a

Kursus Asas Bakeri (Home-based) : Online 01 (20-22 Ogos 2021)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
20 Aug 2021 12:00:AM - 22 Aug 2021 06:00:PM
Google Meet
DAFTAR

 

Kursus ini bertujuan untuk mengajar peserta secara maya (virtual), bagaimana ingin menguruskan bisnes bakeri dari rumah (home-based bakery) selain membekalkan ilmu yang relevan selaras dengan cabaran & trend semasa. Peserta akan dibimbing oleh pemain industri bagi memperkasa perniagaan serta mengasah potensi usahawan.


KOMPONEN LATIHAN:

  • Sesi perkongsian aktiviti industri secara maya
  • Latihan asas industri & tips bisnes
  • LIVE demonstration & pameran aktiviti berkaitan industri

PESERTA AKAN MEMPELAJARI:

  • Tips dan amalan terbaik industri

  • Bakery business standard & guideline

  • Kos & peralatan asas permulaan perniagaan

  • LIVE demonstration resipi ringkas untuk peserta yang boleh digunakan untuk jualan

  • Teknik pemasaran dalam 10km radius

  • Pengurusan kewangan bisnes


YURAN LATIHAN
RM100

(Termasuk kos latihan & modul)

TERMA DAN SYARAT

  • Individu yang sudah mula berniaga digalakkan untuk turut serta
  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Venue

Google Meet

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
20 Aug 2021 12:00:AM - 22 Aug 2021 06:00:PM
Google Meet
RM100
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?