a

INSKEN Masterclass: Seminar Kesedaran & Pengenalan Halal – Lembah Klang

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
25 Apr 2026 08:00:AM
DAFTAR

 

Program ini merupakan seminar intensif selama 5 jam di bawah program INSKEN Masterclass yang memberi pendedahan awal dan berstruktur

kepada usahawan mikro, informal dan perusahaan kecil mengenai keperluan dan kepentingan halal dalam operasi perniagaan sebenar.

 

LEVEL
Masterclass

TEMPAT
Lembah Klang

PENDAFTARAN PERCUMA
Sijil Penyertaan Disediakan

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Memahami konsep halal, haram dan syubhah serta implikasinya terhadap operasi perniagaan.
  • Mengukuhkan kesedaran pematuhan halal sebagai satu sistem yang menyeluruh.
  • Membuka minda terhadap peluang pasaran halal termasuk potensi eksport.
  • Menilai tahap kesiapsiagaan melalui penilaian kendiri dan audit dokumen ringkas.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Terbuka kepada usahawan / syarikat MSME yang menghasilkan atau mengeluarkan produk dalam kategori – makanan, minuman, premis makanan dan pengilangan kontrak.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my

 


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan.
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
25 Apr 2026 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?