a

Seminar Usahawan MADANI (SUM): Asas Pembangunan Produk & Servis : Negeri Sembilan

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
17 Nov 2025 08:00:AM
DAFTAR

JOM LONJAK JUALAN & TEMBUS PASARAN DENGAN STRATEGI PEMBANGUNAN PRODUK & SERVIS!

Pelajari teknik membangunkan produk & servis anda, langkah demi langkah. Bongkar rahsia untuk jualan terus meroket dalam seminar 1 hari ini!

 

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Negeri Sembilan

SEMINAR PERCUMA!
(sijil penyertaan, makan dan minum disediakan)

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Setiap peserta berpeluang melengkapkan kanvas pembangunan produk / servis secara individu mengikut 6 komponen penting dalam pembangunan produk & servis seperti berikut:

  • Kajian Pasaran
  • Validasi Pasaran
  • Prototaip
  • Pengeluaran
  • Pengkomersilan
  • Kitar Hayat Produk

 

SIAPA PERLU HADIR?

  • Bakal usahawan yang belum mempunyai produk / servis
  • Usahawan yang telah mempunyai produk / servis sedia ada untuk sasaran pasaran baharu
  • Usahawan yang ingin membangunkan produk variasi baharu untuk sasaran pasaran sedia ada

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


Analisa saya upgrade daripada segi produk lebih stylis dan exclusive. Lepastu idea dan solusi kita dapat daripada kelas ni, kami cuba target dengan kuantiti pula, Alhamdulillah teori menjadi. Alhamdulillah ada job yang exclusive ni, lagi laju sale.

 

Mohd Wahidin Bin Abdul Rahman

Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023

Perniagaan Perkhidmatan Kanopi / Event Planner | Pasir Gudang, Johor

 

Saya letakkanpakejuntuk 3 kali rawatan merangkumi hari pertama urutan saraf untuk lembutkan saraf dan lancarkan darah, hari kedua pembetulan tulang dan urutan terapi, hari ketiga urutan saraf, terapi, dan herba-herba yang sesuai untuk saraf. Sebelum ini saya tidak buat pakej jadi satu kali sahaja pelanggan urut. Bila buat pakej dapat 3 kali rawatan.

 

Zaid Bin Che Halim

Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023

Perniagaan Perkhidmatan Urutan | Pekan, Pahang


TERMA DAN SYARAT

  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
17 Nov 2025 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

...

...

...

...

...

@inskenofficial
Insken Facebook Messenger