Program ini khas untuk usahawan dan pengeluar produk yang ingin memperkukuh strategi pembungkusan dan perlabelan selaras dengan keperluan pasaran eksport. Ia memberi fokus kepada pematuhan standard global, pembinaan jenama melalui pembungkusan, serta amalan terbaik industri bagi membantu produk tempatan bersaing dan diterima di pasaran antarabangsa.
|
LEVEL |
TEMPAT ย Lembah Klang |
YURAN |
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
-
Strategi pembungkusan dan perlabelan untuk pasaran eksport.
-
Pematuhan standard berdasarkan keperluan pasaran global.
-
Membina jenama & pemasaran melalui pembungkusan.
- Amalan terbaik bertaraf Industri
SIAPA PERLU HADIR?
- Program ini sesuai untuk usahawan, pengeluar produk dan pasukan pemasaran yang ingin meningkatkan pembungkusan, perlabelan, dan daya saing produk ke pasaran eksport.
ย
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira.
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program.
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan.
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu.
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan.
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)






