Image Alt

BISNES LANCAR SELEPAS TUNJUK AJAR INSKEN

  /  BISNES LANCAR SELEPAS TUNJUK AJAR INSKEN

Program latihan dan bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) diakui memberikan nilai tambah kepada Jasmin Aksan dari Puchong untuk menjana pendapatan lumayan dan sekaligus mengeluarkan perniagaannya yang โ€œtersangkut” akibat Perintah Kawalan Pergerakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

 

Menyingkap perialanan sejarah perniagaannya, wanita berusia 43 tahun itu mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah syarikat korporat pada 2019 dan mendaftar atas nama Eppibox Sdn Bhd yang beroperasi di Sungai Buloh.

 

 

“Saya menjual pelbagai jenis barangan seperti barangan parti termasuk pinggan, cawan, sudu, garpu plastik, belon, aksesori parti, hadiah untuk mailis hari jadi, pokok hiasan, hadiah korporat serta menyediakan perkhidmatan penganjuran majlis.” katanya yang turut menjual kek dan biskut.

ย 

Bagaimanapun perniagaan itu terjejas teruk ekoran pelaksanaan PKP sehingga memaksa bayaran gaji untuk diri sendiri dipotong.

 

PKP membuatnya berdepan pelbagai cabaran dan kekangan. Tiada siapa yang dibenarkan menganjurkan majlis hari jadi dan sebagainya, lalu beliau mengambil keputusan menukar strategi perniagaan dengan fokus kepada jualan pokok hiasan dalam rumah.

 

“la dapat sambutan kerana dalam tempoh PKP itu ramai yang menghias rumah dengan pokok hiasan. Dalam masa sama, saya juga fokus kepada pembuatan kek dan biskut, Alhamdulillah, juga mendapat permintaan,โ€ katanya. Namun semua itu belum cukup menstabilkan perniagaan Jasmin, malahan tekanan dalam tempoh PKP semakin kuat.

 

“Banyak kali saya rasa putus asa, tambahan pula waktu itu hanya saya seorang menguruskan perniagaan. Dalam erti kata lain semua benda kita kena buat, kitalah bos kitalah kuli. Dari situ, saya mula sertai program bimbingan anjuran INSKEN. “Latihan itu saya ikuti secara dalam talian kerana negara masih berada dalam PKP. Apabila sudah dapat ilmu daripada INSKEN, saya mula fokus dan memulakan semula perniagaan.

 

 

“Semasa ikuti Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) anjuran INSKEN selama tiga bulan, saya diajar cara untuk mempromosikan produk melalui platform Instagram termasuk cara merakam visual produk, copywriting dan pengiklanan. โ€œSaya gunakan ilmu yang saya perolehi untuk mempromosikan produk Ramadan saya iaitu Ramadan Calendar Gift yang mendapat banyak tempahan pelanggan termasuk pihak korporat hingga sale saya melonjak naik,” katanya yang menyertai 10 kali kursus latihan anjuran INSKEN.

 

Mengulas lanjut produk Ramadan Calendar Gift, Jasmin berkata, ia adalah produk Ramadan Calendar yang pertama pernah dihasilkan di Malaysia. “Ramadan Calendar itu berkonsepkan kotak yang mempunyai 30 kotak dalaman yang menunjukkan tarikh Ramadan perta ma hingga terakhir. Setiap kotak mengandungi kurma premium yang berlainan jenis yang dipilih dengan teliti antara yang terbaik di dunia Arab untuk berbuka puasa mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. “Objektif kalendar ini selain daripada kita dapat mengira hari puasa kita setiap hari, kita juga dapat belajar sebuah hadis setiap hari.

 

“Bila mereka ambil kurma untuk berbuka puasa, secara tidak langsung mereka akan membaca petikan inspirasi harian yang diambil daripada ayat Al-Quran atau hadis,mengingatkan kita Rahmat, pengampunan dan keselamatan daripada Allah S.W.T. “Sehari sebuah hadis, jadi sebelum berbuka puasa, mereka akan membaca hadis-hadis berkenaan. Secara automatik selama 30 hari, orang yang membuka kotak-kotak dalaman itu boleh membaca sebanyak 30 hadis,” katanya.

 

Menurut anak kelima daripada 10 beradik ini, ilmu yang dipraktikkan daripada kursus tiga bulan itu turut membolehkan beliau menggajikan dua pekerja selain menghidupkan semula semua perniagaan yang diusahakan sebelum dan ketika PKP. “Untuk pelan seterusnya, saya akan fokus lebih kepada perniagaan B2B iaitu hadiah korporat walaupun perniagaan yang saya jalankan banyak tertumpu perancangan majlis dan pembuatan kek serta biskut. Saya juga merancang untuk fokus lagi penghasilan Ramadan Calendar Gift. “Untuk barangan parti pula, saya masih jual di laman web, Shopee dan Lazada,” katanya.

 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,160
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Spa anda dah bertahan.
Sekarang masa untuk berkembang.

Kalau anda serius nak scale up, tambah peluang pekerjaan dan tingkatkan jualan, Bangkit SPA ialah platformnya.

Dibimbing oleh pakar industri yang berpengalaman sebagai usahawan sebenar.

Tempat terhad. Daftar di:
www.insken.gov.my/bangkit_spa_01

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

Spa anda dah bertahaImage attachmentImage attachment+3Image attachment

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€๐‹ ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“ | ๐…๐„๐ โ€“ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐‰๐€๐ƒ๐”๐€Image attachment

๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐ ๐Œ๐€๐’๐“๐„๐‘๐‚๐‹๐€๐’๐’ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† (๐Œ๐Ž๐…๐€)
๐…๐ซ๐จ๐ฆ ๐„๐ฆ๐ฉ๐ญ๐ฒ ๐’๐ฅ๐จ๐ญ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐๐จ๐จ๐ค๐ž๐ ๐’๐ฉ๐š
๐Ÿ“ Vouk Hotel Suites
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’Ž๐’–
๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ข๐ง ๐ˆ๐๐’๐Š๐„๐

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

๐ˆ๐๐’๐Š๐„Image attachmentImage attachment+3Image attachment
Load more

...

6 0