Image Alt

BISNES LEBIH SISTEMATIK – DAGING MAK PAH GUNA ILMU INSKEN

  /  BISNES LEBIH SISTEMATIK – DAGING MAK PAH GUNA ILMU INSKEN

Cubaanย  Fauziah Abdul Rani dari Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor menukar bidang perniagaan conventional trading, service maintenance & construction kepada makanan daging dendeng tidak sia-sia kerana ia mengubahnya meniadi usahawan wanita berjaya. “Pada tahun 2017, keadaan ekonomi agak gawat. Banyak projek tidak dapat diteruskan. Kewangan syarikat mula terjejas dan menanggung banyak kerugian dan butang, lalu saya tukar kepada membekalkan bahan makanan mentah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sektor kerajaan dan kantin-kantin sekolah.” kata wanita berusia 45 tahun ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 telah memaksa Fauziah memfokuskan jualan daging dendeng yang sebelum ini dijalankan secara sambilan. “Sebelum tibanya Aidilfitri, saya mencuba nasib membuat daging dendeng ini dengan skala lebih besar dan promosikan kepada semua kenalan termasuk di Facebook, tidak sangka permintaan meningkat dua kali ganda. “Dari situlah saya terus mengubah 100% haluan perniagaan dalam bidang masakan.

 

 

“Sekarang saya menjenamakan produk daging dendeng sebagai Daging Dendeng Mak Pah sempena nama mak saya, Latipah Harun,” katanya yang mempelajari resipi masakan asli dari Perak itu kerana ia tahan lama dan mempunyai ramuan serta kaedah masakan tersendiri. Menurut pemilik syarikat Ziebina Innovative Sdn Bhd itu, cara masakannya masih mengekalkan tradisi lama iaitu cara homemade daripada merebus daging, menumbuk, menggoreng dan menumis.


Fauziah juga mempelbagaikan produk makanan seperti nasi lemak pandan daging dendeng, pulut kuning daging dendeng dan nasi lemak hujan panas. Kata Fauziah lagi, demi meningkatkan ilmu dan menambah modal pusingan perniagaan, beliau menyertai Program Pembangunan Produk anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun 2021. “Di INSKEN saya mula nampak kelemahan struktur kewangan syarikat dari segi pentadbiran dan pemasaran. Saya diajar bagaimana memasarkan produk, agensi mana yang harus kita jumpa untuk produk kita.

 


“Dan yang paling penting pengurusan kewangan daripada setiap sen yang keluar haruslah disertakan dengan resit. Tanpa resit, la ibarat kita ‘merompak’ hasil jualan syarikat sendiri seperti kata Coach Qhalifah Rimee Lee. “Benda remeh-temeh yang saya pandang tidak perlu dibuat rupanya ia adalah salah satu punca kegagalan dalam bisnes. Sekarang syarikat telah ada kunci kira-kira perbelanjaan yang baik. Saya diajar menggunakan kaedah Excel dan sistem akaun daripada aplikasi INSKEN iaitu iPro, katanya yang kini sudah berani mengambil gaji sebagai pengurus.

 


Sebelum ini beliau mengutamakan gaji pekeria atau overhead kerana risau duit untuk pusingan modal tidak meneukupi. Kata Fauziah, sekarang hasil jualan Daging Dendeng Mak Pah, Nasi Lemak Pandan, Nasi Lemak Hujan Panas dan Pulut Kuning telah mencecah RM20,000 sebulan selepas menyertai program INSKEN. “Ini adalah hasil jualan langsung, dalam talian, jualan di beberapa kiosk, stesen minyak Petronas Kundang dan Latar 2 arah utara. Alhamdulillah sekarang Daging Dendeng Mak Pah telah mencecah 10 kilogram.”


“Saya bersyukur kerana apa yang saya harap berkursus di INSKEN hanya untuk menambah sedikit ilmu rupanya telah memberi impak besar kepada perusahaan perniagaan saya. “Bayangkan sehari nak dapat jualan RM2,000 pun susah tetapi sekarang telah berganda. Semuanya hasil cara pemasaran, pengendalian kewangan yang teratur dan bersistem. Sebenarnya kita kena faham konsep perniagaan dengan betul baru kita boleh mengemudi perniagaan kita,” katanya yang juga penulis novel dan penulis lirik lagu Istikharah Cintaku.

