Image Alt

5 ANGKA SEBULAN – KAKITANGAN AWAM URUS KELULUT SECARA SAMBILAN

  /  5 ANGKA SEBULAN – KAKITANGAN AWAM URUS KELULUT SECARA SAMBILAN

Ketika ditugaskan memantau projek petani yang mengusahakan madu kelulut, kakitangan awam ini tertarik hingga membuka matanya terhadap industri yang dirasakan sangat berpotensi dan mampu untuk beliau ceburi secara serius dalam perniagaan tersebut. Sikapnya yang suka mencuba, akhirva membawa perubahan drastik ke dalam hidup Azeman Samiun, 41, apabila dari satu sarang kini bertambah lebih 200 sarang dan mampu mengeluarkan produk keluarannya sendiri di bawah syarikat DB Semanis Madu Trading. Lelaki asal Pasir Puteh, Kelantan yang mengusahakan perniagaan kelulut di perkarangan rumahnya di Kampung Telosan itu turut merancang mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan tahun 2022 bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada bisnes madu kelulut yang telah dikomersialkan di seluruh negara. “Pada awal dulu saya beli satu sarang dengan harga RM50 daripada hunter (pemburu) kelulut yang dibantuย  arwah ayah mentua. Lama kelamaan apabila saya melihat kelulut mampu menjana pendapatan lumayan, saya mula serius dan membeli lebih banyak lagi sarang.”

 

“Saya memproses sendiri sarang daripada sarang mentah sehingga siap pemasangan topping yang diletakkan di halaman rumah seluas lebih kurang setengah ekar dan menyewa tanah jiran sebelah. Dulu pada 2013, saya beli hanya pada harga RM50 satu sarang mentah tetapi sekarang harganya bermula RM200 sebuah,” katanya berdasarkan pengalaman beliau yang membeli sendiri melalui pemburu kelulut sekitar negeri Kelantan. Sebagai seorang Pegawai Pertanian di Kota Bharu, beliau akui mempunyai ilmu dalam bidang pertanian dan tahu serba sedikit mengenai kelulut kerana pernah terlibat secara terus dengan pengusaha kelulut sebelum beliau turut terjebak sama. Bagaimanapun untuk ilmu bisnes, beliau mengakui masih lagi belajar sehingga sekarang terutama untuk pemasaran secara online dalam norma baharu hari ini. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Onboarding Online Coaching Programme (E-Board) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi memantapkan teknik pemasaran menggunakan Facebook.

 

“Sekarang saya lebih fokus kepada pemasaran berbayar dalam talian termasuk Facebook Ads supaya madu kelulut keluaran DB Semanis Madu ini dikenali dan mendapat sambutan. Alhamdulillah dengan kepercayaan pelanggan dan harga yang berbaloi, madu kelulut yang dipasarkan mendapat sambutan sangat tinggi terutama di Lembah Klang.” katanya yang kini fokus kepada pemasaran dalam talian sahaja.'”

Azeman berkata, jika dahulu hanya penduduk setempat sahaja yang mendapatkan madu kelulutnya, tetapi kini setelah ia tersebar, pendapatan beliau mencecah lima angka sebulan. Ditanya mengenai pembahagian waktu bekeria dan bisnes kerana dilakukan dalam masa yang sama, beliau berkata, dia menggaji seorang pekerja untuk memantau sarang kelulut dan akan mengupah seorang lagi pekerja sambilan apabila tiba waktu menuai. Melalui pendekatan begitu, waktu bekerja beliau atau tumpuan terhadap karier sebagai pegawai pertanian tidak terabai kerana bisnes kelulut tidak memerlukan pemantauan rapi berbanding jenis pertanian lain.

 

“Saya akan pastikan kerja-kerja di pejabat disiapkan seperti biasa dan hanya memberi tumpuan untuk kelulut pada hujung minggu sahaja.” katanya yang merancangย  untuk memasarkan produk-produk berasaskan kelulut pada tahun depan selain merancang menjadikan perkarangan rumahnya sebagai tempat lawatan peminat atau pelanggan kelulut. Minat dan mahir dalam bidang landskap memberi satu kelebihan buat beliau apabila segalanya dilakukan sendiri mengikut citarasanya untuk mencantikkan lagi Rumah Kelulut miliknya. Beiau bersyukur, orang di sekelilingnva termasuk keluarga, sahabat dan rakan sekerja banyak menyokong dan memahami minat beliau dalam perniagaan kelulut. Katanya, beliau tidak akan berhenti untuk menyebarkan manfaat madu kelulut kepada orang ramai supaya kekal sihat dengan pengambilan madu sebagai rutin harian mereka.

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,151
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ | ๐…๐„๐ โ€“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐…๐ซ๐จ๐ฆ ๐„๐ฆ๐ฉ๐ญ๐ฒ ๐’๐ฅ๐จ๐ญ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐๐จ๐จ๐ค๐ž๐ ๐’๐ฉ๐š
๐Ÿ“ Vouk Hotel Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+3Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐“๐ข๐š๐๐š ๐’๐Ž๐, ๐‘๐ฎ๐ ๐ข ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐’๐ž๐๐š๐ซ
๐’๐Ž๐ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ญ๐š๐ง
๐Ÿ“ Tenera Hotel & Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi yang lebih tersusun dan berdisiplin bagi mengelakkan kerugian yang tersembunyi dalam perniagaan.

Disampaikan oleh Coach Syed Norimanuddin Bin Syed Nordin, sesi ini menjelaskan punca biasa kehilangan stok dan masalah operasi seperti kesilapan kiraan, kecuaian serta isu berkaitan pembekal.

Peserta turut mempelajari langkah praktikal untuk mengurus pesanan dan penerimaan stok, membuat semakan stok secara berkala serta mengawal aliran tunai harian dengan lebih teratur.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang perniagaan membuktikan bahawa amalan SOP yang jelas dan konsisten mampu membantu meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kerugian.

Semoga pelaksanaan SOP yang lebih sistematik selepas ini dapat memperkukuh operasi dan meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+7Image attachment
Load more

...

6 0