LONJAKAN HASIL JUALAN DENGAN PROGRAM INSKEN BANGKIT : KAFE & RESTORAN
Program bimbingan one-on-one selama 3 bulan bersama Industry Coach berpengalaman dalam industri yang sama, direka untuk membimbing usahawan meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi serta lebih berdaya saing..
|
INDUSTRI |
TEMPAT Lembah Klang |
YURAN |
APA YANG ANDA DAPAT?
- Bengkel intensif bersama Industry Coach selama 3 hari 2 malam secara fizikal
- Penerangan terkini mengenai industri anda secara terperinci
- Coaching One-On-One bersama Industry Coach (2 kali Fizikal + 1 kali Online)
- Bimbingan eksklusif bersama pakar industri INSKEN yang juga merupakan usahawan yang berjaya!
- Lawatan berasaskan pengalaman (Experiential learning)
- Sesi lawatan ke premis terpilih bagi memberi pendedahan sebenar kepada operasi, amalan terbaik dan persekitaran industri semasa.
JANGKAAN HASIL
- Peningkataan skala perusahaan mikro kepada kecil
- Pertambahan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji minimum
- Peningkatan hasil jualan
SIAPA PERLU HADIR?
- Usahawan kafe & restoran yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
SYARAT PROGRAM
- Aktif menjalankan perniagaan (min 2 tahun)
- Mempunyai rekod jualan
- Dapat berikan komitmen sepanjang program
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
Semasa menyertai program di INSKEN, ia banyak memberikan input bagi meningkatkan prestasi perusahaan mikro kecil dan sederhana ke peringkat yang lebih tinggi. Coach juga memberikan ilmu menguruskan tunai dengan betul untuk membantu meningkatkan hasil jualan.
Noormawati binti Kamarudin
Peserta Program Bimbingan INSKEN
Watie Bakery House | Selangor
Saya belajar dari coach mengenai pengurusan bisnes dengan lebih teratur dan dapat mengenal brand dengan lebih mendalam. Selain itu, saya dapat mengetahui hala tuju syarikat, visi dan misi dengan lebih jelas. Pencapaian saya adalah berjaya memperkenalkan brand Boss Cadar kepada orang ramai dengan cara yang di ajar.
Abu Bakar bin Mahamad Dom
Peserta Program Bimbingan INSKEN
AJ Livehome Empire | Negeri Sembilan
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri serta melengkapkan penyertaan program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)






