Image Alt

Asas Pengurusan Kewangan Syarikat

  /  Asas Pengurusan Kewangan Syarikat
  1. Usahawan mesti tahu REVENUE atau perolehan tahunan syarikat; angka semasa dan sasaran. Dalam bahasa mudah, berapakah jualan setahun. Ambil tahu juga berapakah pertumbuhan perolehan tahunan.
  2. Orang yang tak tahu revenue samalah seperti pilot yang tak tahu dia terbang di mana. Elok bungkus bisnes kalau tak tahu revenue. Sebodoh-bodoh orang makan gaji pun, dia tahu berapakah gaji dia sebulan.
  3. Usahawan juga mesti tahu PROFIT MARGIN bisnes dia. Bandingkan profit margin itu dengan industri yang disertai. Pastikan profit margin bisnes setara atau lebih baik dari industri.
  4. Usah buat bisnes dengan “buang harga.” Cara ini tak sustainable. Kalau revenue besar tetapi profit margin rendah, penat bekerja hasil tak seberapa.
  5. Revenue besar, profit margin tinggi – bagus. Bagaimanapun pastikan CASH FLOW atau aliran tunai juga bagus.
  6. Kalau revenue kita RM1.2 juta tetapi dapat duit tersebut pada bulan Disember (hujung tahun), bagaimana nak bayar gaji dan kos operasi yang lain? Bukankah lebih bagus sekiranya duit masuk RM100K setiap bulan selama 12 bulan?
  7. Apabila cash flow tak bagus, kita seperti orang kena asthma, bernafas tapi tak cukup. Penat. Penat. Kalau orang tanya, kita jawab ada duit, tetapi semuanya masih di tangan orang lain.
  8. Satu lagi angka yang perlu ada di hujung jari usahawan ialah KOS OPERASI, meliputi kos pengeluaran, gaji dan manfaat, dan pemasaran dan pengiklanan.
  9. Formula bisnes cukup mudah. Nak buat duit banyak, tingkatkan revenue, kekang kos operasi supaya tidak naik. Atau, kalau naik pun, lebih perlahan berbanding revenue. Kalau revenue turun, pastikan kos operasi juga turun. Usahawan mesti berani buat keputusan. Kalau kena potong, potong kos. Usah tangguh. Usah teragak-agak.
  10. Kesemua angka-angka besar ini haruslah ada di hujung jari usahawan. Bisnes ialah “permainan angka.” Kalau kita faham perkara-perkara asas ini, mudah untuk kita uruskan syarikat, insya-Allah.
6
2
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,196
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Sekiranya industri atau topik yang anda cari tidak tersenarai pada kali ini, jangan risau. Ikuti media sosial rasmi INSKEN untuk makluman program seterusnya dan daftar minat anda melalui pautan berikut:
👉 www.insken.gov.my/JJI2

Maklumat lanjut dan senarai penuh program boleh dirujuk di:
www.insken.gov.my/pendaftaran/

𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘱𝘭𝘢𝘵𝘧𝘰𝘳𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘶𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘮𝘪 𝘐𝘕𝘚𝘒𝘌𝘕. 𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘨𝘦𝘯 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

Sekiranya industri aImage attachment

𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣.

Setiap bisnes ada fasa untuk berkembang.
Persoalannya, adakah anda bersedia untuk fasa seterusnya

Bangkit Market Access direka untuk usahawan yang mahu memperluas rangkaian dan meningkatkan skala perniagaan secara strategik.

Program bermula 24 Februari ini.
Hari ini antara peluang terakhir untuk mendaftar.

Ambil langkah berani.
Daftar sekarang di www.insken.gov.my/bangkit_market_01

#jomjoininsken
... See MoreSee Less

𝗟𝗔𝗦𝗧 𝗖𝗔𝗟𝗟 untuk pengusaha kedai runcit.

Bisnes berjalan setiap hari
Tetapi margin masih tipis
Sistem stok masih manual
Keuntungan sukar diramal

Bangkit Grocery Store membantu anda perkemas struktur perniagaan dan buka ruang pertumbuhan baharu.

Program bermula 24 Februari di Lembah Klang.
Tarikh semakin hampir.

Jangan lepaskan peluang terakhir ini.
Daftar sekarang di www.insken.gov.my/bangkit_grocery_01

#jomjoininsken
... See MoreSee Less

Load more

...

9 0

...

2 0

...

2 0

...

3 0

...

4 1

...

4 0

...

11 0