Image Alt

BISNES LEBIH SISTEMATIK – DAGING MAK PAH GUNA ILMU INSKEN

  /  BISNES LEBIH SISTEMATIK – DAGING MAK PAH GUNA ILMU INSKEN

Cubaan  Fauziah Abdul Rani dari Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor menukar bidang perniagaan conventional trading, service maintenance & construction kepada makanan daging dendeng tidak sia-sia kerana ia mengubahnya meniadi usahawan wanita berjaya. “Pada tahun 2017, keadaan ekonomi agak gawat. Banyak projek tidak dapat diteruskan. Kewangan syarikat mula terjejas dan menanggung banyak kerugian dan butang, lalu saya tukar kepada membekalkan bahan makanan mentah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sektor kerajaan dan kantin-kantin sekolah.” kata wanita berusia 45 tahun ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 telah memaksa Fauziah memfokuskan jualan daging dendeng yang sebelum ini dijalankan secara sambilan. “Sebelum tibanya Aidilfitri, saya mencuba nasib membuat daging dendeng ini dengan skala lebih besar dan promosikan kepada semua kenalan termasuk di Facebook, tidak sangka permintaan meningkat dua kali ganda. “Dari situlah saya terus mengubah 100% haluan perniagaan dalam bidang masakan.

 

 

“Sekarang saya menjenamakan produk daging dendeng sebagai Daging Dendeng Mak Pah sempena nama mak saya, Latipah Harun,” katanya yang mempelajari resipi masakan asli dari Perak itu kerana ia tahan lama dan mempunyai ramuan serta kaedah masakan tersendiri. Menurut pemilik syarikat Ziebina Innovative Sdn Bhd itu, cara masakannya masih mengekalkan tradisi lama iaitu cara homemade daripada merebus daging, menumbuk, menggoreng dan menumis.


Fauziah juga mempelbagaikan produk makanan seperti nasi lemak pandan daging dendeng, pulut kuning daging dendeng dan nasi lemak hujan panas. Kata Fauziah lagi, demi meningkatkan ilmu dan menambah modal pusingan perniagaan, beliau menyertai Program Pembangunan Produk anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun 2021. “Di INSKEN saya mula nampak kelemahan struktur kewangan syarikat dari segi pentadbiran dan pemasaran. Saya diajar bagaimana memasarkan produk, agensi mana yang harus kita jumpa untuk produk kita.

 


“Dan yang paling penting pengurusan kewangan daripada setiap sen yang keluar haruslah disertakan dengan resit. Tanpa resit, la ibarat kita ‘merompak’ hasil jualan syarikat sendiri seperti kata Coach Qhalifah Rimee Lee. “Benda remeh-temeh yang saya pandang tidak perlu dibuat rupanya ia adalah salah satu punca kegagalan dalam bisnes. Sekarang syarikat telah ada kunci kira-kira perbelanjaan yang baik. Saya diajar menggunakan kaedah Excel dan sistem akaun daripada aplikasi INSKEN iaitu iPro, katanya yang kini sudah berani mengambil gaji sebagai pengurus.

 


Sebelum ini beliau mengutamakan gaji pekeria atau overhead kerana risau duit untuk pusingan modal tidak meneukupi. Kata Fauziah, sekarang hasil jualan Daging Dendeng Mak Pah, Nasi Lemak Pandan, Nasi Lemak Hujan Panas dan Pulut Kuning telah mencecah RM20,000 sebulan selepas menyertai program INSKEN. “Ini adalah hasil jualan langsung, dalam talian, jualan di beberapa kiosk, stesen minyak Petronas Kundang dan Latar 2 arah utara. Alhamdulillah sekarang Daging Dendeng Mak Pah telah mencecah 10 kilogram.”


“Saya bersyukur kerana apa yang saya harap berkursus di INSKEN hanya untuk menambah sedikit ilmu rupanya telah memberi impak besar kepada perusahaan perniagaan saya. “Bayangkan sehari nak dapat jualan RM2,000 pun susah tetapi sekarang telah berganda. Semuanya hasil cara pemasaran, pengendalian kewangan yang teratur dan bersistem. Sebenarnya kita kena faham konsep perniagaan dengan betul baru kita boleh mengemudi perniagaan kita,” katanya yang juga penulis novel dan penulis lirik lagu Istikharah Cintaku.

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
209,965
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐜𝐥𝐚𝐬𝐬 (𝐌𝐎𝐅𝐀) | 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐤𝐞 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚: 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟
📍 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐨𝐟 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 (𝐀𝐒𝐁), 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
🗓️ 𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dari ruang bengkel ke peluang yang lebih luas, semuanya bermula dengan ilmu, pendedahan industri dan hala tuju yang jelas.

Melalui sesi perkongsian bersama Coach Zuraiman, peserta didedahkan kepada landskap TVET automotif, cabaran persaingan global serta perkembangan teknologi yang sedang mengubah industri. Perkongsian ini membuka perspektif baharu tentang keperluan kemahiran, inovasi dan kesiapsiagaan untuk kekal relevan.

Program ini turut membuka ruang kepada peserta berpotensi untuk meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya melalui inisiatif BANGKIT, sebagai langkah memperkukuh dan mengembangkan perniagaan secara lebih strategik.

Langkah hari ini mungkin kecil, tetapi impaknya boleh membentuk masa depan industri.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+1Image attachment

INSKEN: perkukuh kerjasama strategik bersama kerajaan negeri agenda pembangunan keusahawanan sosial

dlvr.it/TQpdnK #INSKEN #Keusahawanan #Sabah #PembangunanSosial #KerjasamaStrategik
... See MoreSee Less

Load more

...

24 2

...

13 0

...

17 0