Program usahawan muda Program usahawan muda

  mail  
 
Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar sekolah menengah.  Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan penglibatan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur.  Pada ketika itu program dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.  Kemudian program ini dipindahkan kepada Kementerian Perusahaan Awam mulai tahun 1990.  
 
Pada tahun 1995 Kementerian Perusahaan Awam telah diperluaskan skop tugasnya dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan kemudiannya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.  Selaras dengan itu, Program Usahawan Muda telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 9 April 2009, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan, dan program ini dipindahkan dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
 
Objektif pelaksaan Program Usahawan Muda ini adalah:
 
  • Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.
  • Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman.
  • Menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang menarik.
  • Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
  • Program Usahawan Muda (PUM) memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar sekolah menengah mengenai penubuhan  sistem operasi dan pembubaran syarikat berdasarkan model koperasi. Pelajar akan terlibat di dalam program latihan "hands-on" selama sembilan bulan di sekolah masing-masing. Pada penghujung latihan tersebut, pelajar akan membentangkan akaun untung rugi hujung tahun syarikat berkenaan. Sejumlah 13,372 pelajar dari 682 buah sekolah menyertai Program Usahawan Muda. 
 
Selain program "hands-on"  penubuhan dan pembubaran syarikat, Program Usahawan Muda(PUM) ini juga meliputi Simposium Keusahawanan, Konvensyen PUM Negeri, Konvensyen PUM Nasional dan Kem Keusahawan.