Program asas ini direka khas untuk individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sesuai untuk bakal usahawan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai alam perniagaan.
PENGISIAN
- Business Model Canvas (BMC)
 - Pengurusan operasi perniagaan (Asas)
 - Jualan dan pemasaran (Asas)
 - Pengurusan kewangan (Asas)
 - Penyediaan rancangan perniagaan (Asas)
 - Perundangan perniagaan (Asas)
 - Ujian personaliti usahawan
 
YURAN LATIHAN
RM50
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
 - Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
 - Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
 - Walk-in tidak akan dilayan
 - Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
 - Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
 - INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
 - Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
 
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
			
		