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,169
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Pelanggan datang untuk pengalaman.
Pasukan bekerja untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Pemilik perniagaan pula memikirkan kelangsungan dan pertumbuhan.

Dalam industri pelancongan, ketiga tiga ini perlu bergerak seiring.

๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ diwujudkan untuk membantu usahawan menyusun semula strategi, operasi dan hala tuju perniagaan secara lebih terarah sepanjang 3 bulan bimbingan.

Terbuka kepada perniagaan yang telah beroperasi sekurang kurangnya 2 tahun.

๐Ÿ“ Perak
๐Ÿ—“ 31 Mac hingga 2 April 2026
๐ŸŽŸ 30 peserta sahaja

Maklumat Lanjut:
www.insken.gov.my/bangkit_tourism_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Pelanggan datang unt

๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐˜ ๐ˆ๐๐’๐ˆ๐†๐‡๐“ ๐–๐Ž๐‘๐Š๐’๐‡๐Ž๐
๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ ๐‚๐€๐…๐„ & ๐‘๐„๐’๐“๐€๐”๐‘๐€๐๐“
๐Ÿ“ RAIA Hotel Kuala Terengganu
๐Ÿ“… 13 hingga 15 Februari 2025

Sesi bengkel selama tiga hari ini menghimpunkan pengusaha kafe dan restoran daripada pelbagai latar belakang bagi memperkukuh asas perniagaan serta memperkemas sistem pengurusan operasi.

Peserta dibimbing oleh Puan Sharifah Mariam (Qarith Services Sdn Bhd) dengan penekanan kepada pemikiran sebagai pemilik perniagaan, pengurusan kewangan yang lebih tersusun, pemasaran yang lebih berfokus serta kepentingan membina sistem yang mampan.

Sepanjang program, peserta berkongsi cabaran sebenar industri termasuk kos bahan mentah yang meningkat, pengurusan pekerja, aliran tunai yang tidak stabil serta usaha mengekalkan keuntungan dalam perniagaan makanan.

Modul-modul utama memberi fokus kepada pembangunan minda usahawan, penggunaan alat pengurusan perniagaan, audit operasi, strategi pemasaran kreatif serta kefahaman bahawa keuntungan adalah asas kepada kelangsungan perniagaan.

Program ini turut merangkumi lawatan pembelajaran ke Kunyek Restaurant, di mana peserta didedahkan kepada pengurusan dapur yang teratur, sistem kerja kakitangan, kawalan kos, penyeragaman menu serta kepentingan SOP dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang konsisten.

Sesi ini menjadi permulaan kepada perjalanan peserta dalam program BANGKIT selama tiga bulan, sebagai asas untuk membina perniagaan yang lebih tersusun, stabil dan berdaya tahan.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga terus melangkah maju dan memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang program ini.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–,
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐!

#JomJoinINSKEN #INSKENOfficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’Image attachmentImage attachment+2Image attachment

Kedai runcit dah lama beroperasi.
Tapi rasa bisnes tak benar benar berkembang?

Program BANGKIT Grocery Store bantu anda kukuhkan struktur perniagaan dan tingkatkan prestasi operasi.

Antara fokus utama:
โœ” Analisis masalah & solusi praktikal
โœ” Strategi merchandising dan susun atur produk
โœ” Pengiraan margin & rundingan pembelian
โœ” Sistem operasi lebih tersusun

๐Ÿ“ Lembah Klang
๐Ÿ“… 24 hingga 26 Februari
๐Ÿ’ฐ RM500 sahaja

Terbuka kepada usahawan grocery store yang telah beroperasi sekurang kurangnya 2 tahun.

Kalau anda mahu naikkan skala perniagaan, bukan sekadar bertahan

Klik untuk daftar;
www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less

Kedai runcit dah lamImage attachmentImage attachment+3Image attachment
Load more

...

4 0

...

10 0

...

17 1

...

8 0