Image Alt

BISNES LANCAR SELEPAS TUNJUK AJAR INSKEN

  /  BISNES LANCAR SELEPAS TUNJUK AJAR INSKEN

Program latihan dan bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) diakui memberikan nilai tambah kepada Jasmin Aksan dari Puchong untuk menjana pendapatan lumayan dan sekaligus mengeluarkan perniagaannya yang “tersangkut” akibat Perintah Kawalan Pergerakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

 

Menyingkap perialanan sejarah perniagaannya, wanita berusia 43 tahun itu mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah syarikat korporat pada 2019 dan mendaftar atas nama Eppibox Sdn Bhd yang beroperasi di Sungai Buloh.

 

 

“Saya menjual pelbagai jenis barangan seperti barangan parti termasuk pinggan, cawan, sudu, garpu plastik, belon, aksesori parti, hadiah untuk mailis hari jadi, pokok hiasan, hadiah korporat serta menyediakan perkhidmatan penganjuran majlis.” katanya yang turut menjual kek dan biskut.

 

Bagaimanapun perniagaan itu terjejas teruk ekoran pelaksanaan PKP sehingga memaksa bayaran gaji untuk diri sendiri dipotong.

 

PKP membuatnya berdepan pelbagai cabaran dan kekangan. Tiada siapa yang dibenarkan menganjurkan majlis hari jadi dan sebagainya, lalu beliau mengambil keputusan menukar strategi perniagaan dengan fokus kepada jualan pokok hiasan dalam rumah.

 

“la dapat sambutan kerana dalam tempoh PKP itu ramai yang menghias rumah dengan pokok hiasan. Dalam masa sama, saya juga fokus kepada pembuatan kek dan biskut, Alhamdulillah, juga mendapat permintaan,” katanya. Namun semua itu belum cukup menstabilkan perniagaan Jasmin, malahan tekanan dalam tempoh PKP semakin kuat.

 

“Banyak kali saya rasa putus asa, tambahan pula waktu itu hanya saya seorang menguruskan perniagaan. Dalam erti kata lain semua benda kita kena buat, kitalah bos kitalah kuli. Dari situ, saya mula sertai program bimbingan anjuran INSKEN. “Latihan itu saya ikuti secara dalam talian kerana negara masih berada dalam PKP. Apabila sudah dapat ilmu daripada INSKEN, saya mula fokus dan memulakan semula perniagaan.

 

 

“Semasa ikuti Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) anjuran INSKEN selama tiga bulan, saya diajar cara untuk mempromosikan produk melalui platform Instagram termasuk cara merakam visual produk, copywriting dan pengiklanan. “Saya gunakan ilmu yang saya perolehi untuk mempromosikan produk Ramadan saya iaitu Ramadan Calendar Gift yang mendapat banyak tempahan pelanggan termasuk pihak korporat hingga sale saya melonjak naik,” katanya yang menyertai 10 kali kursus latihan anjuran INSKEN.

 

Mengulas lanjut produk Ramadan Calendar Gift, Jasmin berkata, ia adalah produk Ramadan Calendar yang pertama pernah dihasilkan di Malaysia. “Ramadan Calendar itu berkonsepkan kotak yang mempunyai 30 kotak dalaman yang menunjukkan tarikh Ramadan perta ma hingga terakhir. Setiap kotak mengandungi kurma premium yang berlainan jenis yang dipilih dengan teliti antara yang terbaik di dunia Arab untuk berbuka puasa mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. “Objektif kalendar ini selain daripada kita dapat mengira hari puasa kita setiap hari, kita juga dapat belajar sebuah hadis setiap hari.

 

“Bila mereka ambil kurma untuk berbuka puasa, secara tidak langsung mereka akan membaca petikan inspirasi harian yang diambil daripada ayat Al-Quran atau hadis,mengingatkan kita Rahmat, pengampunan dan keselamatan daripada Allah S.W.T. “Sehari sebuah hadis, jadi sebelum berbuka puasa, mereka akan membaca hadis-hadis berkenaan. Secara automatik selama 30 hari, orang yang membuka kotak-kotak dalaman itu boleh membaca sebanyak 30 hadis,” katanya.

