Image Alt

RM70B HARTA BEKU AKIBAT TIADA ILMU URUS HARTA PUSAKA

  /  RM70B HARTA BEKU AKIBAT TIADA ILMU URUS HARTA PUSAKA

Tragedi helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei 2016 sehingga meragut nyawa sahabat baik sendiri membuka hati seorang wanita untuk mendalami ilmu pewarisan dan faraid. Lebih menyedihkan Hajah Norain Haji Abu Bakar, 57 apabila melihat kesukaran waris sahabat karibnya yang juga bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Norah Kasnon menguruskan harta pusaka arwah ibu mereka. Arwah sahabat baik saya sejak di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Kami bersahabat sejak umur 13 tahun dan kematian beliau yang menyayat hati itu begitu memberi kesan kepada kehidupan saya.

“Saya lihat anak-anaknya dalam kesedihan dan kesusahan untuk menyelesaikan harta pusakanya mengikut kaedah faraid. Mereka mengambil masa yang lama untuk selesaikan masalah itu dan walaupun selesai selepas beberapa tahun, anak-anak arwah terpaksa membayar fee guaman yang tinggi.” katanya yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan. Kemalangan itu turut mengorbankan lima yang lain antaranya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Terkesan dengan kejadian itu, Norain yang juga juruukur bahan selama 25 tahun mengambil keputusan bersara dan beralih pekerjaan sebagai ejen hibah dan pusaka. “Saya rasa sudah menjadi fardhu kifayah untuk saya mempelajari dan mengajar ilmu faraid. Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda bahawa ilmu faraid ilmu pertama yang akan dilupakan dan ini menarik hati saya,” katanya. Menurut lepasan Sarjana Muda Juruukur Bahan dari United Kingdom ini, kajian menunjukkan umat Islam di Malaysia tidak merancang harta yang bakal ditinggalkan walaupun mengumpul aset sejak muda.

Walaupun banyak kes yang melibatkan kelewatan penyelesaian pusaka tetapi masyarakat masih tidak belajar daripada kesilapan. Masih terlalu ramai yang ambil sikap tidak ambil tahu atau sikap berlengah merancang memikirkan ‘bukannya nak mati lagi’ dan sikap ‘faraid kan ada.’ Sekarang ini lebih kurang RM70 bilion harta di Malaysia di mana 90 peratus milik orang Islam terbeku dan tidak dituntut. la berpunca daripada masalah kita yang tidak tahu kaedah membuat tuntutan, tidak muafakat serta mempunyai konflik keluarga. Kekangan masa, dana sera cetek ilmu perwarisan menyumbang kepada statistik harta terbeku. Betapa ruginya ekonomi orang Islam kerana harta itu tidak dapat digunakan oleh waris-waris, harta tidak berkembang ataupun tidak dibayar zakat.

 

“Kita juga mesti ambil iktibar dengan kejadian banjir besar baru-baru ini, saya rasakan banyak dokumen penting yang rosak atau hanyut dan tidak sempat diselamatkan. Jadi saya meyeru kepada semua terutama pelanggan saya untuk menyimpan semua dokumen dan barang berharga di tempat selamat,” katanya. Akibat penularan wabak Covid-19, Norain mengalami kesukaran membantu mereka yang memerlukan khidmatnya. Dari situ saya temui Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di Facebook dan mula mendaftar kursus tersebut yang diadakan secara online mulai 8 Mac hingga Julai 2021. Pada Mei dan Jun 2021, semasa cuti Hari Raya dan total lockdown diisytiharkan, saya nampak peningkatan sales bila saya buat iklan di Facebook yang dipelajari melalui program tersebut.

 

Semasa majlis graduasi 8 Disember lalu, saya terpilih sebagai peserta terbaik untuk Programme E-Board Cohort 2, katanya. Beliau juga memenangi beberapa anugerah perunding terbaik di Konvensyen Wasiyyah Shoppe Berhad dan juga perunding terbaik bulanan sejak 2019 hingga 2021. Tambahnya, Wasiyyah Shoppe Berhad sebuah syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia dan mengeluarkan 35 produk patuh syariah milik syarikat penuh bumiputera yang khusus dalam Perancangan dan Pengurusan Pusaka secara syariah. Orang ramai disaran menyertai pasukannya sebagai perunding pewarisan di mana latihan dan insentif menarik disediakan.

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,803
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


๐Ÿ‘๐‘๐ƒ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐”๐’๐ˆ๐๐„๐’๐’ ๐„๐•๐„๐๐“๐’ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Forum ini secara rasmi membuka tirai hari ini di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, menghimpunkan pemain industri Business Events dari dalam dan luar negara.

INSKEN turut menyertai pameran dengan membawa bersama usahawan alumni INSKEN yang ditaja khas bagi mempamerkan produk tempatan Sabah kepada delegasi industri.

Antara usahawan alumni INSKEN yang terlibat:
โ€ข Puan Sariyaman โ€“ Koperasi Komuniti Cenderawasih
โ€ข Puan Viviane โ€“ Vivi Collection
โ€ข Puan Esther โ€“ Eden Collection
โ€ข Puan Alissa โ€“ Shadhan Trading

Selaras dengan tema Global Collaboration Through Business Events, penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan INSKEN dalam memperluas pendedahan, memperkukuh jaringan strategik serta membuka peluang kerjasama kepada usahawan tempatan.

Esok menandakan hari terakhir penganjuran forum ini.

๐Ÿ“ Sabah International Convention Centre
๐Ÿ“… 4 โ€“ 5 Februari 2026

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

๐Ÿ‘๐‘๐ƒ ๐ˆ๏ฟฝImage attachmentImage attachment+3Image attachment

Photos from Hajiji Haji Noor's post ... See MoreSee Less

Image attachmentImage attachment+2Image attachment

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐ค๐ž ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก

INSKEN mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, yang diketuai oleh Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN.

Kunjungan ini susulan kejayaan di Davos dan juga sebagai tanda penghargaan INSKEN kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sokongan berterusan dalam memperkasa keusahawanan sosial & pembangunan inklusif.

Kerajaan Negeri Sabah turut menyatakan penghargaan kepada INSKEN atas pendekatan inklusif yang memberi tumpuan kepada usahawan Sabah khususnya komuniti luar bandar.

INSKEN turut menghargai sokongan Kerajaan Negeri Sabah serta kerjasama agensi rakan strategik seperti Institute for Development Studies (IDS) dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) dalam menjayakan inisiatif berimpak di negeri ini.

INSKEN kekal komited menerajui agenda keusahawanan sosial dan pembangunan inklusif serta berhasrat memperluaskan model kejayaan Sabah ke seluruh negara demi manfaat semua usahawan di Malaysia.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎImage attachmentImage attachment+2Image attachment
Load more

...

12 0

...

15 0

...

8 0

...

10 0

...

9 0

...

12 0