Size Tulisan Kecilkan Teks Besarkan Teks
Warna Tulisan Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau
Warna Latarbelakang bg_blue bg_grey bg_red
Set Semula set semula
Dengar Teks Teks Warna Merah
Bahasa Malaysia  |  English  |  Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
 
     
 

Skim Usahawan Siswazah (SUS)

 

Pengenalan

Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). Program ini merangkumi dua komponen iaitu Latihan Asas Keusahawanan (kursus) dan Tabung Usahawan Siswazah (pembiayaan).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpulan Sasar  

Terbuka kepada sekurang-kurangnya pemegang Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negeri yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pelajar di tahun akhir yang telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun serta berumur tidak melebihi 40 tahun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Objektif Kursus:

i. Meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB);
ii. Memberi latihan penyediaan rancangan perniagaan, pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan pembiayaan; dan
iii. Melayakkan peserta memohon pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latihan Asas Keusahawanan (Kursus)

Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempoh

5 hari (sepenuh masa : 8.30 pagi – 10.30 malam)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kandungan

  Modul 1:    Keusahawanan dan Motivasi Keusahawanan;
  Modul 2:    Pengurusan Perniagaan;
  Modul 3:    Peluang Perniagaan;
  Modul 4:     Rancangan Perniagaan;
  Modul 5:     Pengurusan Kewangan; dan
  Modul 6:     Taklimat Pembiayaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Terbuka kepada pemegang Ijazah dan Diploma (dalam dan luar negara) Bumiputera dan bukan Bumiputera yang tamat pengajian tidak lebih dari 15 tahun dari universiti yang di iktiraf.
  • Berusia tidak melebihi 40 tahun dan berminat untuk berniaga.
  • Layak untuk dipertimbangkan bagi permohonan Tabung Usahawanan Siswazah (TUS) di bawah SME Bank.
  • Untuk mendaftar sila muat turun Borang Pendaftaran.

Bagi kursus LAP dan SUS, pegawai yang boleh dihubungi:

Cik Nur Ashikin Abd. Karim -03 88805162
Pn. Arni Hasliza Aziz – 03 88805195
Pn. Kamariah Maliki – 03 88805171

Muat turun borang boleh dibuat melalui laman web rasmi
www.insken.gov.my

Semua borang permohonan hendaklah dihantar melalui pos atau faks ke butiran seperti berikut:

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 2-3, Blok Menara, No. 18 Persiaran Perdana
Menara Usahawan
Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel : 03-8880 5182/5184 /5171
Faks : 03-8880 5199/5152

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yuran

RM250.00 (termasuk penginapan, makan minum dan nota).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempat

Lokasi kursus akan dimaklumkan melalui surat tawaran kursus. SUS tahun 2011 akan diadakan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Halaman-halaman: 1  2