 

Menurut anak kelima daripada 10 beradik ini, ilmu yang dipraktikkan daripada kursus tiga bulan itu turut membolehkan beliau menggajikan dua pekerja selain menghidupkan semula semua perniagaan yang diusahakan sebelum dan ketika PKP. “Untuk pelan seterusnya, saya akan fokus lebih kepada perniagaan B2B iaitu hadiah korporat walaupun perniagaan yang saya jalankan banyak tertumpu perancangan majlis dan pembuatan kek serta biskut. Saya juga merancang untuk fokus lagi penghasilan Ramadan Calendar Gift. “Untuk barangan parti pula, saya masih jual di laman web, Shopee dan Lazada,” katanya.

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,137
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐍𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐚𝐤 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠? 𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐜𝐞 (𝐀𝐈) 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐢𝐫𝐚 𝐊𝐨𝐬, 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 & 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠
📍 Tenera Hotel & Suites
📅 14 Februari 2026

Masterclass ini memperkenalkan penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam pengurusan kewangan bagi membantu usahawan membuat keputusan harga yang lebih tepat dan berasaskan data.

Peserta memahami struktur kos sebenar perniagaan, mengenal pasti margin keuntungan serta mengelakkan risiko penetapan harga yang boleh menjejaskan keuntungan.

Sesi ini menegaskan bahawa harga bukan sekadar angka, tetapi keputusan strategik yang menentukan keuntungan dan daya saing perniagaan.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asas kepada keputusan harga yang lebih strategik dan seterusnya meningkatkan keuntungan perniagaan.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+7Image attachment

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐀𝐠𝐫𝐨𝐩𝐫𝐞𝐧𝐞𝐮𝐫: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 & 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧
📍 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
📅 13 Februari 2026

Sektor agromakanan merupakan antara industri penting yang menyokong keselamatan makanan negara serta membuka peluang ekonomi yang luas kepada usahawan tempatan.

Peserta didedahkan kepada cabaran utama sektor pertanian seperti perubahan iklim, kos pengeluaran dan isu tenaga kerja, di samping strategi pengurusan pemasaran, operasi dan kewangan yang lebih terancang.

Perkongsian oleh En. Mohamad Zamir Ghazali memberikan pandangan praktikal berdasarkan pengalaman industri sebenar, manakala sesi demonstrasi penanaman anak benih bawang memberi pendedahan langsung kepada proses asas pengeluaran tanaman.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada perkembangan perniagaan masing-masing.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+4Image attachment

INSKEN terus melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan usahawan sepanjang tahun 2025.

Sepanjang tahun lalu, seramai 20,196 usahawan telah dibimbing dengan jumlah hasil jualan direkodkan sebanyak RM22.4 juta.

Laporan penuh boleh diakses melalui pautan berikut:
1. Astro Awani
www.astroawani.com/berita-bisnes/insken-latih-20196-usahawan-jana-rm224-juta-jualan-pada-2025

2. The Star
www.thestar.com.my/business/business-news/2026/02/11/insken-leverages-ai-to-empower-entrepreneurs...

3. Utusan Borneo Online
www.utusanborneo.com.my/2026/02/11/insken-latih-20196-usahawan-jana-rm224-juta-hasil-jualan-pada-...

4. Malaysia Gazette
malaysiagazette.com/2026/02/11/insken-sasar-penskalaan-usahawan-mikro-ke-tahap-perusahaan-kecil-t...

5. Utusan Melayu Plus
utusanmelayuplus.com/insken-sasar-tingkatkan-penskalaan-usahawan-mikro-perkenal-150-program-latih...

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

INSKEN terus melaksa
Load more