Image Alt

Usahawan Bersedia Menghadapi PKP Melalui Penguasaan Platform Digital

  /  Usahawan Bersedia Menghadapi PKP Melalui Penguasaan Platform Digital

Dua tahun negara kita telah dilanda pandemik Covid-19.  Namun, sejak kebelakangan ini, angka kes positif Covid-19 semakin membimbangkan. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan, tetapi sektor ekonomi masih lagi dibuka seperti biasa. Terdapat juga permintaan agar PKP dilaksanakan dengan lebih ketat dan semua sektor ekonomi perlu ditutup kecuali sektor yang penting. Apakah anda sebagai usahawan sudah bersedia jika sektor ekonomi ditutup secara keseluruhan? Adakah anda risau dan takut jika perkara ini akan menjejaskan sumber pendapatan anda?

Sepatutnya di tahun kedua pandemik ini, anda sudah bersedia terutamanya dalam menguasai platform digital. Anda sudah mempunyai pengalaman pahit pada tahun pertama pandemik. Tidak mungkin anda ingin ulangi semula situasi tersebut. Di sepanjang tahun lalu, INSKEN telah menjalankan 390 program latihan keusahawanan secara atas talian yang memfokuskan kepada topik pendigitalan. Usaha ini adalah untuk memastikan setiap usahawan sudah mahir menggunakan platform digital bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.

Inilah masanya untuk anda menggunakan sehabis baik platform digital dalam perniagaan. Jika anda masih mempunyai rasa takut perniagaan merudum apabila PKP, ini bermakna anda belum bersedia mendigitalkan bisnes anda. Jangan ulangi kesilapan yang lama, kerana anda tidak boleh ketinggalan lagi dalam menguasai ekonomi digital. Namun begitu, anda masih belum terlambat untuk menyertai program anjuran INSKEN yang telah diadakan secara atas talian sejak pandemik bermula awal tahun lalu.  

Jangan jadikan alasan sukar untuk menyertai program secara atas talian. Tiada gajet, tiada internet dan pelbagai isu lagi. Jika anda usahawan, anda pasti akan usahakan yang terbaik demi perniagaan anda. Jika perlu keluar dari premis untuk mendapatkan capaian internet, maka itulah yang perlu anda lakukan. Perhatikan senario yang berlaku sekarang, anak-anak kecil sudah mula belajar secara atas talian. Apakah anda sebagai usahawan tidak mampu melakukannya?

 

 

Selain daripada menimba ilmu secara atas talian untuk menguasai platform digital, terdapat juga pelbagai peluang yang perlu diambil oleh usahawan melalui situasi hari ini. Permintaan gajet seperti komputer riba dan telefon mudah alih semakin tinggi. Lebih-lebih lagi, bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak perlu menjalani kelas secara atas talian secara serentak. Namun, tidak semua golongan mampu untuk memiliki model-model gajet yang terdapat di pasaran terkini. Mungkin juga ada yang memerlukan lebih daripada 1 gajet bagi memenuhi permintaan anak atas tujuan pembelajaran. Andalah yang perlu memainkan peranan bagi memenuhi permintaan golongan ini. Sebagai contoh dengan menghasilkan gajet mampu milik dengan fungsi minima iaitu hanya untuk kegunaan kelas secara atas talian atau tawaran perkhidmatan meningkatkan jaringan internet. Inilah peluang untuk anda mengeluarkan idea kreatif dan inovatif sebagai usahawan yang mampu memudahkan urusan pelanggan. Bukankah ini juga peluang untuk menjana pendapatan ketika PKP?

Konklusinya, usahawan perlu melihat dari pelbagai sudut positif dengan situasi pandemik Covid-19 dan bukan hanya melihat ke arah negatif. Perniagaan hari ini tidak boleh bergantung secara fizikal semata-mata, malah usahawan digesa untuk membuat transformasi ke arah digital. Jika anda boleh berniaga secara atas talian, bisnes anda bukan sahaja semakin maju, malah akan lebih dikenali secara lebih meluas.

Hari ini, anda sepatutnya sudah berani menghadapi PKP dan bersiap sedia dengan pelbagai strategi pemasaran digital. Nak tambah lagi ilmu? Institut Keusahawanan Negara boleh membantu anda melalui pelbagai latihan dan bimbingan keusahawanan, klik disini untuk maklumat lanjut atau ikuti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di media sosial Facebook dan Instagram.

4
1
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,178
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


POV: Tahun Baru Cina 🤝 Permulaan Ramadhan.

INSKEN in sync 🫰🏼

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anda masih di tahap yang sama? 👀

Industri dah berubah.
Strategi pun kena berubah.

Program Bangkit Servis Percetakan di Lembah Klang ini membantu usahawan menyusun semula hala tuju perniagaan, kenal pasti ruang penambahbaikan dan bersedia untuk scale up dengan lebih tersusun.

Belajar terus daripada pakar industri.
Dapatkan perspektif sebenar pasaran.
Bina rangkaian yang boleh membuka peluang baharu.

Daftar sekarang 👇🏻
www.insken.gov.my/bangkit_pencetakan_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Bisnes percetakan anImage attachmentImage attachment+3Image attachment

🕌 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🕌

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 2026 | 1447H.
Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua.

Salam Ramadan daripada INSKEN.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Load more

...

38 12

...

40 0

...

17 0

...

12 0

...

17 1

...

10 0