a

Seminar Usahawan MADANI (SUM): Dropship & Ejen (DNA) : Tawau, Sabah

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
11 May 2025 08:00:AM
DAFTAR

JOM LONJAK JUALAN & TEMBUS PASARAN DENGAN STRATEGI PEMBANGUNAN PRODUK & SERVIS!

Dapatkan pengetahuan khusus mengenai bisnes berkonsepkan ejen & dropship daripada usahawan yang berpengalaman yang menjalankan bisnes menggunakan konsep yang sama di dalam seminar 1 hari ini!

 

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Tawau, Sabah

SEMINAR PERCUMA!
(sijil penyertaan, makan dan minum disediakan)

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

  • Pendedahan Asas Konsep Dropship & Ejen
    • Memberikan pemahaman dan pengetahuan asas mengenai konsep dropship & ejen.
  • Dorongan Untuk Mula Berniaga
    • Menggalakan peserta untuk memulakan perniagaan sendiri melalui model dropship & ejen.
  • Pemilihan Produk & Jenama dalam Platform DNA Marketplace
    • Memilih jenama dalam DNA marketplace yang sesuai dan sedia untuk dijual.

 

KOMPONEN PROGRAM

  • Peta Jalan Dropship
  • Pemilihan Jenama
  • Strategi Pemasaran Dropship
  • Pelan Tindakan Dropship

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Bakal usahawan yang belum mempunyai perniagaan dan berminat untuk menceburi dunia perniagaan.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


TERMA DAN SYARAT

  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
11 May 2025 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?