Image Alt

BUKAN SEKADAR SPA

  /  BUKAN SEKADAR SPA

Di sebalik perniagaan IEQA Beauty De Spa, pusat rawatan dan kecantikan wanita itu sebenarnya telah membantu ramai beliawanis di Pantai Timur menjana pendapatan termasuk menyediakan kursus latihan secara intensif kepada mereka. Pengurusnya, Wan Hamzulaikha Wan Salleh, 41, berkata, IEQA Spa beroperasi sejak 2009 di Gua Musang dengan menjalankan semua jenis servis spa dan antaranva ialah estetik, rawatan muka, refleksologi, urutan, bekam dan postnatal.

 

Saya bermula buka kedai dari 2009 dengan buat servis spa biasa, kemudian kami memainkan peranan sebagai pusat latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kemasukan pertama ialah pada tahun 2010, kita ambil pelajar dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDARI) kata bekas penuntut Ijazah Sariana Muda Periagaan dari Universiti Utara Malavsia (UUM) ini. Anak keempat dari sembilan beradik ini berkata, kursus latihan selama lapan bulan itu menyediakan elaun dengan waktu bekerja bermula jam lapan pagi hingga lima pelang. “Hingga kini setiap tahun, kami akan membuat sama ada satu atau dua pengambilan.”

 

Kami bukan pusat latihan kemahiran yang biasa-biasa tetapi sama tarat dengan Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Latihan Perindustrian dan Giat Mara kerana kami mengeluarkan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) yang ditauliahkan JPK, katanya.  Wan Hamzulaikha berkata, bagi membantu para wanita, lEQA Beauty & Spa turut memyediakan peluang pekerjaan dan latihan kepada ibu tunggal, lepasan universiti yang menganggur termasuk pelajar-pelajar tercicir dengan syarat pandai menulis dan membaca sahaja.

 

Bercerita lanjut, Wan Hamzulaikha memberitahu yang perniagaannya beralih operasi di Jelawat Bachok pada 2015 kerana mengikut suami berpindah ke sana. “Di Gua Musang urutan kita lebih kepada aromaterapi dan urutan Thai, bila sampai di Bachok permintaan pelanggan lebih kepada urutan tradisional. “Postnatal pun pelanggan mahu kaedah tradisional, jadi di Bachok saya jumpa orang-orang hebat dalam urutan postnatal bagi mempelajari kaedah lanjut dalam bidang itu,” katanya.

 

Dalam memastikan bidang postnatal berkembang luas, Wan Hamzulaikha berkata, tahun lalu beliau mengikuti Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) yang dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) secara dalam talian. “Banyak input yang saya perolehi daripada INSKEN dan semuanya bagus-bagus. Antara yang dipelajari ialah kaedah pemasaran menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram selain diajar cara membuat pakej-pakej pengiklanan,” katanya.

 

Tambahnya, dirinya sangat kecewa apabila tidak dapat mengikuti kelas akaun dianjurkan INSKEN akibat positif Covid-19 ketika itu. Jadi slot akaun sahaja yang saya tidak dapat nak sertai, rasa rugi sangat. Sedangkan saya betul-betul nak belajar kursus tersebut.” kataпуа.

 

Katanya, menggunakan kaedah promosi yang diajar INSKEN, pendapatan perniagaannya turut bertambah berbanding kebiasaan. Pendapatan yang diraih selepas sertai kursus INSKEN itu meningkat membantu menambah
pendapatan permiagaan saya.  Secara keseluruhan, boleh dikatakan sebanyak 70 peratus saya dapat apa yang diajar INSKEN. Jika bersemuka saya yakin, pemahaman saya pasti akan lebih.” katanya. Wan Hamzulaikha berkata, untuk menambahkan lagi ilmu perniagaan, beliau akan mengikuti kursus INSKEN yang akan diadakan secara fizikal di Kuala Lumpur dan Kelantan tahun ini. 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,151
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 | 𝐅𝐄𝐁 – 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀Image attachment

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐄𝐦𝐩𝐭𝐲 𝐒𝐥𝐨𝐭𝐬 𝐭𝐨 𝐅𝐮𝐥𝐥𝐲 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐞𝐝 𝐒𝐩𝐚
📍 Vouk Hotel Suites
📅 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+3Image attachment

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐎𝐏, 𝐑𝐮𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐫
𝐒𝐎𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐧𝐜𝐢𝐭𝐚𝐧
📍 Tenera Hotel & Suites
📅 14 Februari 2026

Masterclass ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi yang lebih tersusun dan berdisiplin bagi mengelakkan kerugian yang tersembunyi dalam perniagaan.

Disampaikan oleh Coach Syed Norimanuddin Bin Syed Nordin, sesi ini menjelaskan punca biasa kehilangan stok dan masalah operasi seperti kesilapan kiraan, kecuaian serta isu berkaitan pembekal.

Peserta turut mempelajari langkah praktikal untuk mengurus pesanan dan penerimaan stok, membuat semakan stok secara berkala serta mengawal aliran tunai harian dengan lebih teratur.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang perniagaan membuktikan bahawa amalan SOP yang jelas dan konsisten mampu membantu meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kerugian.

Semoga pelaksanaan SOP yang lebih sistematik selepas ini dapat memperkukuh operasi dan meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+7Image attachment
Load more

...

6 0