)

🗓️ 12 & 13 February 2025
📍 Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu

INSKEN telah dijemput untuk membuka reruai pameran dan berinteraksi secara langsung dengan para usahawan yang hadir, selain berkongsi maklumat mengenai program dan inisiatif terkini yang ditawarkan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Pembantu Menteri Pengangkutan Sabah, dan menghimpunkan hampir 200 usahawan sekitar Sabah.

Penyertaan ini membuka ruang jaringan, perkongsian maklumat serta peluang kerjasama berterusan bersama komuniti usahawan di Sabah.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia
... See MoreSee Less

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛Image attachmentImage attachment+5Image attachment

𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐑𝐄
📍 Royal Park Hotel @ Uniten Bangi
📅 11 hingga 13 Februari 2026

Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan pengusaha penjagaan ibu selepas bersalin dan pusat berpantang bagi memperkukuh struktur perniagaan serta meningkatkan tahap profesionalisme perkhidmatan.

Peserta dibimbing oleh Hana Halim daripada Spaveda Solutions dengan penekanan kepada pemikiran strategik, penjenamaan yang lebih jelas, pengurusan operasi yang tersusun serta pelan tindakan 90 hari bagi memperkemas hala tuju perniagaan.

Sepanjang program, peserta diberi panduan berkaitan pengurusan kewangan, penetapan harga, penyusunan SOP, pengurusan kakitangan serta usaha meningkatkan pengalaman pelanggan dalam industri penjagaan selepas bersalin.

Program ini turut merangkumi lawatan penanda aras ke Bondahaven Wellness & Spa dan Roseville Confinement Centre bagi memberi pendedahan kepada amalan operasi sebenar dalam industri. Peserta berpeluang meneliti susun atur fasiliti, aliran kerja, pengurusan pasukan, piawaian kebersihan serta penyelarasan perkhidmatan bagi memastikan kualiti dan keselamatan pelanggan sentiasa terjaga.

Sesi perkongsian bersama Puan Radziah di Roseville Confinement Centre serta bimbingan langsung oleh Coach Hana di Bondahaven Wellness & Spa memberi gambaran jelas tentang kepentingan sistem yang teratur, pengurusan kakitangan yang berkesan serta strategi membina perniagaan yang lebih tersusun dan berdaya saing.

Industry Insight Workshop ini merupakan langkah awal dalam tempoh bimbingan selama tiga bulan. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan. Semoga terus berkembang dan memperkukuh perkhidmatan dalam industri penjagaan ibu dan bayi.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖,
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!

#JomJoinINSKEN #inskenofficial #GengINSKEN #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒Image attachmentImage attachment+Image attachment
Load more