Image Alt

HARGA IKUT SUKA

  /  HARGA IKUT SUKA

Ketika ramai peniaga menutup premis sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan, lain pula bagi pasangan suami isteri dari Seri Iskandar, Perak ini apabila menjadikan sekatan sebagai ‘lubuk’ rezeki. Meniti kisah daripada usahawan itu, Nur Asyikin Ahmad, 32, berkata, dia dan suami, Mohd Muzammil Mohd Yusof, 44, sebelum ini menjual makanan ringan di tingkat dua D’Mall Seri Iskandar. “Pada 2018 dan 2019, kami membuka kiosk menjual jajan, air mineral dan aiskrim bersebelahan panggung wayang dan pusat boling D’ Mall. Apabila PKP, perniagaan kami jatuh sebab wayang dan boling tidak dapat dibuka,” katanya.

 

 

Bagaimanapun katanya, idea untuk membuka kedai makan hadir selepas ramai pekeria pasaraya itu sukar mencari makanan ketika berehat ekoran semua medan selera dalam D’Mall termasuk kedai makan ditutup akibat PKP.
“Pekerja di situ ramai tetapi tempat makan semanya tutup. Bahkan ramai antara mereka bertanyakan adakah kami menjual makanan berat tetapi kami tidak dapat menyediakan apa yang mereka mahukan. “Tambahan pula kiosk tidak dibenarkan berniaga selain makanan ringan. Jadi dari situ kami ambil inisiatif membuka kedai makan yang terletak di luar pasaraya D’ Mall,” katanya.

 

 

Jelasnya, sejak awal operasi, kedai yang diberikan nama Sekukulia Kuchinskaya itu mendapat tumpuan ramai pekerja D’ Mall dan pekerja pasaraya lain. “Menu utama kami di sini ialah laksa Kedah, bihun sup utara dan mi kari. Setiap hidangan akan penuh mangkuk dengan kuahnya yang dibuat pekat. Semua menu dijual dengan harga berpatutan” katanya.ย  Demi meningkatkan perniagaan, Nur Asyikin telah mengikuti kursus Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu Program Keuntungan Menu 1.0, Keuntungan Menu 2.0 dan Hasilkan Gambar Menarik Untuk Marketing Menggunakan Smartphone.


“Untuk kelas Keuntungan Menu pertama, saya diajar cara kiraan kos operasi dan kaedah menetapkan harga bagi setiap hidangan. Dalam kelas itu, saya perlu menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam setiap menu dan membuat kiraan kos.” Apabila kita sudah tahu kos setiap menu, saya diajar pula cara mengira margin dan berapakah kos sebenar patut dibelanjakan supaya bisnes tidak rugi. “INSKEN turut mengajar saya kaedah menetapkan harga setiap jualan. berdasarkan pengiraan yang telah dibuat. Sebelum ini saya pun tak tahu, cuma terus letak harga sahaja. Selepas masuk INSKEN barulah saya tahu kaedah sebenar berniaga makanan,” katanya.

 

 

Untuk kelas Keuntungan Menu 2.0, Nur Asyikin berkata, dia diajar empat formula dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap menu. Menerusi formula diajar, kita boleh mengenal pasti menu manakah yang kos tinggi tetapi keuntungan sedikit atau kos rendah tetapi untung tinggi. Apabila sudah tahu, peniaga boleh membuat pilihan menu manakah yang mahu diteruskan atau sebaliknya. Secara tidak langsung, peniaga akan tahu hala tuju perniagaan mereka.” katanya.

 

Bagi kelas fotografi pula katanya, peserta diajar cara mengambil gambar makanan dan melakukan proses suntingan gambar agar lebih hidup. “Saya diajar cara guna aplikasi terkini seperti Canva dan Adobe Lightroom. Coach juga akan pantau setiap tugasan diberikan supaya memastikan kita dapat menggunakan setiap aplikasi yang diajar.” katanya yang akui pendapatan bulanannya meningkat selepas ikuti INSKEN. Jelas Nur Asyikin yang mempunyai dua pekerja, dia merancang untuk melebarkan lagi perniagaannya dengan menyewa tingkat atas bangunan itu tidak lama lagi.

 

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,151
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ | ๐…๐„๐ โ€“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐…๐ซ๐จ๐ฆ ๐„๐ฆ๐ฉ๐ญ๐ฒ ๐’๐ฅ๐จ๐ญ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐๐จ๐จ๐ค๐ž๐ ๐’๐ฉ๐š
๐Ÿ“ Vouk Hotel Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+3Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐“๐ข๐š๐๐š ๐’๐Ž๐, ๐‘๐ฎ๐ ๐ข ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐’๐ž๐๐š๐ซ
๐’๐Ž๐ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ญ๐š๐ง
๐Ÿ“ Tenera Hotel & Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi yang lebih tersusun dan berdisiplin bagi mengelakkan kerugian yang tersembunyi dalam perniagaan.

Disampaikan oleh Coach Syed Norimanuddin Bin Syed Nordin, sesi ini menjelaskan punca biasa kehilangan stok dan masalah operasi seperti kesilapan kiraan, kecuaian serta isu berkaitan pembekal.

Peserta turut mempelajari langkah praktikal untuk mengurus pesanan dan penerimaan stok, membuat semakan stok secara berkala serta mengawal aliran tunai harian dengan lebih teratur.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang perniagaan membuktikan bahawa amalan SOP yang jelas dan konsisten mampu membantu meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kerugian.

Semoga pelaksanaan SOP yang lebih sistematik selepas ini dapat memperkukuh operasi dan meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+7Image attachment
Load more

...

6 0