Image Alt

DEMI ANAK – SUHAILA CEBURI BISNES UNTUK BEBAS MASA

  /  DEMI ANAK – SUHAILA CEBURI BISNES UNTUK BEBAS MASA

Luahan hati seorang anak yang dambakan kasih sayang seorang ibu menjadi titik permulaan perusahaan coklat oleh seorang wanita yang memilih The Crazy Coco sebagai jenama. Menyingkap kisah di sebalik perniagaan yang semakin maju itu, Hana Suhaila Abu Bakar 47, mengakui kesibukan masa bertugas menyebabkan dia dan suami yang juga seorang jurutera tidak dapat memberi fokus kepada anak sulung mereka selama ini. “Saya berhenti kerja jurutera pada 2017. Keputusan mengusahakan perniagaan sendiri dibuat setelah mendengar luahan hati anak yang tinggal di asrama. Anak saya memberitahu dia rasa saya tak pernah jaga dia selama ini. Memang saya tak pandai jaga anak, sebelum ini pembantu rumah yang jaga kerana kesibukan bertugas. “Saya terbang sana-sini, kemudian balik rumah. Selain itu saya juga pernah dua kali kemalangan membuatkan saya tekad untuk berhenti kerja.” katanya yang pernah bertugas di banyak pelabuhan termasuk di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Bercerita lanjut, wanita asal Skudai, Johor ini mengambil keputusan menjalankan perniagaan coklat kerana gemar memakan makanan ringan itu dan diletakkan di bawah syarikat HSRich Global Sdn Bhd yang turut mempelbagaikan jenis produk antaranya Cocosan, Socosan, Chocojar dan Hayla.

 

 

Menurutnya, kaedah pembuatan coklat dipelajari daripada orang persendirian termasuk Lembaga Koko Malaysia. Jelasnya, banyak coklat yang dihasilkan namun paling digemari pelanggan dan mendapat permintaan tinggi ialah Chocojar. Pada peringkat awal saya keluarkan produk coklat jenis panning dan banyak dipasarkan di pasaraya. Namun disebabkan jualan di pasaraya perlahan, saya tukar pengeluaran coklat kepada sejuk beku. Apabila saya mengkaji permintaan pasaran barulah saya hasilkan coklat Chocojar yang dikeluarkan sejak 2017 dan bertahan hingga ke hari ini.

 

“Selepas lihat Chocojar mendapat sambutan, lalu kami keluarkan produk itu lebih banyak manakala coklat jenis panning pula dikurangkan dan hanya dikeluarkan mengikut permintaan saja. Coklat itu juga tahan suhu bilik berbanding jenis panning yang mudah cair,” katanya. Menunut Hana Suhaila, sampai satu ketika pernah dirinya mahu berputus asa selepas jualan coklat tidak dapat menembusi pasaran besar. Bagaimanapun beliau bersyukur apabila perniagaan Chocojar semakin berkembang selepas mengikuti program bimbingan yang dikenali sebagai INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun 2020. “Mula-mula buka bisnes saya ambil 15 pekerja tetapi melalui Program IBBC, saya diajar cara kira overhad dan kaedah menguruskan perniagaan dengan betul. Rupa-rupanya apabila ambil pekerja, saya perlu kira overhead, menguruskan akaun syarikat dan lain-lain. “Sebelum ini saya tidak pernah kira kos overhead, hanya mengira kos operasi saja. Itupun terlebih yang berpunca daripada kesilapan saya tak menetapkan berapa jumlah produk mahu dikeluarkan,” katanya.

 

 

Katanya, Program IBBC turut mengajar cara membuat profil syarikat dan kaedah pembentangan. “Saya tak pandai nak buat profil syarikat dan buat pembentangan. Sebelum ini saya hanya guna khidmat orang lain untuk tolong buatkan termasuk untuk pembentangan. Sepatutya semua itu perlu dilakükan pemilik syarikat kerana dia lebih tahu selok-belok perniagaannya. Lebih membanggakan apabila hasil usaha Suhaila mempraktikkan ilmu yang diperolehi melalui program IBBC, syarikatnya menerima tender membekalkan produk Chocojar oleh Petronas dan Industri Kecil Sederhana (IKS) Mesra Petronas di seluruh Malaysia mulai pertengahan tahun lalu. Katanya, Chocojar dan produknya yang lain juga menerima tender planogram confectionery di mana ia diletak di rak-rak bersebelahan coklat berjenama lain. “Selain produk saya dipasarkan di Lesong Mart dan Halal Mart di seluruh Malaysia, katanya.” Di sebalik kejayaan mengusahakan perniagaannya, ibu kepada lima anak ini sangat bersyukur kepada Allah kerana berkat menjalankan perniagaannya sendiri. Hubungannya dengan anak sulung semakin erat malah keluarga semakin bahagia. 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,960
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐜𝐥𝐚𝐬𝐬 (𝐌𝐎𝐅𝐀) | 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐤𝐞 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚: 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟
📍 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐨𝐟 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 (𝐀𝐒𝐁), 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
🗓️ 𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dari ruang bengkel ke peluang yang lebih luas, semuanya bermula dengan ilmu, pendedahan industri dan hala tuju yang jelas.

Melalui sesi perkongsian bersama Coach Zuraiman, peserta didedahkan kepada landskap TVET automotif, cabaran persaingan global serta perkembangan teknologi yang sedang mengubah industri. Perkongsian ini membuka perspektif baharu tentang keperluan kemahiran, inovasi dan kesiapsiagaan untuk kekal relevan.

Program ini turut membuka ruang kepada peserta berpotensi untuk meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya melalui inisiatif BANGKIT, sebagai langkah memperkukuh dan mengembangkan perniagaan secara lebih strategik.

Langkah hari ini mungkin kecil, tetapi impaknya boleh membentuk masa depan industri.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+1Image attachment

INSKEN: perkukuh kerjasama strategik bersama kerajaan negeri agenda pembangunan keusahawanan sosial

dlvr.it/TQpdnK #INSKEN #Keusahawanan #Sabah #PembangunanSosial #KerjasamaStrategik
... See MoreSee Less

Load more

...

24 2

...

13 0

...

17 0