Image Alt

CILI GORONONG UBAH LANDSKAP EKONOMI ANAK SARAWAK

  /  CILI GORONONG UBAH LANDSKAP EKONOMI ANAK SARAWAK

Menyedari permintaan tinggi cili goronong, seorang anak jati Sarawak tidak menunggu masa lama untuk menceburkan diri dalam bidang itu. Dengan bimbingan daripada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),  Benedict
Sunggul Anak Ginggos mengambil keputusan meninggalkan perniagaan dropship pakaian bagi mengusahakan tanaman tersebut secara fertigasi dalam rumah perlindungan hujan di Kampung Semeba. “Sebuah rumah bersaiz 60 kaki x 100 kaki dan saya tanam 1,000 pokok cili goronong dan sebuah rumah lagi saya tanam sayur sawi dan daun sup,” katanya. 

 

 

Menurutnya, sebelum memulakan projek pertanian bersama INSKEN, sumber pendapatannya hanya bergantung kepada jualan pakaian secara dropship. Saya sertai Program Agri-Coaching And Development Programme
(ACID) selepas saudara-mara yang memberi cadangan tentang projek pertanian, jadi saya terus pohon. Saya mulakan projek pertanian sejak Mac tahun lalu. “Saya terdorong untuk mengusahakan cili selepas melihat ramai kawan yang berjaya dalam bidang pertanian,” katanya. 


Menceritakan kelebihan cili goronong, beliau berkata, tanaman itu tahan daripada serangan berbanding cili lain. “Walaupun ia diserang serangga tetapi ia masih berbuah, pokoknya tetap mengeluarkan hasil walaupun berkurangan daripada sepatutnya. Bentuk buahnya bulat dan sesuai ditanam pada suhu iklim seperti di Sarawak dan ia ada rasa pedas dan kurang pedas,” katanya mengenai cili yang mempunyai pelbagai saiz.
Jelas anak bongsu daripada lima beradik itu cili goronong akan mengeluarkan hasil selepas tiga bulan tanaman. “Hasil tuaian maksimum setakat ini 60 kilogram seminggu, ia mungkin boleh lebih lagi dengan teknik penjagaan dan pembajaan yang lebih baik. Kebiasaannya purata tuaian adalah 20 hingga 40 kilogram. “Dulu saya pasarkan menerusi Facebook tetapi selepas dapat pemborong tetap, saya tidak lagi berjualan secara online. Bagaimanapun tanaman cili goronong yang diusahakan saya ini masih belum dapat menampung permintaan tinggi di pasaran.

 

 

“Bagi daun sup dan sayur sawi pula dipasarkan kepada penjaja-penjaja kecil di Kuching.” katanya yang meraih pendapatan lumayan setiap seminggu bagi cili dan sayur-sayuran. Benedict berkata, kejayaan mengusahakan tanaman bag tahun pertama tidak mungkin akan tercapai tanpa ilmu yang diajar oleh INSKEN. “Dalam kursus, saya belajar pelbagai perkara seperti pengurusan perniagaan, asas dan teknik pertanian termasuk kaedah pemasaran hasil tanaman.


“INSKEN memberikan sokongan penuh sepunjang saya usahakan projek cili dan sayur-sayuran ini. Setiap minggu mereka akan pantau perkembangan saya dan setiap minggu juga perlu mengemaskini maklumat hasil jualan pertanian kepada pihak INSKEN.” katanya. Menurut Pengurus Syarikat Togap Bina PILT itu, beliau merancang untuk menambahkan lagi jumlah tanaman pokok cili selepas ini. “Saya mahu menanam lebih lagi cili goronong, mungkin rumah untuk sayur sawi dan daun sup akan diubah kepada tanaman cili. Saya berazam untuk naik lebih tinggi lagi dalam bidang pertanian.

 


“Saya tiada pekerja, selama ini ibu dan ayah termasuk abang-abang yang membantu saya menjaga tanaman. Malah ada abang yang turut memainkan peranan membantu saya memasarkan hasil tanaman,” katanya yang terharu dengan sokongan ahli keluarga terhadap bidang pekerjaannya itu. Berkongsi tip untuk berjaya, Benedict berkata, setiap orang perlu mempunvai motivasi diri kerana apabila hidup tanpa motivasi akan menjejaskan tumpuan dalam pekerjaan.

 

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,091
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment

𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

2 hari lagi menjelang Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 bertemakan “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”.

📅 𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
🕙 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐧, 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀𝐏𝐔𝐑𝐈, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

Ikuti siaran langsung melalui 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢.

#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AmanatKSN2026

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
... See MoreSee Less

Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial