a

Program Latihan Intensif Dalam Talian Bagi Usahawan Generasi Baharu (N-GENE) 2025

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
29 May 2025 08:00:AM
DAFTAR

PENDAFTARAN PROGRAM N-GENE TAHUN 2025 KINI DI BUKA!

Program ini merupakan sebuah Latihan Keusahawanan merangkumi Latihan & Bimbingan Perniagaan serta berpeluang mendapatkan Geran Peningkatan Perniagaan.

 

KELAS ONLINE
Kelas Melalui Google Meet

TEMPAT TERHAD
Untuk 300 Orang Sahaja

 

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

  • Peningkatan Jualan Perniagaan Minima 20%
  • Latihan Asas Perniagaan Terhad Untuk 300 Orang Sahaja
  • Sesi Bimbingan & Geran Perniagaan RM 3,000 Bagi 100 Peserta Yang Terpilih

 

KRITERIA PESERTA

  • Graduan dengan pengalaman perniagaan kurang 5 tahun (Wajib sertakan transkrip berkaitan)
  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (Dokumen sokongan diperlukan)

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 300 orang sahaja
  • Hanya 100 orang peserta yang terpilih sahaja yang layak untuk mendapatkan Geran Perniagaan
  • Sebarang penukaran program adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
29 May 2025 08:00:AM
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?