Latihan asas keusahawanan skim usahawan siswazah Latihan asas keusahawanan skim usahawan siswazah

  mail  
 

SKIM USAHAWAN SISWAZAH (KURSUS)

Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi.

JADUAL KURSUS 2013

NO BIL.SIRI TARIKH TEMPAT
1.

1/2013

11-15 Mac 2013

Johor

2.

2/2013

25-29 Mac 2013

Kuala Lumpur

3.

3/2013

25-29 Mac 2013

Kuala Lumpur

4.

4/2013

8-12 April 2013

Kedah

5.

5/2013

22-26 April 2013

Sabah

6.

6/2013

13-17 Mei 2013

Sarawak

7.

7/2013

27-31 Mei 2013

Terengganu

8.

8/2013

27-31 Mei 2013

Terengganu

9.

9/2013

24-28 Jun 2013

Melaka

10.

10/2013

2-6 September 2013

Kelantan

11.

11/2013

23-27 September 2013

Sabah

12.

12/2013

7-11 Oktober 2013

Selangor

13.

13/2013

21-25 Oktober 2013

Sarawak

14.

14/2013

25-29 November 2013

Pulau Pinang

15.

15/2013

2-6 Disember 2013

Sabah


TEMPOH

Sepenuh masa : 8.30 pagi – 10.30 malam

KANDUNGAN

Modul 1:         Keusahawanan dan Motivasi Keusahawanan;
Modul 2:         Pengurusan Perniagaan;
Modul 3:         Peluang Perniagaan;
Modul 4:         Rancangan Perniagaan;
Modul 5:         Pengurusan Kewangan; dan
Modul 6:         Taklimat Pembiayaan.

YURAN

Yuran kursus adalah sebanyak RM250.00 (termasuk nota, makan & penginapan). Bayaran hendaklah dibuat pada hari pendaftaran untuk diserahkan kepada urusetia dan dijelaskan dalam bentuk Kiriman Wang, Bank Deraf atau Wang Pos sahaja atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

TEMPAT

Peserta boleh memilih tempat kursus (negeri) yang ingin dihadiri seperti di jadual. Maklumat terperinci mengenai lokasi kursus akan dimaklumkan melalui surat tawaran yang akan diedarkan selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh kursus bermula. Kursus ini diadakan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

PERMOHONAN KURSUS

Pemohon boleh mendapatkan Borang Latihan Keusahawanan melalui laman web INSKEN. Permohonan perlu disertakan dengan borang kursus, sijil akademik dan pengiktirafan MQA atau JPA.  Pemohon perlu menyemak  (sendiri pengiktirafan sijil melalui MQA atau JPA sebelum memohon kursus . Permohonan boleh dikemukakan ke INSKEN melalui :

Aras 3, Blok Menara
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) 
No.18, Persiaran Perdana,Precint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 Putrajaya

Mukasurat: 1  2  3