Image Alt

BEBAS MASA – FARAHATUL BERNIAGA KERANA TAK MAHU TERIKAT

  /  BEBAS MASA – FARAHATUL BERNIAGA KERANA TAK MAHU TERIKAT

Tidak mahu terikat dengan majikan dan ingin mempunyai kebebasan masa dalam bekerja mendorong seorang wanita menjalankan perniagaan kek aiskrim dan produk sejuk beku. 

Farahatul Awanis Abdul Ghani, 29 dari Kampung Melor, Kota Bharu Kelantan memilih perniagaan kek sebagai teras utama perniagaannya atas dasar minat yang timbul selepas enam bulan didedahkan kepada industri pembuatan kek di Giat Mara Kubang Kerian. 

Dalam menggapai cita-citanya, beliau mula mengumpul modal dengan bekerja di sebuah kedai kek di kampungnya selama beberapa bulan. 

 

“Saya teruja ke perniagaan ini sebab minat dalam pembuatan kek dan tak mahu terikat dengan orang lain. Di Giat Mara Kubang Kerian saya didedahkan dengan kursus bakeri,” katanya yang mulakan fokus menjalankan perniagaan kek di kampungnya pada 2019. 

Pada Mac 2020 pula, wanita ini menambah ilmu perniagaan bakeri menerusi Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

“Ketika Program IBBC, cikgu kata kena fokus satu benda dulu baru orang kenal kita, bila orang kenal, kita keluarkan produk apa pun orang beli. 

Dari situ saya mulakan dengan kek balang aiskrim. 

 

“Kek saya lain daripada yang lain, saya tidak guna kek span seperti kebiasaannya tetapi menggunakan coklat moist,”katanya yang mempunyai resipi tersendiri untuk keunikan produknya.

 

Menggunakan jenama Awan Manis Bakery di bawah syarikat Syatiul Syugar Enterprise, Farahatul mengeluarkan lima jenis perisa iaitu coklat Nutella, citrus (lemon, oren dan mangga), tutty fruity (beri biru, strawberi dan kiwi), indulgence dan scrumptious choco berharga RM18 sebalang. 

 

 

“Daripada lima jenis perisa itu, coklat Nutella dan tutty fruity paling laris,” kongsinya yang turut menerima permintaan dari luiar Kelantan termasuk dari Bangi, Selangor.

Farahatul berkata,pada awal berniaga dulu, beliau pernah diuji kek aiskrimnya mudah cair. 

“Mula-mula dulu ada pelanggan dari Kuantan mengidam kek aiskrim. Saya hantar dengan kereta bagaimanapun aiskrim cair sebaik tiba di lokasi pelanggan. Daripada peristiwa itu, saya atasi dengan belajar untuk buat kek balang aiskrim secara sejuk beku pula. Maka lahirlah kek balang aiskrim frozen,” katanya. 

Namun kini katanya, cabaran terbesar dilalui apabila ejen tidak mempunyai peti sejuk beku untuk menyimpan kek balang aiskrim.

“Saya ada 15 ejen tetapi kurang daripada lima orang yang ada peti sejuk beku untuk simpan stok. Inilah cabaran besar sedang dilalui saya sekarang,” katanya.

 

Berkongsi petua untuk berjaya, beliau berkata, setiap perkara yang ingin kita lakukan perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh.

“Kena redah, percaya kalau kita ingin buat sesuatu perkara dan jangan takut-takut. Jangan terlalu berfikir laku atau tidak, sebaliknya tawakal saja,” katanya.

 

Menjadi lumrah untuk setiap peniaga mengembangkan lagi perniagaan dan bagi Farahatul, beliau berhasrat memilik peti sejuk beku Awan Manis Bakery di pasaraya besar.

“InsyaAllah tahun depan saya cadang nak tambah perisa. Tahun lepas saya keluarkan perisa pandan gula melaka dan Alhamdulillah dapat sambutan,” katanya yang turut menjual kek sambutan hari lahir. 

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,160
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


Spa anda dah bertahan.
Sekarang masa untuk berkembang.

Kalau anda serius nak scale up, tambah peluang pekerjaan dan tingkatkan jualan, Bangkit SPA ialah platformnya.

Dibimbing oleh pakar industri yang berpengalaman sebagai usahawan sebenar.

Tempat terhad. Daftar di:
www.insken.gov.my/bangkit_spa_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

Spa anda dah bertahaImage attachmentImage attachment+3Image attachment

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 | 𝐅𝐄𝐁 – 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bisnes dalam sektor ini? Ini peluang untuk anda upgrade cara urus dan kembangkan perniagaan.

Kalau 2026 anda nak bisnes lebih tersusun dan berkembang dengan betul, ini masanya.

Daftar sekarang di www.insken.gov.my/pendaftaran/

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀Image attachment

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐌𝐎𝐅𝐀)
𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐄𝐦𝐩𝐭𝐲 𝐒𝐥𝐨𝐭𝐬 𝐭𝐨 𝐅𝐮𝐥𝐥𝐲 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐞𝐝 𝐒𝐩𝐚
📍 Vouk Hotel Suites
📅 14 Februari 2026

Masterclass ini menghimpunkan pengusaha spa bagi berkongsi strategi praktikal untuk meningkatkan tempahan dan mengurangkan slot rawatan yang kosong.

Disampaikan oleh Coach Norliza Othman daripada Teratak Spa, sesi ini menekankan bahawa slot rawatan yang tidak terisi merupakan potensi hasil yang tidak dimanfaatkan. Peserta didedahkan kepada faktor seperti psikologi pelanggan, pemilihan masa, serta perancangan jadual yang lebih tersusun bagi meningkatkan kadar tempahan.

Antara pendekatan yang dikongsikan termasuk penawaran servis ekspres, promosi berasaskan masa, penambahan nilai pada pakej rawatan serta perancangan slot mingguan yang lebih strategik bagi memastikan tempahan lebih konsisten.

Semoga perkongsian ini membantu pengusaha spa menambah baik strategi tempahan dan mengoptimumkan potensi perniagaan masing-masing.

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less

𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄Image attachmentImage attachment+3Image attachment
Load more

...

6 0