Image Alt

KOMISEN RM20K

  /  KOMISEN RM20K

Demi  mencari wang tambahan bagi menampung kos rawatan kucing dan ringankan beban keluarga, seorang penuntut Politeknik kini sudah meraih komisen hampir RM20,000.00 hanya dalam beberapa bulan selepas serta Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Nurul Anisah Kamarudin, 20, dari Ipoh, Perak menikmati komisen tinggi hasil menjual iPhone secara ansuran.

Saya sertai Program DNA sebab duit PTPTN saya selalu dihabiskan untuk merawat kucing-kucing di rumah yang selalu sakit. Jadi ia membuatkan saya sering tidak cukup duit dan berfikir macam mana nak beli benda lain jika kucing berterusan sakit.


“Suatu hari saya terlihat iklan Program DNA di Instagram dan selepas membuat pertimbangan saya mula jual iPhone sejak September tahun lepas,” katanya. Nur Anisah berkata, hanya dua pelanggan yang membeli iPhone pada bulan pertamanya. Namun jualannya naik mendadak hanya selepas mengikuti Program DNA anjuran INSKEN selama dua hari pada Oktober lalu dan mempraktikkan ilmu yang diajar. “Suatu hari pensyarah mencari siapa yang mahu mengikuti program DNA, ia ditaja oleh pihak Politeknik.

 

Jadi saya daftar program tersebut dengan kawan-kawan lain. Dalam program DNA, saya berikan fokus sepenuhnya sebab apa yang  disampaikan sangat menarik. Semua yang diajar saya buat catatan. Pada hari saya menyertai program, dengan gunakan teknik yang sama seperti apa diajar coach, saya dapat closed dua pembeli. Dalam bulan yang sama jualan saya naik kepada sembilan pembeli, kata pelajar dalam bidang Diploma Peruncitan dari Politeknik Sultan Azlan Shah ini. 

 


Pelajar yang baru menamatkan semester dua itu berkata, jualannya terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 12 pembeli pada November dan naik kepada 21 pembeli bagi bulan Disember. Cuma
bulan ini (Februari) disebabkan sibuk menghadapi peperiksaan, saya tak dapat nak fokus kepada jualan, tetapi Alhamdulillah Januari lalu saya dapat 16 pembeli,” katanya yang menerima komisen hampir RM20,000.00 hasil keseluruhan jualan setakat kini.


Jelas Nur Anisah, dalam Program DNA beliau didedahkan kaedah memasarkan produk di Facebook menggunakan marketplace, cara posting dan follow up pelanggan. “Mengikuti perkembangan pelanggan sangat berguna dan membantu menaikkan jualan. Sebelum in saya tak pandai cara nak follow up pembeli dan cara untuk beri maklum balas. “Namun selepas masuk Program DNA, saya boleh dapatkan pembeli dengan mudah secara follow up. Program ini juga mengajar saya cara untuk buat ayat promosi. Sebelum ini saya gunakan ayat panjang. Tetapi di dalam Program DNA, saya diajar buat ayat yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek tetapi padat. Jadi orang tidak akan bosan membaca. Bahkan di INSKEN, peserta dilatih untuk mengawal mindset supaya tidak lemah semangat dalam perniagaan.” katanya yang tidak lagi menggunakan duit PTPTN di luar keperluan menuntut ilmu.


Jelas Nur Anisah, selain mencari pendapatan, perniagaan baginya adalah untuk membantu memudahkan urusan pelanggan mendapatkan apa yang dinginkan. Seperti saya jual iPhone secara ansuran, jadi saya nak bantu khususnya pelajar yang tiada slip gaji, yang nak beli iPhone tetapi tiada duit tunai.
“Dengan jualan iPhone secara ansuran ini, saya dapat bantu mereka miliki gajet itu walaupun masih lagi belajar. Setakat ini kebanyakan pelanggan saya ialah pelajar, suri rumah dan pekerja,” katanya.

