๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
04 Februari 2026, Rabu | Seri Negeri, Melaka
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka sebagai langkah memperkukuh sinergi strategik dalam pembangunan ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya saing.
Pertemuan ini menjadi platform memperkenalkan peranan dan inisiatif INSKEN dalam memperkasa usahawan melalui program pembangunan kapasiti, pemerkasaan ilmu serta peningkatan daya tahan perniagaan. Ia juga membuka ruang kolaborasi program berimpak tinggi termasuk Festival Saudagar Alam Melayu Nusantara.
Turut hadir Datoโ Hjh Joyah binti Abd Rashid, Ketua Saudagar Dunia Melayu Dunia Islam DMDI merangkap Pengerusi DMDI Putrajaya bersama delegasi, sebagai tanda komitmen bersama dalam memperluas jaringan strategik usahawan di peringkat nasional, serantau dan global.
๐ฑ๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ข๐ง ๐๐๐๐๐๐
#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #MembangunUsahawanMadani
... See MoreSee Less