a

Asas Perakaunan untuk Perniagaan Kecil : Kelantan

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
20 Sep 2025 08:00:AM - 21 Sep 2025 06:00:PM
DAFTAR

KUASAI ASAS PERAKAUNAN UNTUK URUS KEWANGAN PERNIAGAAN DENGAN LEBIH TERATUR DAN BERKESAN!

Program khas diperkenalkan untuk peniaga kecil bagi memahami asas perakaunan dan mengurus kewangan dengan lebih teratur. Peserta akan belajar mencatat jualan, pembelian, perbelanjaan, serta menyediakan rekod dan laporan kewangan asas seperti Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira.

 

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Kelantan

YURAN
RM300 (termasuk penginapan, makan & minum)

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Memahami tujuan dan kepentingan perakaunan dalam perniagaan.
  • Mengenalpasti jenis buku rekod yang sesuai untuk catatan urus niaga.
  • Mengaplikasi langkah merekod urus niaga bagi menyediakan penyata kewangan.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada peniaga kecil, usahawan baharu dan individu yang ingin memahami serta mengurus kewangan perniagaan dengan lebih teratur.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
  • Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
20 Sep 2025 08:00:AM - 21 Sep 2025 06:00:PM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?