 

 

Nur Anisah berkata, perancangannya selepas ini ialah mengumpul wang simpanan RM10,000.00 untuk masa depan termasuk membantu ibu dan bapanya mengerjakan umrah serta membantu adik-adik yang masih belajar. Anak keempat daripada tujuh beradik itu bercita-cita meniadi usahawan berjaya suatu hari nanti dan katanya, apa pun status kita, ia bukan perkara mustahil untuk berjaya asalkan minda perlu sentiasa berfikiran positif.

 

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,169
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Pelanggan datang untuk pengalaman.
Pasukan bekerja untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Pemilik perniagaan pula memikirkan kelangsungan dan pertumbuhan.

Dalam industri pelancongan, ketiga tiga ini perlu bergerak seiring.

𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 diwujudkan untuk membantu usahawan menyusun semula strategi, operasi dan hala tuju perniagaan secara lebih terarah sepanjang 3 bulan bimbingan.

Terbuka kepada perniagaan yang telah beroperasi sekurang kurangnya 2 tahun.

📍 Perak
🗓 31 Mac hingga 2 April 2026
🎟 30 peserta sahaja

Maklumat Lanjut:
www.insken.gov.my/bangkit_tourism_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Pelanggan datang unt

𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏
𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐂𝐀𝐅𝐄 & 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐔𝐑𝐀𝐍𝐓
📍 RAIA Hotel Kuala Terengganu
📅 13 hingga 15 Februari 2025

Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan pengusaha kafe dan restoran daripada pelbagai latar belakang bagi memperkukuh asas perniagaan serta memperkemas sistem pengurusan operasi.

Peserta dibimbing oleh Puan Sharifah Mariam (Qarith Services Sdn Bhd) dengan penekanan kepada pemikiran sebagai pemilik perniagaan, pengurusan kewangan yang lebih tersusun, pemasaran yang lebih berfokus serta kepentingan membina sistem yang mampan.

Sepanjang program, peserta berkongsi cabaran sebenar industri termasuk kos bahan mentah yang meningkat, pengurusan pekerja, aliran tunai yang tidak stabil serta usaha mengekalkan keuntungan dalam perniagaan makanan.

Modul-modul utama memberi fokus kepada pembangunan minda usahawan, penggunaan alat pengurusan perniagaan, audit operasi, strategi pemasaran kreatif serta kefahaman bahawa keuntungan adalah asas kepada kelangsungan perniagaan.

Program ini turut merangkumi lawatan pembelajaran ke Kunyek Restaurant, di mana peserta didedahkan kepada pengurusan dapur yang teratur, sistem kerja kakitangan, kawalan kos, penyeragaman menu serta kepentingan SOP dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten.

Sesi ini menjadi permulaan kepada perjalanan peserta dalam program BANGKIT selama tiga bulan, sebagai asas untuk membina perniagaan yang lebih tersusun, stabil dan berdaya tahan.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga terus melangkah maju dan memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang program ini.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖,
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍!

#JomJoinINSKEN #INSKENOfficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒Image attachmentImage attachment+2Image attachment

Kedai runcit dah lama beroperasi.
Tapi rasa bisnes tak benar benar berkembang?

Program BANGKIT Grocery Store bantu anda kukuhkan struktur perniagaan dan tingkatkan prestasi operasi.

Antara fokus utama:
✔ Analisis masalah & solusi praktikal
✔ Strategi merchandising dan susun atur produk
✔ Pengiraan margin & rundingan pembelian
✔ Sistem operasi lebih tersusun

📍 Lembah Klang
📅 24 hingga 26 Februari
💰 RM500 sahaja

Terbuka kepada usahawan grocery store yang telah beroperasi sekurang kurangnya 2 tahun.

Kalau anda mahu naikkan skala perniagaan, bukan sekadar bertahan

Klik untuk daftar;
www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less

Kedai runcit dah lamImage attachmentImage attachment+3Image attachment
Load more

...

4 0

...

10 0

...

17 1

...

8 0