Image Alt

PAU LAKU KERAS

  /  PAU LAKU KERAS

Penanganย  Pau Azhar membuatkan pemiliknya ‘pening kepala’ berikutan permintaan terhadap produk yang mempunyai pelbagai jenis inti itu semakin digemari penggemar pau khususnya di bandar Kamunting dan Taiping, Perak. Menyingkap semula kisah di sebalik pau sejuk beku laku keras itu, ia bermula selepas Azhar Mat Desa, 47, mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pegawai bank pada 2013 bersama isterinya yang juga pekerja di tempat sama.

 

 

Menurut lelaki asal Taiping ini, mereka terpaksa berhenti kerja kerana enggan terlibat dengan urusan riba selain keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Beliau berkata, perniagaan pertama selepas berhenti ialah mengusahakan mini pizza dan roti dari rumah yang dijual kepada jiran-jiran dan ia berterusan hampir setahun sehinggalah mereka berpindah ke Kamunting.

 

“Anak turut bawa ke sekolah dan jual pada kawan-kawannya tetapi tidak lama kerana aduan dari pihak kantin. Pada masa sama, setiap hari raya saya sudah mula buat kek lapis Sarawak dan pau sejuk beku. Apabila sudah banyak permintaan barulah kami mencari kedai pada 2019,” katanya yang mempunyai ramai ejen termasuk dalam kalangan guru, jururawat dan kakitangan swasta. Menurutnya, jualan ‘jatuh’ lebih 70 peratus akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. “Sewaktu PKP masih ada lagi permintaan kerana ia makanan sejuk beku, pelanggan boleh simpan di rumah sebagai bekalan makanan epanjang tempoh PKP.

 

 

Kedai kami hanya beroperasi untuk membuat pau sejuk beku tetapi permintaannya tidak lah seperti biasa,” katanya. Azhar berkata, pada tahun 2020 beliau menyertai Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Bakeri yang dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi mendalami ilmu perniagaan. “Dengan adanya jurulatih iaitu Abang Jaq Osman’, telah membuka mata saya bahawa sebenarnya ada banyak cara lebih efektif dan unik untuk kita pasarkan perniagaan. Walaupun bukan secara dalam talian namun secara offline pun sebenarnya berkesan.

“Saya sudah nampak kaedah dan teknik yang berkesan untuk kembangkan perniagaan seperti apa diajar. Antaranya ialah berkaitan kaedah pemasaran, pengurusan kos dan kewangan susun atur kedai dan kaedah menembusi pasaran yang lebih besar. “Bagi saya, ilmu yang diajar oleh coach INSKEN tak dapat di tempat lain, ia sangat bermanfaat. Di tempat lain pasti kita terpaksa bayar dengan harga yang sangat mahal untuk mendapatkan ilmu tersebut, dan saya sangat terhutang budi dengan coach Abang ‘Jaq Osman’ dan pihak INSKEN,” katanya.

 

Menurutnya, ilmu daripada INSKEN membantu menaikkan jualan pau dan kek lapis selepas ia terjejas akibat PKP sebelum ini. Graf jualan memberangsangkan namun beliau akui masih belum dapat gunakan sepenuhnya ilmu yang diajar kerana masalah kekangan pekerja untuk memenuhi permintaan pasaran. “Ketika ini pau dihasilkan separuh melalui mesin dan separuh lagi secara manual. Dengan kekangan pekerja, membuatkan pengeluaran pau terhad.”

 

โ€œDisebabkan itu, saya tak dapat keluarkan lebih untuk pasaran dan buat masa ini jika ejen membuat tempahan banyak, mereka terpaksa tunggu antara satu hingga tiga hari kerana pengeluaran sedia ada hanya mampu menghasilkan pau sekitar 900 biji sehari sahaja,” katanya. Menjadi harapan bapa kepada empat anak itu meluaskan empayar perniagaan Pau Azhar namun satu perkara yang perlu dicapai ialah mendapatkan mesin yang menghasilkan pau secara automatik sepenuhnya. “Perancangan saya untuk dapatkan mesin pau yang sesuai yang berharga lebih RM150,000. Dengan mesin itu, insya-Allah dapatlah saya pasarkan pau saya di kawasan utara Semenanjung,” katanya.

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,151
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ | ๐…๐„๐ โ€“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐…๐ซ๐จ๐ฆ ๐„๐ฆ๐ฉ๐ญ๐ฒ ๐’๐ฅ๐จ๐ญ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐๐จ๐จ๐ค๐ž๐ ๐’๐ฉ๐š
๐Ÿ“ Vouk Hotel Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+3Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐“๐ข๐š๐๐š ๐’๐Ž๐, ๐‘๐ฎ๐ ๐ข ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐’๐ž๐๐š๐ซ
๐’๐Ž๐ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ญ๐š๐ง
๐Ÿ“ Tenera Hotel & Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi yang lebih tersusun dan berdisiplin bagi mengelakkan kerugian yang tersembunyi dalam perniagaan.

Disampaikan oleh Coach Syed Norimanuddin Bin Syed Nordin, sesi ini menjelaskan punca biasa kehilangan stok dan masalah operasi seperti kesilapan kiraan, kecuaian serta isu berkaitan pembekal.

Peserta turut mempelajari langkah praktikal untuk mengurus pesanan dan penerimaan stok, membuat semakan stok secara berkala serta mengawal aliran tunai harian dengan lebih teratur.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang perniagaan membuktikan bahawa amalan SOP yang jelas dan konsisten mampu membantu meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kerugian.

Semoga pelaksanaan SOP yang lebih sistematik selepas ini dapat memperkukuh operasi dan meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+7Image attachment
Load more

...

6 0