Image Alt

BISNES KIAN PADU

  /  BISNES KIAN PADU

Seumpama namanya, kelazatan minuman Coconut Shake Paduu semakin bertapak luas dan diterima pelanggan sekitar Kuala Lipis, Pahang sejak bermula pada Februari 2020 di tepi laluan utama pekan tersebut. Pemilik Coconut Shake Paduu, Nur Armani Yahya, 29, berkata, beliau bermula berniaga di bawah kanopi bersaiz 10x 10 tetapi tidak lama kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari Mac hingga Mei. Bulan Jun saya kembali berniaga, tetapi kali ini selepas PKP saya telah memulakan perniagaan bersama logo secara kecil-kecilan, katanya yang menawarkan empat jenis perisa minuman jaitu original, special, strawberi dan durian D24 berharga serendah RM4.50 dan ke atas.

 

 

Paling digemari pelanggan katanya, ialah Coconut Shake Paduu original manakala perisa durian D24 pula mempunyal penggemarnya yang tersendiri. Menurutnya, sambutan luas daripada pelanggan telah membuatkan
Coconut Shake membuka dua lagi cawangan di daerah Kuala Lipis, kali ini menggunakan kiosk pada Oktober 2020. Setiap kiosk dikendalikan dua pekerja, insya-Allah sebuah lagi kiosk akan dibuka pada Februari ini.” katanya.
Jelasnya, kiosk yang digunakan mempunyai konsep tersendiri baik dari segi rekaan, warna dan sebagainya dalam memastikan ia membawa keselesaan dan keceriaan kepada pelanggan.

Nur Armani berkata, perniagaan berasaskan minuman buah-buahan itu dikembangkan lagi selepas beliau menyertai dua kursus dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun lalu. “Sebelum ini saya hanya guna Facebook untuk iklan dengan memfokuskan komuniti setempat. Saya tak tahu bagaimana cara menggunakan Instagram, jadi saya ambil keputusan belajar dengan INSKEN. “Saya masuk Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) anjuran INSKEN dan diajar menggunakan aplikasi Instagram untuk pemasaran. Perbezaannya selepas mengikuti Program E-Board, saya dapat tingkatkan lagi jualan menerusi platform Instagram. Alhamdulillah saya dapat banyak kaedah untuk buat pemasaran di Instagram. Sesi bimbingan daripada INSKEN memang bagus dan puas hati, pengajarnya berpengalaman dan ambil berat tentang perniagaan yang saya jalankan,” katanya.

Kata Armani lagi, kaedah pembelajaran dan pengajaran diterapkan INSKEN sangat membantu peserta memahami apa yang diajar. “Teknik diajar INSKEN mudah faham sebab jurulatih berikan tutorial dan slide yang boleh dirujuk. Teknik yang diajar berkesan,” katanya. Ujarnya, pelbagai kursus ditawarkan INSKEN akan disertainya selepas ini bagi meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam perniagaan. Menurutnya, Coconut Shake Paduu mencecah jualan maksimum di antara RM25,000 hingga RM30,000 sebulan. “Dalam masa sama, Alhamdulillah suami (Solihin Zainudin) dan keluarga memberikan sokongan penuh terhadap perniagaan yang saya jalankan,” katanya yang telah mendaftarkan syarikat di atas nama Armani Yahya Enterprise.

 

Katanya lagi, logo bagi perniagaannya telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Saya harap untuk pergi ke arah franchising tetapi mash dalam pertimbangan sebab ia ada pro dan kontra,” katanya.
Seperti usahawan lain, Nur Armani turut menempuh cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan terutama untuk kekalkan pemasaran produk dan mencari idea-idea baru bagi pemasaran termasuk mencari strategi memperkembangkan lagi perniagaan.

“Pastinya kita mahu melihat sesebuah perniagaan itu bertahan dalam jangka masa panjang, justeru itu banyak kajian yang perlu dibuat. Tambahan pula dalam perniagaan akan ada banyak persaingan, jadi kita mesti lebih kreatif,” katanya. Tambahnya, cita-citanya suatu hari nanti ialah membuka lebih banyak kiosk termasuk kedai Coconut Shake Paduu di daerah serta negeri-negeri lain.ย 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,151
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ | ๐…๐„๐ โ€“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐…๐ซ๐จ๐ฆ ๐„๐ฆ๐ฉ๐ญ๐ฒ ๐’๐ฅ๐จ๐ญ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐๐จ๐จ๐ค๐ž๐ ๐’๐ฉ๐š
๐Ÿ“ Vouk Hotel Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+3Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐“๐ข๐š๐๐š ๐’๐Ž๐, ๐‘๐ฎ๐ ๐ข ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐’๐ž๐๐š๐ซ
๐’๐Ž๐ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ญ๐š๐ง
๐Ÿ“ Tenera Hotel & Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi yang lebih tersusun dan berdisiplin bagi mengelakkan kerugian yang tersembunyi dalam perniagaan.

Disampaikan oleh Coach Syed Norimanuddin Bin Syed Nordin, sesi ini menjelaskan punca biasa kehilangan stok dan masalah operasi seperti kesilapan kiraan, kecuaian serta isu berkaitan pembekal.

Peserta turut mempelajari langkah praktikal untuk mengurus pesanan dan penerimaan stok, membuat semakan stok secara berkala serta mengawal aliran tunai harian dengan lebih teratur.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang perniagaan membuktikan bahawa amalan SOP yang jelas dan konsisten mampu membantu meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kerugian.

Semoga pelaksanaan SOP yang lebih sistematik selepas ini dapat memperkukuh operasi dan meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+7Image attachment
Load more

...

6 0