Image Alt

RANCANG KE LUAR MELAKA

  /  RANCANG KE LUAR MELAKA

Keenakan nasi beriani dihidang pada majlis rasmi kenduri membuatkan orang ramai mula mencari lokasi restoran masakan tersebut. Bagi memenuhi permintaan ramai, Fairuz tiada pilihan lain melainkan membuka Restoran Beriani Corner Derr di Kota Fesyen Ayer Keroh, Melaka. Mengimbau semula perjalanan sebelum tertubuhnya restoran itu,lelaki berusia 44 tahun itu berkata, beliau sebelum ini bekerja di sebuah kilang sebagai juruteknik sejak
tahun 2000. Pada tahun 2008 saya berhenti kerja dan menubuhkan syarikat MHI Teguh Enterprise dengan menjalankan perniagaan nasi beriani yang dihidangkan pada mailis kahwin dan malis lain termasuk menjual makanan itu  pada bulan Ramadan,” katanya yang turut menyediakan perkhidmatan kanopi pada awal perniagaan dalam bidang makanan. 

 

 

Dek kerana kesedapan nasi beriani Fairuz, ramai pelanggan yang bertanya tentang lokasi restoran berkenaan.”Pada mulanya saya cakap tiada kedai, tetapi apabila ramai sangat yang bertanyakan lokasi kedai barulah saya tergerak hati untuk membuka sebuah restoran pada tahun 2019. la beroperasi pada tahun berikutnya. “Saya berniaga menggunakan modal sendiri yang dikumpul sewaktu kerja kilang dan hasil bisnes secara sambilan,” katanya.
Dengan usia yang mencecah lebih sedekad, Fairuz berkata, restorannya menawarkan 11 menu beriani antaranya nasi beriani ayam atau daging. Nasi Beriani Kambing Kuzi Gearbox, Nasi Beriani Mix Seafood dan Nasi Beriani Ikan Siakap Terbang.

Antara menu yang digemari pelanggan ialah Nasi Beriani Ayam Crispy, Nasi Beriani Ikan Siakap Terbang dan Nasi Beriani Lamb Shank.Harga makanan di sini bermula, RM10 hingga RM60 termasuk set talam,” katanya. Terbaru kata Fairuz, restorannya menyediakan hidangan nasi kandar ala Melayu, iaitu sebuah idea yang direalisasikan selepas menyertai Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). “Saya memang sukakan kari, jadi konsep nasi kandar mamak ditukar kepada konsep masakan Melayu. Masakan terbaru ini mula disedliakan pada tahun lalu selepas saya sertai program katanya. 

 


Berkongsi lanjut berkenaan IBBC, Fairuz berkata, banyak kaedah ilmu pemasaran yang dipelajarinya. Sebelum ini saya memang fail dalam marketing. Coach INSKEN banyak mengajar kaedah pemasaran yang tepat, salah satunya ialah konsep restoran di mana sebelum ini saya main redah saja. Bila masuk kursus barulah sava tahu rupanya setiap restoran perlu mempunyai konsep. Contohnya sebelum ini restoran saya lidak mempunyai pokok-pokok hiasan tetapi sekarang sudah ada. Pelanggan yang datang kebanyakan puji dan mengakui berasa tenang dengan suasana baru. Kawan-kawan pun tertarik dengan konsep ini. Secara tak langsung ia jadi peranan tarik pelanggan walaupun kita lihat sebagai perkara biasa, katanya.

 


Selain itu katanya, beliau turut mempelajari ilmu berkaitan asas perakaunan dalam menguruskan aliran masuk dan keluar duit syarikat sekaligus menstabilkan lagi pendapatan restorannya. Setakat ini selepas sertai program IBBC, saya lihat ada kelainan daripada jumlah kedatangan pelanggan. Alhamdulillah ada pertambahan katanya yang masih mengikuti program bimbingan  INSKEN. Kata Fairuz, cabaran sedang dihadapinva kini adalah masalah untuk mendapatkan pekerja restoran. 

Sava merancang untuk melebarkan perniagaan ke luar Melaka. Sekarang ini pekerja susah dapat, jika jumlah pekerja boleh dikekalkan barulah kita holeh teruskan perancangan,” katanya yang mempunyai empat pekerja.

 

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Institut Keusahawanan Negara
210,048
Institut Keusahawanan Negara

Institut Keusahawanan Negara

Membantu bisnes usahawan khususnya mikro dan informal melalui pelbagai program latihan dan bimbingan

Institut Keusahawanan Negara Berhad
No.Syarikat: 201401022129 (1098215-M)


SPA anda ada pelanggan.
Tapi adakah pemasaran anda benar-benar tersusun?

INSKEN membawakan Program Baharu: Masterclass Pemasaran SPA pada 14 Februari 2026 di Penang khusus untuk pemilik dan pengurus spa yang mahu:

• Menetapkan USP yang jelas
• Meningkatkan tempahan secara konsisten
• Membina sistem tempahan yang lebih teratur
• Menyediakan pelan tindakan pemasaran 30 hari

Ini bukan sekadar teori, ini sesi yang membantu anda susun strategi dan terus laksanakan.

Daftar sekarang
www.insken.gov.my/mc_marketing_05

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

SPA anda ada pelangg

Setiap bisnes ada fasanya untuk berkembang ke tahap seterusnya.

Apabila asas sudah kukuh, yang membezakan ialah strategi, perspektif dan akses pasaran yang tepat.

Ada masanya satu ruang perbincangan yang betul
membuka peluang yang lebih besar daripada yang disangka.

INSKEN Bangkit Market Access diwujudkan untuk fasa itu. Untuk usahawan yang bersedia melangkah dengan lebih strategik dan signifikan.

Daftar Segera:
🔗 www.insken.gov.my/bangkit_market_01

𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮
𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍

#jomjoininsken #inskenofficial #GengINSKEN #hebatkanperniagaanmalaysia #makemalaysianbusinessesgreat
... See MoreSee Less

Setiap bisnes ada fa

𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜

AGROPRENEUR MAMPAN: MEMPERKASA RANGKAIAN NILAI & PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

Satu ruang perkongsian untuk melihat aliran perniagaan agro dengan lebih jelas dan memahami bagaimana setiap peringkat boleh menyumbang kepada pertumbuhan.

Program ini percuma dan terbuka kepada usahawan yang ingin menambah perspektif baharu dalam merancang langkah seterusnya.

Jika topik ini dekat dengan perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk turut serta.

Daftar di:
www.insken.gov.my/mc_marketing_06

𝐉𝐨𝐦 𝐉𝐨𝐢𝐧 𝐈𝐍𝐒𝐊𝐄𝐍
𝑱𝒂𝒅𝒊𝒍𝒂𝒉 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒊𝒍𝒎𝒖

#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less

𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧
Load more

...

4 0

...

4 0

...

5 0

...

6 0

...

8 0

...

6 0