Image Alt

KOMBINASI ILMU – 2 SEPUPU KONGSI KEPAKARAN DALAM SAHABAT AIRCOND

  /  KOMBINASI ILMU – 2 SEPUPU KONGSI KEPAKARAN DALAM SAHABAT AIRCOND

Kombinasi ilmu dan kemahiran yang dimiliki dua sepupu berjaya menjana pendapatan tetap dan lumayan hasil servis pendingin hawa di bawah jenama Sahabat Aircond. Pengurusnya, Muhd Nusser Said, 37, berkata, beliau berhenti kerja dalam bidang minyak dan gas selepas menerima pelawaan sepupunya yang mahu membuka perniagaan servis pendingin bawa. ” Sepupu mengajak bersamanya kerana ilmu pemasaran yang saya ada, dia pula mempunyai kemahiran servis air conditioner. Jadi kami bergabung buat bisnes dalam bidang ini,” kata anak kelahiran Melaka itu. 

 

Menurutnya, perniagaan yang   beroperasi sejak tahun 2018 itu didaftarkan di bawah syarikat Platinum Jaya Solutions di Selayang, Selangor. Pada peringkat awal, servis hanya dilakukan mereka berdua tanpa sebarang modal besar. “Waktu itu memang mencabar. Kami mulakan perniagaan dengan dua peralatan iaitu meter gas dan flaring tools saja. Kami hanya gunakan duit yang ada dalam tangan dan tak pernah buat pinjaman di mana-mana agensi. Barang-barang servis pun dibawa guna kereta sendiri,” katanya yang kini menetap di Rawang.

 

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, hasil keuntungan disimpan sedikit demi sedikit bagi membeli dan mengumpul aset syarikat. Setahun kemudian, beliau membeli sebuah van terpakai secara tunai. Menurutnya, hasil perniagaan yang semakin meningkat naik membolehkan enam pekerja diambil termasuk pengambilan pada tahun ini. Berkongsi cabaran, Muhd Nusser berkata, bisnes Sahabat Aircond terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 menyebabkan separuh daripada gaji pekerja terpaksa dipotong sementara waktu. Pada awal PKP, saya memberitahu kakitangan bahawa kita akan berdepan PKP dalam tempoh yang lama. Bagaimanapun PKP mempunyai hikmah tersendiri kerana bisnes paling “hot” waktu PKP ialah aircond sebabnya ramai yang terkurung di rumah, mahu memasang aircond.

 


“Waktu itu kami tak cukup pekerja untuk memenuhi permintaan. Pada PKP pertama kami hanya fokus pemasangan dan servis aircond di kawasan Selayang dan Gombak.” katanya yang memaklumkan bayaran gaji pekerja dibayar penuh semula selepas syarikat dibenarkan beroperasi ketika PKP. Tertarik dengan modul ditawarkan Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Air Cond & Related Services anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Muhd Nusser yang berkelulusan Ijazah Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengikuti kursus tersebut selepas PKP pertama berakhir.
Saya sertai INSKEN kerana tertarik dengan modul cara mengurus perniagaan aircond. Dari situ saya lihat perkara ini penting untuk saya uruskan perniagaan sendiri.

 

Banyak yang saya belajar daripada INSKEN. “Contohnya jika sebelum ini kakitangan yang pergi servis aircond di rumah orang tak ada t-shirt branding sendiri, tiada resit dan lain-lain. Duit keluar masuk pun saya tak nampak. Kita tahu untung tapi tak nampak ke mana. Tetapi di INSKEN saya diajar kaedah pengurusan yang betul termasuk cara menetapkan harga, kira kos dan sebagainya. Kini permiagaan saya lebih sistematik dan pendapatan semakin meningkat.” 

 


“Malah isu yang membabitkan pekerja juga dapat diselesaikan kerana sebelum ini saya susah nak kawal pekerja tetapi sekarang tidak lagi dengan adanya kaedah sistematik. Contohnya jika datang awal, ada bonus bagi membangkitkan semangat mereka,” katanya. Berkaitan perancangan, beliau tidak mahu tergesa-gesa untuk meluaskan empayar perniagaan kerana beliau mahu mengawal overhead bulanan terlebih dahulu agar tidak membebankan syarikat. Menitipkan kata-kata inspirasi, Muhd Nusser berkata, untuk menceburkan diri dalam bisnes bukannya mudah, tapi jika dah dapat cara, insya-Allah boleh pergi lebih jauh. Paling penting jangan putus asa, sentiasa tingkatkan ilmu dan perlu minat. Tanpa minat, awal-awal lagi dah “tidur’, katanya.

 

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,965
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐜𝐥𝐚𝐬𝐬 (𝐌𝐎𝐅𝐀) | 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐤𝐞 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚: 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟
📍 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐨𝐟 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 (𝐀𝐒𝐁), 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
🗓️ 𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dari ruang bengkel ke peluang yang lebih luas, semuanya bermula dengan ilmu, pendedahan industri dan hala tuju yang jelas.

Melalui sesi perkongsian bersama Coach Zuraiman, peserta didedahkan kepada landskap TVET automotif, cabaran persaingan global serta perkembangan teknologi yang sedang mengubah industri. Perkongsian ini membuka perspektif baharu tentang keperluan kemahiran, inovasi dan kesiapsiagaan untuk kekal relevan.

Program ini turut membuka ruang kepada peserta berpotensi untuk meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya melalui inisiatif BANGKIT, sebagai langkah memperkukuh dan mengembangkan perniagaan secara lebih strategik.

Langkah hari ini mungkin kecil, tetapi impaknya boleh membentuk masa depan industri.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+1Image attachment

INSKEN: perkukuh kerjasama strategik bersama kerajaan negeri agenda pembangunan keusahawanan sosial

dlvr.it/TQpdnK #INSKEN #Keusahawanan #Sabah #PembangunanSosial #KerjasamaStrategik
... See MoreSee Less

Load more

...

24 2

...

13 0

...

17 0