Image Alt

BEBAS MASA – FARAHATUL BERNIAGA KERANA TAK MAHU TERIKAT

  /  BEBAS MASA – FARAHATUL BERNIAGA KERANA TAK MAHU TERIKAT

Tidak mahu terikat dengan majikan dan ingin mempunyai kebebasan masa dalam bekerja mendorong seorang wanita menjalankan perniagaan kek aiskrim dan produk sejuk beku. 

Farahatul Awanis Abdul Ghani, 29 dari Kampung Melor, Kota Bharu Kelantan memilih perniagaan kek sebagai teras utama perniagaannya atas dasar minat yang timbul selepas enam bulan didedahkan kepada industri pembuatan kek di Giat Mara Kubang Kerian. 

Dalam menggapai cita-citanya, beliau mula mengumpul modal dengan bekerja di sebuah kedai kek di kampungnya selama beberapa bulan. 

 

“Saya teruja ke perniagaan ini sebab minat dalam pembuatan kek dan tak mahu terikat dengan orang lain. Di Giat Mara Kubang Kerian saya didedahkan dengan kursus bakeri,” katanya yang mulakan fokus menjalankan perniagaan kek di kampungnya pada 2019. 

Pada Mac 2020 pula, wanita ini menambah ilmu perniagaan bakeri menerusi Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

“Ketika Program IBBC, cikgu kata kena fokus satu benda dulu baru orang kenal kita, bila orang kenal, kita keluarkan produk apa pun orang beli. 

Dari situ saya mulakan dengan kek balang aiskrim. 

 

“Kek saya lain daripada yang lain, saya tidak guna kek span seperti kebiasaannya tetapi menggunakan coklat moist,”katanya yang mempunyai resipi tersendiri untuk keunikan produknya.

 

Menggunakan jenama Awan Manis Bakery di bawah syarikat Syatiul Syugar Enterprise, Farahatul mengeluarkan lima jenis perisa iaitu coklat Nutella, citrus (lemon, oren dan mangga), tutty fruity (beri biru, strawberi dan kiwi), indulgence dan scrumptious choco berharga RM18 sebalang. 

 

 

“Daripada lima jenis perisa itu, coklat Nutella dan tutty fruity paling laris,” kongsinya yang turut menerima permintaan dari luiar Kelantan termasuk dari Bangi, Selangor.

Farahatul berkata,pada awal berniaga dulu, beliau pernah diuji kek aiskrimnya mudah cair. 

“Mula-mula dulu ada pelanggan dari Kuantan mengidam kek aiskrim. Saya hantar dengan kereta bagaimanapun aiskrim cair sebaik tiba di lokasi pelanggan. Daripada peristiwa itu, saya atasi dengan belajar untuk buat kek balang aiskrim secara sejuk beku pula. Maka lahirlah kek balang aiskrim frozen,” katanya. 

Namun kini katanya, cabaran terbesar dilalui apabila ejen tidak mempunyai peti sejuk beku untuk menyimpan kek balang aiskrim.

“Saya ada 15 ejen tetapi kurang daripada lima orang yang ada peti sejuk beku untuk simpan stok. Inilah cabaran besar sedang dilalui saya sekarang,” katanya.

 

Berkongsi petua untuk berjaya, beliau berkata, setiap perkara yang ingin kita lakukan perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh.

“Kena redah, percaya kalau kita ingin buat sesuatu perkara dan jangan takut-takut. Jangan terlalu berfikir laku atau tidak, sebaliknya tawakal saja,” katanya.

 

Menjadi lumrah untuk setiap peniaga mengembangkan lagi perniagaan dan bagi Farahatul, beliau berhasrat memilik peti sejuk beku Awan Manis Bakery di pasaraya besar.

“InsyaAllah tahun depan saya cadang nak tambah perisa. Tahun lepas saya keluarkan perisa pandan gula melaka dan Alhamdulillah dapat sambutan,” katanya yang turut menjual kek sambutan hari lahir. 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,099
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Bila pengurusan staf dan kedai dibuat dengan betul, bisnes jadi lebih teratur.
Bila ada bimbingan yang berterusan, keputusan pun lebih jelas.

Ilmu yang dipelajari di INSKEN bukan sekadar untuk difahami. Bila diamalkan, jualan meningkat, aliran kerja lebih lancar dan pengurusan masa semakin baik. Peningkatan ini bukan sementara, tetapi berterusan.

Pelanggan semakin konsisten, pesanan masuk tanpa henti dan operasi bisnes berjalan dengan lebih tersusun.
Inilah hasil apabila ilmu dan bimbingan digabungkan dengan tindakan.

Setiap usahawan melalui perjalanan dan cabaran yang tersendiri.
Perkongsian anda melalui borang ini membantu INSKEN memahami realiti sebenar usahawan dan merangka inisiatif yang lebih dekat dengan keperluan semasa serta memberi impak yang bermakna.

Jika ingin berkongsi pandangan dan pengalaman bisnes anda, sila isi borang di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡

Setiap usahawan ada cerita sendiri.
Ada yang baru bermula, ada yang sedang bertahan, dan ada yang mahu melangkah lebih jauh.

Di INSKEN, perancangan inisiatif 2026 bermula dengan memahami realiti sebenar di lapangan.

Maklumat yang anda kongsikan melalui borang ini akan membantu kami merangka program yang lebih dekat dengan keperluan sebenar usahawan dan memberi impak yang bermakna.

Sertai inisiatif ini di sini:
👉 www.insken.gov.my/JJI26

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔

Photos from Sabah Creative Economy and Innovation Centre's post ... See MoreSee Less

Image attachment
Load more

...

6 0

...

130 27

...

85 8

...

13 0

...

8 0

...

8 0

...

9 0
@inskenofficial