๐๐ก๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ก๐ง๐ฅ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ข๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Buat julung kalinya, INSKEN menganjurkan ๐๐ฏ๐ต๐ณ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ถ๐ณ๐ช๐ข๐ญ ๐๐ฎ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ณ๐ช๐ฑ ke Kelantan sebagai usaha memahami secara langsung potensi dan cabaran sebenar ekosistem keusahawanan negeri.
Lawatan pada 7 hingga 10 Februari 2026 ini turut disertai oleh Encik Syahrunizam Bin Shahwan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Puan Viviantie Binti Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN serta barisan pengurusan dan BisKaunselor INSKEN.
Sepanjang lawatan, sesi libat urus diadakan bersama usahawan alumni, pusat perniagaan tempatan, fasiliti industri, agensi kerajaan negeri dan institusi pendidikan di beberapa daerah utama Kelantan bagi mengenal pasti potensi sektor berimpak tinggi serta jurang pembangunan yang perlu diberi perhatian.
Dapatan menunjukkan budaya keusahawanan yang aktif dan beridentiti kuat, dengan potensi besar dalam sektor makanan, minuman dan kraftangan, di samping keperluan pengukuhan pemasaran digital serta peluasan pasaran.
Dapatan ini akan diterjemahkan kepada pelaksanaan inisiatif pembangunan dan sokongan keusahawanan yang lebih bersasar di peringkat negeri.
Ini adalah permulaan.
Seterusnya, ๐๐ฎ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ณ๐ช๐ฑ akan diteruskan ke Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.
๐ฑ๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ข๐ง ๐๐๐๐๐๐
#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia
... See MoreSee Less